Thursday, December 27, 2007

BERIMANKAH KITA




Satu orang yang dalam poketnya hanya ada duit 1 ringgit.

Dalam bank tak ada duit. Dalam lemari tak ada.

Bawah bantal pun tak ada.

Seringgit tu lah duit yang dia ada.

Ada ke kita panggil dia orang yang berduit?

Bukan ke seringgit tu duit juga!


Satu orang yang lain pulak ada harta hanya sebiji basikal buruk.

Merc tak ada.

BM tak ada.

Banglow jauh sekali.

Tu la saja harta yang dia ada..

Basikal buruk!

Ada ke kita panggil dia orang yang berharta?

Dan bukan ke basikal buruk tu kira harta juga.


Hari ni kita mengaku orang beriman.

Tapi iman yang macam mana?

Allah kata tanda-tanda orang beriman tu bila disebut nama Allah,

maka gementarlah hatinya.

Bila azan dilaungkan;

4 kali diawalnya dan 2 kali diakhirnya pak bilal kata Allahu Akbar.

Muka kita cam mana?

(sebab muka tu membayangkan apa yang duduk dalam hati,ialah kalau orang yang takut hantu mesti mukanya berubah bilalalu kat kubur!JANGAN PANDANG BELAKANG...)


Kalau pucat macam sahabat Nabi,

tu dah kira iman kelas pertama.

Syabas!

Kalau gelabah semacam dan tak boleh buat kerja lain,

Alhamdulillah!

Kalau selamba buat dek aje... ?

Yang di pejabat,

sibuk dengan pejabat.

Yang di kedai,

sibuk dengan kedai.

Yang tengok tv,

sibuk tukar channel lain (sebab channel tu ada azan!)

Yang basuh kereta,

masih dengan seluar pendeknya.

Yang bergelak ketawa ngan anak bini,

bertambah besar nganga nya.

Dan yang yang yang,

masih dengan yang yang yang nya.


Dan lagi Nabi ada kata kat sahabat,

hendaklah bersaksi atas iman orang yang berulang-alik dari rumah ke masjid.

Dan Allah kata pulak orang yang memakmurkan masjid2 Allah,

itulah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.(rujuk Quran - surah At Taubah).

Jadi, beriman ke kita?

Jom la kita sama-sama buat usaha atas iman.

Wednesday, December 19, 2007

Kawan...

Semasa mengadakan bacaan taklim Fadhail Amal di rumah malam tadi terbaca dari salah satu daripada Kisah Hayatus Sahabah:


Satu ketika Nabi S.A.w. telah bertanya kepada sahabat-sahabatnya di dalam satu majlis agama...
ada 3 jenis kawan:


Kawan Pertama
Semasa kamu hidup dia bersama kamu, masa kamu meninggal dunia dan masuk kubur dia akan meninggalkan kamu.

Kawan Kedua
Semasa kamu hidup dia bersama kamu, masa kamu mati dia juga akan bersama kamu tapi bila kamu masuk kubur dia akan tinggalkan kamu.

Kawan Ketiga
Semasa Kamu hidup dia bersama kamu, masa kamu mati dia akan bersama kamu dan bila kamu masuk kubur dia juga akan bersam kamu.

Jadi yang mana satu kamu nak pilih ?
Sahabat-sahabat nabi pun berkata tentulah kamipilih kawan ketiga itu sebab masa hidup sama dengan kami, masa mati pun sama dengan kami dan masa masuk kuburpun sama dengan kami.
Nabi S.A.W. pun berkata

Kawan pertama itulah harta kamu.Masa hidup dia akan bersama kamu tetapi bila kamu mati dia akan tinggalkan kamu dan harta tersebut menjadi harta bagi waris-waris kamu.Masa kamu masuk kebur pun dia akan tinggalkan kamu.

Kawan kedua itulah saudara-mara kamu.Masa hidup dia akan bersama kamu, masa kamu mati dia akan bersama kamu dan akan mengiringike kubur dan bila kamu dah masuk ke kubur sesayang manapun isteri atau anak kamu dia akan tetap tinggalkan kamu.

Kawan ketiga itu adalah iman dan amal kamu.
Masa kamu hidup dia akan bersama kamu, masa kamu mati dia akan bersama kamu dan masa kamu berada dalam kubur pun dia akan tetap bersama kamu sehingga di Hari akhirat.

Oleh itu kalau di dunia inipun kita kena pandai memilih kawan apatah lagi untuk akhirat.Jadi pandai-pandailah aku dan korang semua pilih kawan. Korang kan bijak-bijak belaka...


Ada satu pepatah Arab berbunyi kalau kamu berkawan dengan tukang membuat minyak wangi, walaupun kamu tidak membuat minyak wangi pasti baju kamu berbau wangi.Sebaliknya kalau kamu berkawan dengan tukang membuat besi, walaupun kamu tidak membuat besi tapi baju kamu akan berbau busuk dengan asap besi .


Tuesday, December 18, 2007

Muzakarah 6 Perkara

( Dipetik dari Bayan Dr Nasoha semasa khuruj 40 hari di Kulai pada tahun 1999)

Apa yang patut dibuat dan apakah perkara yang patut kita dapat agar keseluruhan agama yang sempurna dan berkualiti dapat dihayati? Agar keseluruhan agama dapat dihayati kita perlu mendapatkan enam perkara di dalam diri kita. Apabila kita mendapat enam perkara maka mudahlah untuk kita mengamalkan keseluruhan agama dengan sempurna.


Enam perkara adalah perkara yang perlu ada di dalam diri kita. Kita perlu menghayatinya. Sebelum kita dapat menghayatinya kita perlu mempunyai keinginan untuk mendapatkannya. Setelah kita mempunyai keinginan untuk mendapatkannya, barulah kita akan berusaha untuk mendapatkannya. Setelah berusaha dengan cara yang betul barulah Allah SWT akan mengurniakan enam perkara itu kepada kita. Setelah mendapatkan enam perkara itu barulah mudah untuk kita mengamalkan keseluruhan agama.

Kita tidak akan berusaha untuk mendapatkan enam perkara jika kita tidak mempunyai keinginan untuk mendapatkannya. Kita tidak akan mempunyai keinginan untuk mendapatkan enam perkara jika kita tidak tahu nilai-nilainya. Apabila manusia itu mengetahui dan meyakini bahawa perkara itu berfaedah atau bernilai kepadanya maka dia akan berusaha mendapatkannya. Usaha akan datang apabila ada keinginan untuk mendapatkannya. Semua kita tahu betapa pentingnya duit di dalam menyempurnakan segala keperluan kita. Hampir kesemua keperluan kita seperti rumah, kenderaan, makanan, pakaian hanya akan didapati apabila kita mempunyai duit. Allah SWT yang menyempurnakan semua keperluan kita tetapi Allah SWT telah menggunakan duit sebagai "asbab". Kita lihat di sekeliling kita, semuanya memerlukan duit. Apabila kita meletak kenderaan, membuang sampah atau mencuci pakaian, semuanya memerlukan duit. Kita tahu bahawa duit itu penting. Kita tidak boleh membayangkan apa yang akan terjadi kepada kita dan ahli keluarga jika kita tidak ada duit. Kita risau dan bimbang memikirkannya. Oleh kerana kita faham dan yakin betapa berharga dan bernilainya duit di dalam kehidupan, maka kita bersedia untuk melapangkan masa bekerja keras walaupun sehingga larut malam untuk mendapatkan duit. Apabila kita berusaha, untuk mendapatkan duit maka Allah SWT memberi kita duit.

Keinginan kepada sesuatu perkara menyebabkan kita bersedia bersusah-payah untuk mendapatkannya. Semua kerja yang kita lakukan memerlukan kita melapangkan masa serta berkorban diri dan harta. Kita bersedia untuk bersusah-payah berkorban diri dan harta pada awalnya kerana kita mempunyai harapan bahawa setelah kita bersusah-payah kita akan mendapat pulangan yang jauh lebih banyak dari pengorbanan harta dan diri yang telah kita lakukan. Pada setiap hari kita menaiki bas, motosikal atau kereta, bersesak di jalanraya untuk pergi ke tempat kerja. Ini bukanlah satu pekerjaan yang senang atau menyeronokkan. Tiada siapa yang suka untuk melakukannya. Semua kita hanya bersedia untuk melakukannya kerana kita terpaksa. Kita bersetuju bahawa bekerja itu penting dan pekerjaan kita adalah "asbab" untuk kita mendapatkan duit dan dengan duit itu Allah SWT mengizinkan kita untuk mendapatkan keperluan kita ditunaikan. Jika sekiranya dengan bekerja kita tidak mendapat duit, maka kita tidak akan bersedia untuk bersusah-payah pergi bekerja. Keinginan kepada duit telah membuatkan kita bersedia untuk bekerja. Untuk tahu tentang faedah duit dan harta-benda, kita tidak perlu diajar atau diberitahu. Kita telah tahu tentang faedah duit sejak kita kecil lagi. Kita lihat faedah yang datang dari duit pada setiap waktu.

Adakah kita tahu tentang faedah iman dan agama? Iman nilainya adalah syurga. Iman sebesar zarah harganya syurga sepuluh kali luas dunia. Adakah kita dapat melihat faedah iman? Kita tidak dapat melihatnya. Kita hanya diberitahu bahawa iman itu nilainya syurga. Kita tidak pernah melihat syurga. Kita hanya diberitahu oleh Allah SWT dan rasulNya. Oleh kerana kita tidak pernah melihat faedah iman, maka untuk mendapatkan keinginan terhadap iman adalah sangat sukar dan payah. Apakah caranya supaya cinta dan haus kepada iman? Apakah caranya supaya kita mempunyai keghairahan untuk mendapatkan agama? Hanya satu cara sahaja yang boleh kita buat untuk menimbulkan keinginan kepada iman dan agama. Kita hendaklah banyak bercakap dan mendengar faedah iman dan agama. Oleh kerana kita hidup di zaman ini maka adalah lebih sukar untuk merasai faedah iman dan agama berbanding para sahabat Rasulullah s.a.w. yang telah mendengar, berita mengenai syurga terus dari Nabi s.a.w. yang telah melihat sendiri akan syurga dan neraka. Sahabat-sahabat dapat melihat Rasul s.a.w. Mereka dapat melihat Malaikat Jibrail dan wahyu turun kepada Rasulullah s.a.w.

Kini kita hidup di zaman hampir seribu lima ratus 1500 tahun setelah Baginda Nabi s.a.w. meninggal dunia. Oleh yang demikian, Allah, SWT akan menghargai iman yang kita dapat di zaman ini lebih daripada iman yang didapati oleh sahabat-sahabat di zaman Rasul s.a.w. Apa usaha yang kita buat di zaman ini untuk memperkuatkan iman walaupun sedikit akan dihargai oleh Allah SWT dan Allah SWT boleh melipat gandakan kesannya kepada kita dan kepada seluruh manusia.

(1) Laa Ilaha Illallah Muhammadur Rasulullah


Apakah maksud kalimah iman "Laa Ilaha Illallah "?

[Bermaksud Tiada Tuhan Melainkan Allah serta bermaksud mengeluarkan 100% kebesaran makhluk dan memasukkan kebesaran Allah di dalam hati kita.] Maksudnya juga "Tiada yang berkuasa membuat sesuatu tanpa izin Allah SWT dan Allah SWT boleh membuat apa sahaja tanpa izin makhluk." Iman tidak ada hadnya (batasnya) sepertimana tidak ada hadnya kebesaran dan keagungan Allah SWT. Untuk memperkuatkan iman kita perlu membuat tiga (3) perkara: (i) Banyak bercakap tentang Laa ilaha Illallah; (ii) Bila orang bercakap kepada kita tentang Laa ilaha Illallah, maka hendaklah kita mendengar dengan tumpuan serta membenarkannya. (iii) Kita hendaklah berdoa memohon iman seperti seorang fakir memohon. Apabila iman kita menjadi kuat, maka dengan izin Allah SWT kita akan dapat mentaati seluruh perintah Allah SWT dengan cara Nabi Muhammad s.a.w.

Nilai Iman;- Iman sebesar zarah harganya di sisi Allah SWT ialah syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Harta sebanyak dunia tetapi mati tanpa iman tidak akan dapat walaupun baunya syurga. Di dalam sebuah hadith Nabi s.a.w bersabda lebih kurang: Allah SWT akan memerintahkan pada Hari Pengadilan "Keluarkan dari neraka jahannam, semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah dan yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah di dalam hatinya. Keluarkan semua mereka yang berkata Laa ilaha Illallah atau mengingati Aku dengan berbagai cara atau takut kepada Aku pada bila-bila masa". Iman itu nilainya adalah syurga. Iman yang paling kecil, iaitu sebesar zarah dihargai oleh Allah SWT dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia. Allah SWT akan berkata kepada mereka yang paling akhir masuk syurga, "Hendakkah kamu syurga yang luasnya seperti dunia yang kamu hidup dahulu? Maka mereka menyangka bahawa Allah SWT mempermain-mainkan mereka dan mereka berkata, "Oh,! Ya, Allah! Kamu adalah Rab (Tuhan) dan kami adalah hambaMu. Oleh itu janganlah kamu mempermain-mainkan kami". Allah SWT akan berkata bahawa Allah SWT bukan sahaja memberi mereka syurga yang luasnya seperti dunia yang mereka hidup dahulu malahan sepuluh 10 kali ganda luasnya.

Kelebihan:- Siapa yang akhir Kalamnya (meninggal dunia) dapat menyebut Kalimah Lailahailallah nescaya Allah akan memberi syurga 10 kali ganda besar dunia.
Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari cerita hadis kisah para sahabat s.a.w. ketika Khalid Alwalid menjadi tawanan Saidina Umar sebelum beliau masuk Islam; Nafikan dalam hati kebesaran dan keagungan makhluk tetapi isbatkan Keagungan Allah; Doa supaya Allah mengurniakan kalimah tersebut kepada kita.


Apakah maksud kalimah "Muhammadarasulullah"?


[Bermaksud Muhammad itu pesuruh Allah serta yakin cara sunnah nabi membawa kejayaan di dunia dan akhirat tidak cara lain.] Kalimah Muhammadar- Rasulullah juga adalah kalimah amal. Ianya tidak boleh dipisahkan dari kalimah iman. Seluruh sunnah Nabi Muhammad s.a.w. adalah amalan keseluruhan agama. Kekurangan di dalam mengamalkan sunnah menandakan kekurangan di dalam mengamalkan agama. Kekurangan di dalam mengamalkan agama menandakan kekurangan iman.

Kelebihan:-Barangsiapa yang menghidupkan sunnah nabi s.a.w di zaman kerosakkan fasyak dan mungkar ummat, Allah akan beri ganjaran 100 pahala mati syahid.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. cerita dua 2 orang sahabat berjalan di suatu lorong; Amal semudah-mudah sunnah hingga sesukar-sukar sunnah Rasulullah s.a.w.; Doa supaya dicampakkan hakikat kalimah ini.


(2) Apakah maksud Solat khusyuk ,khuduk & tawaduk?

[Bermaksud bagaimana hendak membawa ketaatan mengingati Allah dalam solat hingga ke luar solat.] Solat adalah perintah Allah SWT yang paling unggul yang dikurniakan kepada Rasulullah s.a.w. tanpa perantaraan malaikat Jibril a.s. Solat yang terbaik adalah solat Nabi Muhammad s.a.w dan juga solat sahabat-sahabat baginda yang telah belajar terus dari baginda sa.w.

Untuk mendapatkan solat yang baik, kita perlu membuat tiga 3 perkara:

(i) Apabila kita melihat orang yang tidak bersolat maka kita hendaklah merasa sedih dan kasihan serta berusaha untuk menyediakan dia kepada solat.
(ii) Apabila kita berdiri di dalam solat, kita hendaklah membawa di dalam solat kita lima 5 perkara:
(a) Yakin yang betul (sahih). (Berdiri di dalam solat dengan yakin bahawa semua makhluk termasuk dirinya tidak boleh berbuat apa-apa tanpa izin Allah SWT).
(b) Bersolat dengan cara Nabi Muhammad s.a.w. (Membetulkan bacaan di dalam solat, dan bacaan al-Quran di dalam solat serta mengetahui perkara masa'il di dalam solat. Jika kita tidak tahu tentang perkara masa'il di dalam solat, hendaklah bertanya dengan alim-ulama'.
(c) Berdiri di dalam solat, seumpama menghadap Allah SWT atau seumpama Allah SWT melihat kita (Ehsan).
(d) Membayangkan faedah serta ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT di atas amalan di dalam solat.
(e) Melakukan solat semata-mata dengan niat untuk mencari keredhaan Allah SWT. (iii)

Apabila selesai mengerjakan solat, maka kita hendaklah bersyukur kerana Allah SWT telah memberi taufik kepada kita untuk bersolat serta beristighfar di atas kecacatan di dalam solat. Solat yang baik akan dapat menjadi asbab untuk turunnya bantuan Allah SWT dan dapat mencegah kita daripada melakukan maksiat dan kemungkaran.

Nilai Solat;- Diriwayatkan di dalam hadith bahawa Allah SWT mengurniakan lima 5 perkara kepada mereka yang menjaga solatnya:
Kelebihan 5 jaminan orang yang menjaga solat:- Berkat rezeki; Diangkat azab kubur; Diberi buku catitan amal di Padang Mahsyar dengan tangan kanan; Melalui titian sirat sepantas kilat; Masuk syurga tanpa hisab; kelepasan jaga solat;-jauh dari sifat nifaq (munafik) dan neraka.
Cari; Cerita dari Hadis Rasulullah s.a.w mengenai Saidina Ali r.a. ketika kelaparan.


Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah kelebihan, maksud, dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. iaitu cerita mengenai Saidina Ali ketika kelaparan; Solat di mana azan diazankan (masjid); Doa supaya selalu dikurniakan hakikat.


(3) Apakah maksud Ilmu dan Zikir?


Ilmu -Ilmu bermaksud apakah adanya perasaan haus dan keinginan untuk mencari perkara yang diredhai (disukai) oleh Allah untuk kita melakukannya hari ini dan bagaimana mengikut cara Nabi Muhammad saw.
Untuk mengetahui apakah perintah yang paling Allah SWT sukai pada bila-bila masa, kita perlu kepada ilmu fadhail ( hadis-hadis dan kelebihan-kelebihan amalan soleh dan amalan sunnah). Untuk mendapatkan ilmu fadhail, kita perlu duduk di dalam halkah ta'alim fadhail di masjid dan di rumah. Untuk mengetahui apakah cara untuk melakukan sesuatu amalan mengikut cara Nabi Muhammad SAW, kita memerlukan ilmu masa'il (ilmu feqah, ilmu syariat, ilmu muamalat, ilmu hudud dan lain-lain lagi). Untuk mendapatkan ilmu masa'il kita perlu pergi berjumpa dengan alim-ulama.

Nilai Ilmu - Dilaporkan di dalam hadith, lebih kurang maksudnya bahawa, "Allah akan memudahkan jalan ke syurga kepada seseorang yang berjalan di dalam jangka beberapa jarak untuk mencari ilmu pengetahuan. Para malaikat pula akan menghamparkan sayap-sayap mereka di bawah kakinya dan kesemua makhluk-makhluk yang berada di langit dan di bumi (sekalipun ikan-ikan di laut) akan mendoakan agar dia mendapat keampunan. Kelebihan seseorang yang berpengetahuan dari seorang yang hanya beribadat adalah diibaratkan seperti kelebihan bulan dari bintang-bintang.

Zikir - Maksudnya, sentiasa merasai bahawa Allah SWT sentiasa melihat dan memerhati kita dan dalam apa sahaja yang kita lihat, kita teringat akan Allah SWT. Untuk mendapatkan hakikat zikir kita perlu membuat tiga perkara:
(i) Kita hendaklah melakukan zikir sebanyak tiga ratus (300) selepas Solat Subuh dan selepas Solat Asar pada setiap hari;

(A1)Seratus (100) kali istighfar dengan membayangkan dosa-dosa yang telah lalu.
(A2)Seratus (100) Subhanallah (Maha Suci Allah), Alhamdullillah (Segala puji bagi Allah), Laailahaillallah (tiada yang aku cinta melainkan Allah) dan Allahu Akbar (Allah Maha Besar), (A3)Seratus (100) selawat kepada Rasulullah s.a.w dengan membayangkan bahawa tidak ada manusia yang telah berbuat baik kepada kita lebih dari Nabi Muhammad s.a.w.
(ii) Membaca al-Quran pada setiap hari, sebaik-baiknya satu juz dengan faham maknanya. Jika tidak boleh membaca al-Quran satu juz pada satu hari, maka kita hendaklah membacanya seberapa banyak yang mampu pada setiap hari. Jika pada hari itu kita tidak dapat membaca al-Quran, maka kita hendaklah mengadu kepada Allah SWT dengan berkata "Oh! Ya Allah,! apakah dosaku sehinggakan daku tidak diberi taufik untuk membaca al-Quran?".
(iii) Kita hendaklah mengamalkan doa-doa masnun di dalam amalan seperti makan, minum, tidur dan sebagainya.


Nilai Zikir - Abu Musaa r.h. memberitahukan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya lebih kurang: "Perbandingan orang yang berzikir dengan orang yang tidak berzikir adalah seperti orang yang hidup dengan orang yang mati. Orang yang tidak berzikir itu adalah seperti orang yang mati.";- Riwayat Bukhari, Muslim dan al-Baihaqi.
Kesimpulan Maksud Ilmu; Maksud ilmu ialah mengetahui perintah Allah yang dikehendakiNya pada ketika itu.


Kelebihan Ilmu;- Allah mudahkan jalan ke syurga; malaikat menghamparkan sayap di bawah tapak kaki orang yang menuntut ilmu.
Cara hendak mendapatkannya; Dakwah maksud, doa hakikat kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. yang datang dari Damsyiq yang sanggup meredah padang pasir untuk ke Madinah semata-mata sepotong hadis.
Kesimpulan Maksud Zikir;- Cahaya atau Nur.


Kelebihan Zikir;- Masuk ke syurga dalam keadaan tersenyum-senyum.
Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis kisah para sahabat s.a.w. iaitu Khalid Al-Walid yang meminta 6 orang lawan 60,000 orang kafir; Amal zikir tiga ratus 300 pagi dan 300 petang, amal doa Masnun, solat Nafil; Doa dikurniakan hakikat tersebut.


(5) Apakah maksud Ikram Muslimin?


[Bermaksud memuliakan setiap orang Islam kerana imannya dengan menunaikan hak mereka tanpa menuntut hak daripada mereka] Apabila Allah SWT memuliakan seorang Islam yang mempunyai iman walaupun sebesar zarah dengan syurga yang luasnya sepuluh 10 kali dunia, maka wajarlah (sepatutnyalah) kita memuliakannya. Setiap orang Islam adalah berharga. Orang Islam berharga kerana mereka mempunyai iman. Kita patut memuliakan setiap orang yang beriman walaupun iman mereka hanyalah sebesar zarah. Apabila kita dapat memuliakan setiap mereka yang mempunyai iman walaupun imannya hanya sebesar zarah, maka kita akan dapat sifat tawadhuk. Dengan sifat tawadhuk kita akan dapat akhlak yang mulia. Dengan akhlak yang mulia kita akan dapat bersatu hati dan berkasih sayang. Apabila kita dapat bersatu hati dan berkasih sayang, maka mudahlah untuk kita menunaikan hak-hak orang Islam.

Nilai Ikram Muslimin - Diberitahu di dalam sebuah hadith lebih kurang maksudnya "Sesiapa yang dapat menyempurnakan keperluan saudara muslimnya maka itu adalah lebih baik baginya daripada mengerjakan iktikaf sepuluh 10 tahun. Sesiapa yang melakukan iktikaf untuk sehari kerana mencari keredhaan Allah SWT, maka Allah SWT akan menjauhkan dia dari api Neraka sejauh tiga 3 parit dan satu parit jaraknya adalah di antara langit dan bumi;- Riwayat At-Tabrani. Maksud hadith, dari Abdullah bin Amr r.a. sesungguhnya seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w: "Siapakah yang lebih baik keislamannya?". Rasulullah s.a.w. menjawab "Kamu memberi makan dan mengucapkan salam kepada setiap orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal.";- Riwayat Muslim dan Bukhari. Maksud hadith, dari Abu Hurairah r.a. Dia berkata, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman dan kamu tidak dianggap beriman sehingga kamu saling cinta-mencintai. Mahukah saya tunjukkan kepada kamu sesuatu amalan yang jika kamu melakukannya nescaya kamu akan saling cinta-mencintai? Sebarkanlah salam di antara kamu.";- Riwayat Muslim.

Kesimpulan maksud;- Tunaikan hak saudara seIslam kita tanpa menuntut hak darinya.

Kelebihan;- Diberi tujuh puluh tiga 73 ganjaran di dunia dan tujuh puluh dua 72 di Akhirat.

Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan dan cari hadis Kisah 3 orang sahabat ketika hampir syahid; Sayangi kanak-kanak, kasih hormat Ulamak dan orang tua; Doa supaya dikurniakan hakikat tersebut.


(6) Apakah maksud Ikhlas Niat?


[Bermaksud melakukan setiap amalan hanya untuk mendapatkan keredhaan (yang disukai) Allah SWT dengan menunaikan perintah atau meninggalkan laranganNya. Walaupun Allah SWT menjanjikan bagi setiap amalan pahala, syurga, keampunan atau bantuanNya, namun kita tidak beramal untuk mendapatkan perkara itu. Kita hendaklah yakin dengan janji-janji Allah SWT serta membayangkannya ketika beramal tetapi niat kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT. Kita hendaklah membayangkan janji-janji Allah SWT ketika beramal agar amal itu dapat dilaksanakan dengan penuh keghairahan dan kesungguhan. Amalan yang dibuat dengan penuh keghairahan adalah lebih baik mutunya daripada amal yang dibuat tanpa keghairahan.

Ikhlas adalah nama lain bagi iman. Semakin kuatnya iman, maka semakin kuatlah ikhlas. Untuk mendapatkan ikhlas, kita perlu mendapatkan iman yang kuat. Untuk memperkuatkan iman, kita perlu membuat kerja Nabi s.a.w. dengan cara Nabi s.a.w.
Untuk mempastikan setiap amalan yang kita lakukan itu ikhlas, maka kita hendaklah memeriksa niat kita di permulaan, di pertengahan dan di akhir setiap amalan.]


Nilai ikhlas;- maksud Hadith, dari Abu Umamah r.h katanya: "Seseorang lelaki telah datang menemui Rasulullah s.a.w dan berkata, "Bagaimanakah pendapatmu mengenai seorang yang keluar di jalan Allah SWT semata-mata kerana mencari upah dan supaya terkenal, Apakah yang diperolehi oleh orang itu?" Rasulullah s.a.w bersabda: "Dia tidak mendapat apa-apa." Rasulullah s.a.w. mengulanginya hingga tiga kali dan kemudian berkata: "Sesungguhnya Allah SWT AzzawaJalla tidak akan menerima amalan melainkan yang dilakukan dengan ikhlas, semata-mata untuk mencari (kesukaan) keredhaanNya"-An-Nasai.]
Kesimpulan maksud;- Tunaikan perintah dan tinggalkan larangan Allah keranaNya.
Kesimpulan Kelebihan;- Dikurniakan ganjaran sebesar Bukit Uhud.


Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah kelebihan, maksud dan cari cerita hadis s.a.w. kisah Saidina Ali r.a. ketika berlawan dengan orang Yahudi; Periksa amalan dari awal, pertengahan sehingga ke akhir waktu; Doa supaya dikurniakan hakikatnya.


(7) Apakah maksud Diri dan Harta Orang Mukmin Telah Dibeli Allah SWT Dengan Syurga?


[Bermaksud keyakinan bahawa harta, nyawa, masa bukan milik kita tapi milik Allah, dan Allah telah membeli jiwa orang yang berjalan di jalan Allah dengan syurgaNya. Untuk berjalan di jalan Allah kita perlu berfikir bagaimana hendak menyampaikan dakwah (tabligh) kepada diri keluarga dan umat seluruh alam sehingga bayi yang lahir pada Hari Kiamat dapat selamat dari Neraka dan masuk Syurga Allah].

Di dalam surah At-Taubah ayat 111 Allah SWT berfirman, maksudnya: "Sesungguhnya Allah SWT telah membeli diri dan harta mereka yang beriman, sebagai ganti bagi mereka itu syurga."; At-Taubah ayat 111. Allah SWT telah membeli seluruh diri dan harta orang yang beriman sebagai ganti bagi mereka syurga. Allah SWT ingin agar diri dan harta kita digunakan untuk membuat kerja Nabi s.a.w., ibadat, akhlak, membantu mereka yang miskin juga dalam kesusahan dan untuk keperluan diri sendiri. Diri dan harta hendaklah digunakan paling utama untuk memenuhi keperluan agama.

Kita hendaklah melihat di seluruh dunia, di mana orang Islam berada di pinggir kekafiran dan kemurtadan. Di mana dunia umat Islam dilanda mala petaka, menunjukkan di situ banyak perintah-perintah Allah SWT yang telah ditinggalkan. Kita hendaklah bersedia melapangkan masa, dan berkorban diri dan harta untuk menziarahi umat Islam di sana dan mengajak mereka kepada usaha memperbetulkan iman dan amal. Apabila iman dan amal umat Islam di sana menjadi baik, maka kemurkaan Allah SWT akan terangkat dan Allah SWT akan menurunkan rahmat dan bantuannya.

Untuk maksud memenuhkan keperluan agama di negara kita dan di seluruh dunia, maka kita hendaklah melapangkan masa pada setiap tahun selama empat 4 bulan atau empat puluh 40 hari. Baki waktu di dalam setahun, kita hendaklah melapangkan masa untuk memenuhi keperluan agama di tempat kita dengan melakukan lima 5 amalan;-
Cara;- Sampaikan maksud, kelebihan dan bercerita mengenai hadis yang berkaitan,

Buat 5 amal masjid;
(1) setiap bulan kita melapangkan masa tiga 3 hari untuk mengajak orang Islam kepada usaha membetulkan iman dan amal
(2) membuat dua usaha ziarah seminggu untuk menjemput orang Islam di kawasan kita kepada majlis yang menerangkan faedah dan keuntungan mengamalkan agama yang dibuat di masjid kita dan di masjid jiran
(3) membuat dua halkah Taalim Fadhail setiap hari yang dibuat di masjid selepas satu waktu solat dan satu lagi dibuat di rumah
(4) mengadakan mesyuarat, sekali setiap hari di masjid yang bermaksud memikirkan keperluan agama di kawasan kita, di bandar dan di seluruh dunia
(5) melapangkan masa pada setiap hari selama 8 jam atau paling kurang 2 1/2 jam memakmurkan masjid dan memperbetulkan iman serta mengutamakan usaha meningkatkan iman dengan menziarahi jiran ketua keluarga orang Islam dari rumah ke rumah dan berpesan kepada mereka akan hakikat kalimah iman Laailahaillallah.
Baki waktu kita, bolehlah digunakan untuk mengadakan halkah taalim, bersolat, membaca Al-Quran, berzikir atau bermesyuarat.
Kelebihan;- sepagi-sepetang di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisi-isinya.
Nilai Berkorban Di Jalan Allah SWT;-

(1) maksud Hadith, dari Abu Hurairah r.a., Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: "Allah SWT menjamin bagi orang yang berjuang di jalanNya yang mana dia tidak keluar dari rumahnya melainkan berjihad di jalanNya serta membenarkan kalimahNya, bahawa Allah SWT akan memasukkannya ke dalam syurga ataupun ia akan dikembalikan oleh Allah ke tempat tinggalnya dengan apa yang diperolehinya berupa ganjaran ataupun harta rampasan."-Bukhari, Muslim
(2) maksud hadith, dari Ibayah bin rifa'al r.h bahawa Abu Abs telah menghampiri aku ketika aku sedang berjalan untuk solat Jumaat lalu berkata: Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Barangsiapa yang kedua kakinya terkena debu ketika berada di jalan Allah, maka Allah mengharamkan kedua kakinya bersentuh api neraka."-Al-Bukhari, Tirmidzi, An-Nasai.
Kesimpulan maksud;- Hendaklah yakin bahawa harta, masa, nyawa bukan milik kita tetapi milik Allah; Berfikir cara bagaimana diri keluarga dan umat seluruh alam hingga bayi yang lahir pada Hari Kiamat dapat selamat dari Neraka dan masuk syurga Allah.


Kesimpulan Kelebihan;- Berjalan sepagi-sepetang di Jalan Allah adalah lebih baik daripada dunia dan seisi-isinya.
Cara hendak mendapatkannya;- Dakwah maksud, kelebihan, dan cari cerita hadis s.a.w kisah sahabat yang bernama Hanzalah r.a.tidak bersama dengan isterinya di malam pertama, syahid di Medan Uhud;

Buat 5 amal masjid; Doa supaya dikurniakan hakikat Dakwah dan Tabligh.

Saturday, December 15, 2007

Umur Seperti Air Batu...





Satu ketika semasa aku di kampung...




Satu pakcik telah beritahu kepadaku semasa di dalam bayan bahawa umur kita seperti ais (air batu).


Kalau kita letakkan di tepi jalan maka ais tadi akan cair, tetapi ais yang sama kalau diletakkan dalam gelas yang ada air untuk diminum maka akan memberi kenikmatan kepada peminumnya.




Begitu juga dengan umur kita....


Umur ni kalau kita biarkan maka ia akan habis tanpa kita melakukan apa-apa.


Akan tetapi kalau umur ini kita kita gunakan untuk melakukan amal jariah, amal ibadat maka umur ini memberi manfaat kepada pemilik umur ini.




Nabi S.A.W. bersabda, " Pada hari kiamat kaki anak adam tidak akan berganjak sehingga dia ditanya tentang 4 perkara:


1. Di mana umurnya telah dihabiskan


2.Dimana usia mudanya digunakan


3.Dari sumber manakah hartanya diperolehi dan bagaimana harta itu dibelanjakan


4.Apakah yang dia telah lakukan terhadap ilmunya"
Semoga dengan sisa-sisa umur yang tinggal ini kita dapat dipergunakan dengan sebaik-baiknya untuk amalan-amalan yang dapat menyukakan Allah dan Rasulullah...

Tolong Beritahu "dia"...

Tolong beritahu dia..
Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintaiYang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingatiYang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakanibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itusyurganya..

Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya. .
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepadakeluarganya. .

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..

Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya. .
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku takut akan dosa melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya. .
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong kejayaanku dlm urusan ilmu dan agama..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..

Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku terkelu untuk memberitahunya sendiri…

Tolong ingatkan dia, hal cinta tak boleh bicara hingga ikatan halal sudah terlaksana..
Tolong ingatkan si dia, aku dan dia hanya teman seagama yang hanya layak dilayan biasa..
Tolong ingatkan si dia..Allah melatih kita untuk mempercayai dan meyakini Qada QadarNya..
Tolong ingatkan si dia, yakinlah pada janji Allah dan berpegang teguh pada janji manusia..
Tolong ingatkan si dia, supaya tak terus leka dgn perasaan, hingga menangguhkan perjuangan agamanya..

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Hanya engkau Ya Allah yang layak memberkati pengakhiran usaha..
Hanya engkau Ya Allah yang mengetahui semuanya..
Hanya engkau Ya Allah, yang mampu menguatkan hati yg penuh rasa..
Moga dia menjadi umpama seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya..

Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti…
Moga mawar itu menjadi bunga yang mengembang mekar sentiasa memuji kebesaran Tuhannya dan tidak leka tatkala manusia memuji dirinya kerana dia milik Yang Esa..
Moga mawar itu..
terus mewangi mengharumi tanaman bunga dengan kurniaan ilahi dan sabar menanti sang lebah..
Dengan jagaan rapi tuan taman bunganya..

Sunday, December 9, 2007

Panggilan Haji Telah Tiba Lagi...

























--------------------------------------------------------------------------------



"KAA'BAH"

Merupakan Rumah Allah di Mekah atau lebih dikenali dengan Masjidil haram. Kaa'ba ini di tutup dengan kain hitam yang dikenali sebagai 'Kiswa', dimana penutup kaa'bah dihasilkan dan ditukar setiap tahun. Kilang khas direka untuk membuat Kiswa di Mekah dengan kos kira-kira SR 17 juta. Kain ini dihasilkan daripada 670 kg perak yang diwarnakan dengan hitam, kira-kira 120 kg emas tulen & 50kg daripada perak telah digunakan dalam penulisan ayat Quran di atas kain ini. Jumlah keluasan kain ini adalah kira-kira 658 meter persegi.
"Ya Allah, pilihlah kami semua dapat pergi ke Rumahmu menunaikan Haji dan Umrah dan kurniakanlah kepada saudara-saudara Islam kami yang sedang menunaikan Haji dan Umrah mendapat Haji dan Umrah yang mabrur".
Amin...




































Thursday, December 6, 2007

Kisah Pokok Epal

Pada suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar.
Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal
itu. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas
hatinya, dan ada kalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal
tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok
epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu, budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia
tidak lagi menghabiskan masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal
tersebut. Namun begitu, pada suatu hari dia datang kepada pokok epal
tersebut dengan wajah yang sedih.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,"
jawab budak remaja itu. "Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk
membelinya," tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih.

Lalu pokok epal itu berkata, "Kalau begitu, petiklah buah yang ada padaku.
Juallah buahku untuk mendapatkan wang. Dengan itu, engkau dapat membeli
permainan yang kauinginkan."

Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi
dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu berasa sedih.
Masa berlalu. Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa.
Pokok epal itu berasa gembira.
"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang.
Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku.
Bolehkah engkau menolongku?" tanya budak itu.

"Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong
dahan-dahanku yang besar ini dan kaubuatlah rumah daripadanya." Pokok epal
itu memberikan cadangan.

Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu
dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi
kemudiannya dia berasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas
itu.

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia
sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal
itu. Dia telah matang dan dewasa.

"Marilah bermain-mainlah di sekitarku," ajak pokok epal itu.

"Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di
sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar.
Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kaumenolongku?" tanya lelaki
itu.

"Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepadamu. Tetapi kau boleh memotong
batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan
gembira," cadang pokok epal itu.

Lelaki itu berasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia
kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas
itu. Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah
usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah
bermain di sekitar pokok epal itu.

"Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepadamu. Aku sudah
memberikan buahku untuk kaujual, dahanku untuk kaubuat rumah, batangku untuk
kaubuat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati...," kata
pokok epal itu dengan nada pilu.

"Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku
tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu
batang pokokmu kerana aku tidak berupaya untuk belayar lagi, aku berasa
penat dan ingin berehat," jawab lelaki tua itu.

"Jika begitu, berehatlah di perduku," cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua
itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua
menangis kegembiraan.
________________________________________________________________________

MAKSUD KISAH POKOK EPAL

Cerita ini sengaja dipaparkan untuk mengajak para remaja berfikir tentang
pengajaran di sebalik cerita tersebut. Sebenarnya, pokok epal yang
dimaksudkan dalam cerita itu ialah kedua-dua ibu bapa kita. Apabila kita
masih muda, kita suka bermain dengan mereka. Ketika kita meningkat remaja,
kita perlukan bantuan mereka untuk meneruskan hidup. Kita tinggalkan mereka,
dan hanya kembali meminta pertolongan apabila kita di dalam kesusahan. namun
begitu, mereka tetap menolong kita dan melakukan apa sahaja asalkan kita
bahagia dan gembira dalam hidup.

Anda mungkin terfikir bahawa budak lelaki itu bersikap kejam terhadap pokok
epal itu, tetapi fikirkanlah, itu hakikatnya bagaimana kebanyakan anak-anak
masa kini melayan ibu bapa mereka. Hargailah jasa ibu bapa kepada kita.
Jangan hanya kita menghargai mereka semasa menyambut hari ibu dan hari bapa
setiap tahun. Semoga kisah ini memberikan keinsafan dan kesedaran kepada
remaja kita.

Jom, Jom,Jom, Jom Heboh-Heboh

Ya Allah..

Terangilah muka ku dengan nur kasih-Mu

Kuatkan lah tanganku dengan amal-amal kepada-Mu

Peliharalah diriku dari maksiat dan kemungkaran,

Ya Allah! Naungilah aku dari panas terik di padang Mahsyar,

Ya Rahman! Sibukkanlah aku dengan ingatan-ingatan terhadap-Mu

Lindungi aku dari fitnah-fitnah terhadap agama-Mu

Langkahkanlah kaki ku ke tempat yang Kau redhai,

Ya Rahim! Selamatkanlah aku dari jalan-jalan kehancuran,

Ya Rabbal'alamin...

Sesungguhnya, hanya kepada-Mu aku berserah

Dah sedia wudu'? Jom solat =)

Nota Untuk Hati

Wahai penulis!!!

TERPUKULKAH ENGKAU?
Jika engkau mengaku sebagai seorang muslim, tetapi sangat daif dan dangkal fikiranmu terhadap Islam?

"apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan:"kami
telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?"
al-ankabut : 2

"hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan-
nya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan..."
al-baqarah : 208

BUTAKAH ENGKAU?
Jika engkau mengaku membawa risalah-Nya, menjulang bendera Islam yang suci, mengatakan umat Islam adalah yang paling mulia sedang hati engkau masih bersarang sisa-sisa jahiliyah, berakar hawa nafsu dan bergolak hasad dengki?

"dalam hati mereka ada penyakit, lalu ditambah Allah penyakitnya; dan bagi
mereka siksa yang pedih, disebabkan mereka berdusta."
al-baqarah : 11

MALU KAH ENGKAU?
Jika engkau mengaku seorang muslim sejati, sedang engkau malas, buang masa, leka, lalai dan main-main ketika musuh-musuh Islam sedang hebat bertungkus-lumus memusnahkan agamamu?

"... jangan ada orang mengatakan: ' Amat besar penyesalanku atas kelalaianku
dalam (menunaikan kewajiban) terhadap Allah, sedang aku sesungguhnya
termasuk orang-orang yang memperolok-olokkan (agama Allah)."
az-zumar : 56

" sebahagian besar Ahli Kitab menginginkan agar mereka dapat mengembalikan
kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman...."
al-baqarah : 109

TERUSIK KAH ENGKAU?
Jika saban hari engkau mendegar kalam Allah, sedang engkau sedikit pun tak terkesan, tak takut dan tak mengambil pengajaran? Atau hati kau sudah tuli dan mati?

"sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebutkan
nama Allah gementarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-
ayat-Nya, bertambahlah iman mereka ...."
al-anfaal : 2

" sesungguhnya kamu melalui tingkat demi tingkat (dalam kehidupan). Mengapa
mereka tidak mahu beriman?. dan apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka,
mereka tidak bersujud,"
al-insyiqaaq : 19-21

MENYESAL KAH ENGKAU?
Cakap saja beriman pada Yaumul Qiyamah, sedang urusan seharianmu, peri lakumu, ibadatmu, pergaulanmu lansung tak mencerminkan apa yang kau kata pun!!

"Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasakan dirinya cukup, Serta mendustakan
pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya (jalan) yang sukar"
al-lail : 7-10

" ... berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat, Orang yg takut (kepada
Allah) akan mendapat pelajaran, Orang yg celaka(kafir) akan menjauhinya."
al-a'laa : 9-11

" Sesungguhnya orang-orang yg berdosa, adalah mereka yg dahulunya (di dunia)
mentertawakan orang-orang yg beriman"
al-muthaffifin : 29


" Apabila langit terbelah . ........... . Maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yg telah
dikerjakan dan yang dilalaikannya."
al-infithaar: 1, 5

*******

" dan Dialah yg menerima taubat dari hamba-hamba-Nya dan memaafkan
kesalahan-kesalahan dan mengetahui apa yg kamu kerjakan"
as-syuraa : 25

ya penulis,
pukul! pukullah hatimu!
menangis! menangislah hatimu!

Wednesday, December 5, 2007

Doa Buat Kekasih .....

Ya Allah Ya Tuhanku,
Jika aku jatuh cinta,
Cintailah aku pada insan yang melabuhkan cintanya pada-Mu

Ya Rabbi,
Jika aku jatuh hati,
Pautkanlah hatiku pada seseorang yang hatinya sentiasa mengingati-Mu

Ya Allah,
Jika aku rindu,
Rindulah aku pada seseorang yang merindui Syahid dijalan-Mu

Ya Rabbana,
Jika aku bercinta,
Cintailah aku pada seseorang yang menyintai-Mu
Dan jauhkanlah aku dari cinta NAFSU...

AMIN... ... ...

sesiapa pun boleh cuba... insya Allah... jika ikhlas... termakbullah ia... doa lain pun boleh . janji yg baik2...

Takwil al-Quran: Lapan tanda amalan ikhlas kerana Allah

FIRMAN Allah Taala bermaksud: "Pada hal mereka tidak
diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan
mengikhlaskan ibadat kepada-Nya, lagi tetap teguh di
atas tauhid; dan supaya mendirikan solat serta memberi
zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar".
(Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Menerusi ayat di atas, Allah SWT memerintahkan supaya
setiap orang mengikhlaskan hidupnya semata-mata kepada
Allah Taala. Ia digambarkan melalui dua bentuk ibadat
khusus iaitu solat sebagai hubungan antara manusia
dengan Allah dan ibadat zakat yang menghubungkan
antara manusia dengan manusia.

Ertinya segala aktiviti hidup seorang Muslim hendaklah
ikhlas kerana Allah Taala. Dengan demikian, ikhlas
dalam konteks sebagai seorang Muslim bermaksud ia
mestilah mengharapkan keredaan Allah dan ganjaran
pahala daripada-Nya. Justeru itu, segala kata-kata,
amal perbuatan dan jihad perjuangannya tidak mengambil
kira sebarang keuntungan, kemegahan, gelaran mahupun
kedudukan tinggi. Baginya, syarat amalan yang diterima
Allah ialah niat yang ikhlas dan bertepatan dengan
syariat dan sunah Nabi Muhammad SAW.

Dalam hal ini, ulama telah menggariskan tanda-tanda
ikhlas itu kepada beberapa perkara sebagai berikut:

Pertama, takutkan kemasyhuran dan sanjungan yang boleh
membawa kepada fitnah sama ada kepada dirinya mahupun
agamanya, terutama sekiranya ia seorang yang
berkebolehan. Kerana ia yakin bahawa Allah menerima
sesuatu amalan itu berdasarkan batin, bukan lahirnya
semata-mata.

Kedua, orang yang ikhlas sentiasa menganggap dirinya
cuai terhadap Allah, lalai dalam melaksanakan ibadat,
tidak dapat mengawal hati daripada dimasuki sifat
bangga diri, sombong dan kagum dengan diri sendiri.

Ketiga, lebih suka melakukan amalan atau kerja secara
sembunyi daripada diiklankan dan mencari populariti.
Dalam konteks sebuah organisasi, ia lebih suka menjadi
tunjang pokok walaupun tiada yang nampak kerana berada
dalam perut bumi, namun ia adalah asas bagi pokok itu
hidup, tegak dan kuat.

Keempat, baginya sama saja berkerja sebagai pemimpin
atau pengikut, selagi kedua-duanya adalah berkhidmat
untuk agama. Hatinya tidak dapat dipengaruhi perasaan
cinta untuk muncul ke depan atau berada di barisan
hadapan.

Kelima, tidak menghiraukan kepuasan hati manusia
sekiranya ia membawa kepada kemurkaan Allah Taala.

Keenam, suka atau bencinya, memberi atau menolaknya,
rela atau marahnya, semuanya kerana Allah Taala dan
agamanya.

Ketujuh, ia tidak bersifat malas, lemah disebabkan
perjalanan yang jauh, lambat dapat memetik hasil dan
lambat mencapai kejayaan.

Kelapan, gembira dengan kemunculan orang yang
berkelayakan dalam barisan perjuangan bersamanya.

Dalam al-Quran, Allah SWT menegaskan bahawa syaitan
sama sekali tidak mampu menguasai orang yang bersifat
ikhlas, sebagaimana firman-Nya bermaksud: "Iblis
berkata: "Ya Tuhanku, oleh sebab Engkau telah
memutuskan bahawa aku sesat, pasti aku akan menjadikan
mereka memandang baik (perbuatan maksiat) di muka bumi
dan pasti aku akan menyesatkan mereka semuanya,
kecuali hamba-hamba Engkau yang ikhlas di antara
mereka".
(Surah al-Hijr, ayat 39-40)

Al-Fudhail bin Iyadh, seorang ulama terkenal ketika
mendengar firman Allah yang bermaksud: "(Allah) Yang
menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu,
siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia
Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". ( Surah al-Mulk,
ayat 2), lalu berkata: Sebaik-baik amal itu ialah yang
paling ikhlas dan yang paling betul.

Kemudian ia ditanya: "Bagaimana yang paling ikhlas dan
betul itu ? Jawabnya: sesuatu amal itu sekiranya ia
ikhlas tetapi tidak betul, maka ia tidak diterima, dan
sekiranya ia betul tetapi tidak ikhlas juga, maka ia
tidak diterima. Jadi, ia hendaklah memiliki kedua-dua
sekali iaitu ikhlas dan betul.

Ikhlas hanya semata-mata kerana Allah dan betul pula
mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW. Kemudian beliau
membaca firman Allah Taala bermaksud: "Barang siapa
mengharap perjumpaan dengan Tuhannya maka hendaklah ia
mengerjakan amal salih dan janganlah ia
mempersekutukan seorangpun dalam beribadat kepada
Tuhannya".
(Surah al-Kahf, ayat 110)

Kisah Abu Laits Samarqandi

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang negkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan."
Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku."Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Tuesday, December 4, 2007

Sajak: Peliknya Umat ini

Untuk renungan semua….



Peliknya umat ini....
Bola punya hal,pukul 3 pagi pun boleh bersengkang mata.
Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu ayam pun tak bangun lagi
Tapi,pukul 3 pagi akan jadi terlalu berat untuk bangun
jika disuruh tahajjud 2 rakaat,
diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya. (Alamak! terkena!)

Peliknya umat ini....
Menangis teresak-esak sebab penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia
air mata sungguh murah melimpah apabila artis pujaan turut
menangis namun,
berapa sangat umat ini yang sudi melinangkan air matanya sebagai
taubat kepada yang Esa?
berapa sangat umatku yg menangisi kerana kematian
seseorang ulama dan solehin?

Peliknya umat ini....
SMS berpuluh ringgit dengan senang hati dihantar, janji penyanyi
pujaan terpilih. Jari-jemari begitu ringan menaip nama penyanyi pilihan
dan nombor undian. Tapi, jari jemari begitu berat utk mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid. Tangan begitu kaku utk menghulurkan
seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya umat ini....
Gembira dia sebab anak pandai menyanyi dan pandai main piano. Sedih
sekali dia apabila anaknya tak dapat masuk Akademi Fantasia. Malaysian
Idol, namun, tak ramai umat ini yg sedih jika zuriatnya buta al-Quran,
tak ramai umat ini yg resah jika anaknya tidak tahu sujud kepada yang Esa.

Peliknya umat ini....
Sanggup bersesak-sesak, berhimpit- himpit dipadang konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan konsert hiburan
sedihnya..
program Allah 5 kali sehari di Masjid
tidak dapat sambutan meriah dari umat ini
mereka tidak sanggup untuk berdiri dlm saf
walaupun 5 minit cuma.

Peliknya umat ini....
Setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak cukup
peringkat kebangsaan..
dibuat peringkat antarabangsa tapi,
dengan al- Quran masih lagi bersikap ikut selera mana rasa elok,
diamalkan..
mana rasa tak elok untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya umat ini....
Setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia kepada jam 12
mlm pada hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka akan bersorak
ramai-ramai. .
tak kira lelaki perempuan detik saat jam 12 ,
saat yg ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar.
sedihnya..
tak ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih awal di masjid

Peliknya umat ini....
Setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan tentang
bangsaku, dan saudara seislamku ,
pasti ada suara2 sumbang dan lantang
yang cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang basah.

Tak salah rasanya kalau kita sedar dan menyedarkan. ....

Hadith Mengenai Ikhlas

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول : إن أول الناس يقضى يوم القيامة عليه رجل استشهد فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال : فما عملت فيها ؟ قال : قاتلت فيك حتى استشهدت قال : كذبت , ولكنك قاتلت ليقال جريء , فقد قيل : ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار , ورجل تعلم العلم وعلمه , وقرأ القرآن فأتي به فعرفه نعمه فعرفها قال : فما عملت فيها ؟ قال : تعلمت العلم , وعلمته , وقرأت فيك القرآن , قال : كذبت , ولكنك تعلمت ليقال : عالم , وقرأت القرآن ليقال : قارئ فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه حتى ألقي في النار ورجل وسع الله عليه وأعطاه من اصناف المال كله ، فاتي به فعرفه نعمه فعرفها ، قال : فما عملت فيها ؟ قال : ماتركت من سبيل تحب أن ينفق فيها الا أنفقت فيها لك قال كذبت ولكنك فعلت ليقال هو جواد فقد قيل ثم أمر به فسحب على وجهه ثم القي فى النار




Dari Abu Hurairah ra, 'Aku telah mendengar Rasulullah saw bersabda' :

'Sesungguhnya yang pertama-tama diadili pada hari kiamat ialah seorang lelaki yang telah mati syahid. Setelah ia didatangkan, Allah swt memperingatkan nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.'

Allah swt telah bertanya, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?'. Orang itu menjawab, 'Saya telah berperang dijalanMu sehingga saya telah gugur syahid.' Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, kamu berperang supaya dikatakan seorang pahlawan dan perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.

Orang yang kedua ialah seorang lelaki yang telah belajar ilmu pengetahuan, mengajarkannya, dan juga membaca al-Quran. Dia didatangkan di hadapan Allah swt dan Allah swt memperingatkan nikmat-nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.

Allah swt berfirman, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu?' Lelaki itu berkata, 'Saya telah belajar ilmu dan mengajarkan ilmu itu. Saya juga belajar al-Quran keranaMu.' Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, sebaliknya kamu belajar supaya kamu dikatakan seorang yang alim dan kamu membaca al-Quran supaya kamu dikatakan seorang qari dan sesungguhnya perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.

Orang ketiga ialah seorang lelaki yang Allah swt telah permudahkan rezeki baginya serta mengurniakannya dengan segala jenis harta. Maka dia didatangkan lalu Allah swt memperingatkan nikmat-nikmatNya dan ia pun mengakui nikmat-nikmat itu.

Allah swt berfirman, 'Apakah yang telah engkau lakukan terhadap nikmat-nikmat itu? Orang itu menjawab, 'saya telah membelanjakan pada jalan-jalan yang Engkau suka, untuk keredhaanMu. Allah swt berfirman, 'Kamu dusta, kamu telah membelanjakannya supaya kamu dikatakan seorang dermawan dan sesungguhnya perkara itu telah diperoleh.' Kemudian Allah swt memerintahkan supaya dia diheret dengan mukanya terlangkup lalu dicampakkan ke dalam neraka.

(Hadith riwayat Muslim- dipetik dari kitab Misykat)

Buatlah setiap amalan semata-mata kerana Allah. Ikhlaskan setiap amalan kita. Berilah dengan tangan kanan sehinggakan tangan kiri tak tau.

Harimau, Tali, Buaya, Tikus dan Madu

Alkisah...

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng! ... bunyi....aauuummmmm !!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya.Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!...
Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak.
Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya .
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg
sedang bawa madu.
Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."
Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua (aku dan korang semua). Harimau yg mengejar tu adalah maut , maut memang sentiasa mengejar kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah umur kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam sayalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

p.s : Kisah ini ditujukan khas untuk aku supaya aku tak lupa kemana aku akan pergi
selepas ini.
Astaghfirullah. ..

Sunday, December 2, 2007

Keindahan Mekah & Madinah





Tanggungjawab Wanita (Maulana Syamim)

Segala apa yang diciptakan oleh Allah SWT diciptakan untuk kita semua. Kita semua pula dijadikan untuk suatu maksud yang mulia, untuk membawa sifat-sifatyang mulia di dalam diri kita. Jangan kita lupa maksud kita kerana itulah keunggulan kita. Selagi kita menunaikan maksud ini, Allah SWT akan memberi faedah daripada segala ciptaannya.
Kalau kita abaikan maksud kita, kita tidak akan dapat manfaat daripada rupa dan bentuk iaitu wang, rumah, kecantikan, dsb. Malah kitaakan dapat kerugian.Maksud kita dihantar ke dunia ini bukan sekadar si-laki mencari makan dan si-perempuan masak, tapi adalah bagaimana kita boleh bawa agama kepada diri kita dan seluruh alam.
Dari hari pertama kerasulan,Rasulullah SAW tidak berseorangan, tetapi bersamanya adalah Khadijah R dA (seorang perempuan), Abu Bakar RdA(seorang lelaki), Ali KW (seorang budak), Zaid RdA(seorang hamba). Setiap macam orang dapat difahamkanmaksud hidup mereka.Yang paling awal masuk Islam adalah kaum wanita(Khadijah RdA).
Yang paling awal korban nyawa untukagama adalah kaum wanita (Sumaiyyah RdA). Yang paling awal korban harta untuk agama adalah kaum wanita(Khadijah RdA).Selepas Rasulullah SAW berjumpa Jibril AS, dipeluk,dsb. dan mendapat kenabian, yang beri dorongan utama dan ‘sympathiser’ utama adalah Khadijah RdA. Dia memujuk Rasulullah SAW dan membawanya berjumpa pakciknya Waraqah bin Naufal, yang mengatakan bahawa itulah malaikat seperti yang datang kepada Musa AS,dan kalau dia muda dia akan ikut Rasulullah SAW dan bersama Baginda SAW bila kaum Baginda SAW menghalau Baginda SAW. Rasulullah SAW ketakutan, dan Khadijah RdA bersimpati dan berakhlak baik dan dengan itu dapat sediakan hati Rasulullah SAW untuk memikul kenabian.Sejarah menunjukkan bahawa Nabi-nabi AS yang mendapat sokongan isteri-isteri mereka Rda lebih berhasil.Wanita mempunyai kuasa yang besar.
Kalau wanita beragama, maka agama akan tersebar ke seluruh manusia.Wanita diperbuat daripada tulang rusuk kiri. Tulang ini dekat dengan hati - wanita sangat mudah untuk mempengaruhi lelaki. Sebab itulah musuh Islam menggunakan wanita untuk rosakkan Islam – mereka merosakkan wanita-wanita Islam.Wanita mempunyai tanggungjawab yang besar. Wanita lebih ramai di dunia ini - wanita adalah 2/3 daripenduduk dunia. Kalau wanita beragama bermakna 2/3 dunia beragama. Walaupun tiada nabi wanita, tetapi setiap nabi a.s lahir daripada wanita. Ada nabi a.s tiada bapa tapi (selain nabi Adam a.s) tiada yang tiada ibu.
Wanitalah yang memberi dorongan dan didikan.Anak-anak dibentuk oleh ibu.Allah SWT telah beri wanita hikmah dan kebijaksanaan bagaimana nak ambil kerja dari orang lain. Misalnya,dia boleh suruh dan pujuk suami atau anak supaya pergike kedai 5 atau 10 kali. Bila ini digunakan untuk agama, mustahil suaminya atau anaknya tidak beragama,jika dikehendaki oleh seseorang wanita itu. Gunalah hikmah dan kebijaksanaan ini supaya rumahtangga kita jadi tempat tersebarnya hidayat. Kalau tidak, ia akanjadi tempat tersebarnya kesesatan.Sahabat Amar bin Jamuh RdA mempunyai kaki yang tempang tetapi hatinya ingin keluar ke jalan Allah SWT di medan Uhud. Isterinya sedih dan inginkan supaya beliau dapat pergi.
Isterinya gunakan hikmah sindiran dengan mengatakan bahawa beliau bukan betul-betul nak pergi sangat. Dengan itu, Amar bin Jamuh RdA pergi berjumpa Rasulullah SAW dan desak juga supaya dibenarkan pergi.Beliau ingin berjalan di syurga dengan kakinya yang tempang. Setelah dibenarkan, beliau pergi dan syahid di Uhud. Isterinya pergi ke Uhud untuk membawa mayat suaminya untuk ditanam di Madinah, tetapi unta yang membawa mayat itu tidak mahu pulang ke Madinah. Bila ditanya Rasulullah SAW, isterinya memberitahu yang beliau telah doa tiga kali supaya beliau tidak kembali ke keluarga. Rasulullah SAW beritahu yang doa beliau telah diterima. Beliau dikebumikan bersama para syuhada' di Uhud.Keinginan sahabiah RdA adalah supaya mereka bangun dihari qiamat dipanggil ibu kepada syahid, isteri kepada syahid, dsb.
Hari ini keinginan kita adalah bagaimana kita dapat rumah besar, dsb. Setiap sahabiah RdA berkeinginan untuk ahli keluarga mereka syahid lebih daripada keinginan kita untuk rumah besar. Ini semua kerana cinta mereka kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW.Ketika Uhud wanita-wanita telah mendengar khabar angin bahawa Rasulullah SAW telah wafat. Mereka bertanya kepada orang-orang yang balik daripada Uhud, mengapa mereka balik! Kalau begitu biarlah mereka yang balik ini memakai gelang-gelang mereka (yakni jadiperempuan) dan biarlah mereka yang pergi ke Uhud!Seorang wanita RdA diberitahu bapanya syahid, suaminya syahid, dan seterusnya, tetapi beliau bukan nak tahu ini - yang beliau nak tahu adalah samada RasulullahSAW selamat.
Bila beliau mengetahui yang RasulullahSAW selamat, beliau syukur yang Rasulullah SAW selamat, yang bermakna agama selamat. Jika Rasulullah SAW tak selamat walaupun suaminya dsb. selamat, ugama tak juga selamat. Beginilah semangat mereka.Sekiranya wanita mahu kembangkan agama di dalamrumahnya, Allah SWT akan buat sebab Allah SWT telahberi kebolehan kepada mereka. Di tempat saya adaseorang doktor yang isterinya kuat agama dan dia ingin menyuruh suaminya simpan (pelihara) janggut.
Dia telah bermesyuarat dengan isteri tukang rambut dan menyuruhnya datang ke rumah dan tajamkan pisau. Bila suaminya bertanya kenapa, dia kata dia nak cukur rambutnya. Suaminya kata, "Eh, hodoh! (jelek!)" dan dia kata, "Abang lagi hodoh sebab potong sunnahRasulullah SAW". Dengan itu suaminya mula simpan janggut. Allah SWT beri wanita kelebihan dan kebijaksanaan untuk bawa agama.

Kepentingan Solat Istikharah





Bila di sebut sahaja Solat Istikharah kebanyakan di kalangan kita hanya terkenangkan ketika hendak memilih jodoh. Ia begitu sinonim sekali dalam membuat keputusan untuk memilih bakal teman hidup tidak kira bagi lelaki atau perempuan. Perkara ini mungkin berlaku kerana penekanan di kalangan sesetengah Ustaz dalam soal istikharah ini dikaitkan dengan memilih jodoh sahaja.
Sebenarnya amalan Solat Sunat Istikharah ini skopnya lebih luas. Kita kadang-kadang tidak diberikan peringatan dalam soal ini. Sedangkan amalan Solat Istikharah ini sangat-sangat di galakkan oleh Rasulullah sebagaimana disebut dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari;
Mahfum Hadis: Dari Jabir ra., ia berkata: “Nabi pernah mengajarkan kepada kami Istikharah dalam berbagai urusan, seperti mengajarkan sebuah surah dalam Al Quran. Kalau seseorang dari kamu menghendaki sesuatu, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian berdoa:
“Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya.”
Betapa pentingnya Solat Istikharah ini sebagaimana pentingnya kita mempelajari al-Quran.
Sebagai satu iktibar dan renungan penulis ingin berkongsi beberapa contoh kisah benar yang berlaku di kalangan sahabat-sahabat yang terlupa mengamalkan solat istikharah. Nama dalam kisah ini bukan nama sebenar.

Kisah-1

Setelah berpindah randah dari satu rumah sewa ke rumah sewa, akhirnya tergerak hati Salim untuk memiliki rumah sendiri. Lalu dia melihat iklan di surat khabar dan berkenan dengan tawaran rumah yang agak munasabah harganya. Rumah tersebut masih belum dibina lagi tetapi pihak pemaju telah menawarkan pakej jualan yang istimewa. Pihak pemaju perumahan memberi jaminan rumah tersebut akan siap dalam masa dua tahun. Salim berminat dengan rumah tersebut lalu terus membelinya. Kini lima tahun telah berlalu, projek perumahan itu telah terbengkalai kerana pemaju telah bankrupt. Salim terpaksa membayar ansuran bulanan hutang kepada bank walaupun rumah yang diidamkan masih tidak wujud.

Kisah-2

Abu dan Salmah telah berkahwin selama 4 tahun. Mereka dikurniakan dengan dua orang cahaya mata. Anak yang sulung telah berumur 3 tahun dan yang kedua masih 8 bulan. Mereka berasa agak susah hendak ke sana kemari kerana hanya memiliki motosikal. Satu hari Salmah mencadangkan kepada Abu untuk membeli kereta. Abu lalu terus pergi ke Perodua Show room untuk melihat-lihat kereta. Dia berkenan dengan model Kelisa lalu terus membelinya. Selang sebulan keretanya kena curi. Dah enam bulan berlalu keretanya masih tidak ditemui, tetapi dia masih membayar ansuran bulanan dengan pihak bank kerana pampasan yang pihak insurans bagi tidak mencukupi untuk melangsaikan bayaran baki hutang dengan pihak bank.

Kisah-3

Munirah akhirnya terpikat dengan pujukan rakan satu ofisnya Hafsah untuk melabur dalam satu skim pelaburan di internet. Dia akhirnya mengeluarkan sehingga RM10,000 untuk pelaburan tersebut. Dua tahun telah berlalu duit pelaburannya lesap tak nampak bayang.

Kisah-4

Rashid dan Zakiah telah mempunyai tiga orang anak. Mereka bercadang untuk mengambil pembantu rumah Indonesia. Mereka pergi ke agensi pembantu rumah dan terus memilih seorang pembantu rumah yang terdapat dalam senarai biodata. Selang dua bulan pembantu rumah pun sampai dan berkhidmat kepada mereka seperti yang dijangkakan. Tiga bulan berlalu tiba-tiba pada satu hari didapati pembantunya telah lari dari rumah.
Kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar di mana penulis sendiri bertanya kepada mereka adakah mereka telah melakukan Solat Istikharah sebelum memilih atau membuat keputusan. Mereka kata langsung tak terfikir hendak melakukannya.

Kisah -5

Iskandar berumur 40 tahun telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak. Suatu hari dia mendapat telefon dari kawan baiknya Jaafar. Jaafar hendak memberikan satu hadiah istimewa kerana jasa Iskandar yang telah menyelesaikan masalah keluarganya. Jaafar hendak menawarkan kepadanya perbelanjaan pakej menunaikan haji untuk suami isteri ditanggung sepenuhnya iaitu RM15,000 setiap orang. Hati Iskandar gembira bukan kepalang kerana sudah lama dia mengidam untuk menunaikan haji. Lagipun duit simpanan dalam tabung hajinya baru RM3000. Iskandar tidak terus menerima hadiah tersebut sebaliknya dia memberi tempoh tiga hari untuk membuat keputusan. Iskandar melakukan Solat Istikharah tiga malam berturut-turut. Pada hari keempat dia berjumpa Jaafar mengatakan dia sangat berat untuk menerima hadiah tersebut. Dia mengatakan ingin pergi menunaikan haji dengan duit pendapatan sendiri. Jaafar agak kecewa, dipujuknya namun Iskandar tidak terima juga. Selang dua bulan selepas itu baru Iskandar mendapat tahu duit yang hendak diberikan kepadanya itu adalah dari duit riba iaitu interest bank konvensional akaun simpanan tetap Jaafar. Jaafar telah tersalah sangka. Disangkanya bahawa duit riba boleh dihadiahkan kepada orang lain tetapi tidak boleh digunakan sendiri.

Kisah-6

Cikgu Imran telah mendapat arahan pertukaran sekolah dari Sabak Bernam ke Sandakan. Bila menerima surat tersebut hatinya agak gembira kerana ingin memberi khidmat di kawasan pedalaman. Baginya tidak ada masalah sebab masih bujang, dan teringin sangat hendak ke Sabah. Dia solat Istikharah walaupun keputusan telah ditetapkan oleh kementerian kepadanya. Dia berdoa “Ya Allah kalau pemergian aku ke Sandakan ini baik untukku dan agamaku maka permudahkanlah jika tidak kau gantikanlah dengan yang lebih baik dan sempurna”. Selang dua minggu Pengetua disekolahnya memberitahu kepadanya pertukaran dia ke Sabah di tarik balik disebabkan masalah teknikal. Dia rasa agak pelik namun tidak kecewa malah tetap gembira kerana telah melakukan solat istikharah. Dia yakin ini yang terbaik di pilih oleh Allah untuknya. Selang sebulan dia bertemu Jodoh dengan Ustazah (al-Hafizah) yang baru berpindah di taman tempat dia tinggal.

Semua kisah yang dipaparkan di atas adalah kisah benar yang boleh kita ambil iktibar dan pengajaran. Yang pastinya kita tidak akan rugi di dunia dan akhirat bila beramal dengan Solat Istikharah ini.
Dewasa ini ramai di kalangan kita hendak membeli rumah yang berharga lebih RM200,000. Bayaran balik mungkin mengambil masa selama 20 hingga 25 tahun. Dalam tempoh tersebut macam-macam perkara boleh terjadi. Jika sekiranya kita melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah tersebut, pasti Allah akan mendorongkan kita membuat pilihan yang tepat dan memudahkan segala urusan. Penulis ada bertemu dengan beberapa sahabat yang melakukan Solat Istikharah sebelum membeli rumah, Alhamdulillah segala urusan menjadi mudah dan dapat membayar balik hutang rumah lebih awal daripada yang dijangkakan.
Seperkara lagi, supaya Allah SWT memakbulkan doa kita, jauhilah segala bentuk pinjaman yang ada unsur-unsur riba’ seperti dari sistem konvensional. Pilihlah sistem perbankan Islam semoga Allah memberikan keberkatan dan menurunkan rahmatnya sepanjang tempoh pinjaman di buat. Yakin dan percayalah jika kita mengikut suruhan Allah, pasti Allah akan membantu kita di ketika senang dan susah. Jika Allah bantu kita tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.
Mengikut beberapa buah kitab seperti Kitab Minyatul Musolli, Sabilal Muhtadin dan Sairus Salikin, secara ringkasnya cara melakukan Solat Istikharah adalah seperti berikut;

Waktu yang terbaik ialah pada 2/3 malam (iaitu sekitar pukul 2 pagi). Bagaimana pun boleh dilakukan pada bila-bila masa dalam waktu yang di haruskan sembahyang contohnya selepas maghrib.
Niatnya “Sahaja aku sembahyang sunat istikharah dua rakaat kerana Allah ta’ala”
Dalam rakaat pertama selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Kafirun atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Dalam rakaat kedua selepas Surah Al-Fatihah baca Surah Al-Ikhlas atau apa-apa sahaja surah lain yang terbaik kita boleh baca.
Selepas memberi salam baca doa berikut (mulakan dengan basmalah dan selawat dahulu).







Terjemahan Doa’ :

Ya Allah! Aku mohon pemilihan Mu menerusi pengetahuan Mu dan aku mohon kekuatan Mu menerusi kudrat Mu serta aku minta pada Mu sebahagian dari limpah kurnia Mu yang sangat besar. Sesungguhnya Engkau amat berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui dan sesungguhnya Engkau amat mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) adalah baik bagiku dalam urusan agama ku juga dalam urusan penghidupan ku serta natijah pada urusan ku, kini dan akan datang, maka tetapkan lah ia bagi ku dan permudahkanlah ia untukku, serta berkatilah daku padanya. Dan kiranya Engkau mengetahui bahawa perkara ini (…sebutkan hajat..) membawa kejahatan kepadaku dalam urusan agamaku, juga dalam urusan penghidupanku dan natijah urusanku, kini dan akan datang, maka elakkanlah ia dariku dan tetapkanlah kebaikan untukku sebagaimana sepatutnya, kemudian jadikanlah daku meredhainya. (Dari hadis riwayat Imam Bukhari)
Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada kita semua.
Wallah hu ‘alam.