Sunday, December 2, 2007

BAB PUTUS ASA

Satu cerita : satu org pencuri kain kapan,telah bersetubuh ngan mayat sorang perempuan, mayat tu siap bangun dan berkata “celakalah engkau kerana membiarkan aku dalam keadaan berhadath besar” lelaki tu terus takut (aku pun!!) dan jumpa Nabi saw, Nabi cakap lebih kurang maksud:Allah dah tak ampun dosa kamu, !
Lalu menangislah lelaki itu lalu pergi ke padang pasir setelah di kecewakan oleh Nabi, maka dia terus direct mengadu pada Allah, menangis-menangis-menangis, tidak putus ASA,lalu Allah tegur Baginda SAW lebih kurang maksud: dosa walau macamana besarpun(zina, buang anak, dll) boleh di maafkan dengan taubat nasuha, kecuali dosa syirik!
So, jangan berputus ASA…!!!!
(Wahai, org murtad, selagi belum jadi mayat, masih boleh pulang ke pangkuan Allah…)
Dua cerita:Ada satu riwayat lebih kurang cerita, satu org yang jahat berazam nak jadi baik, maka dia berazam nak taat segala perintah Allah, belum sempat taat mana mana perintah Allah, dah jadi mayat…,
Pendek cerita, di padang masyar kelak, apabila Allah perintahkan pendosa masuk neraka, maka, setiap manusia merasa enggan dan engkar yang membuatkan malaikat terpaksa seret dengan muka ke lantai lalu di campakkan kedalam neraka… akan tetapi, si dia ni terus berlari untuk terjun ke dalam neraka, lalu Allah perintahkan malaikat tahan/halang dia dari terjun ke neraka dan tanya…(sedang Allah Maha mengetahui,subhanAllah), bertanya Allah: kenapa berlari nak terjun ke neraka, sedangkan org lain enggang?(lebih kurang maksud)
Maka kata hamba Allah ni:Di dunia dulu, satu perintah Allah pun takde yang saya ikut, saya takde peluang, satu hari datang peluang, tapi maut menjemputku, hari ini adalah hari pertama saya berpeluang ikut perintahMu, maka saya akan buat sungguh2…dengan berlari terjun ke Neraka…
Maka korang tahu apa keputusan Allah Yang Maha Pengasih?Pergilah rujuk ustaz…(aku ni baru nak start belum ustaz lagi)
Ok, baiklah, Allah masukkan dia dalam shurga, tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah.. aku buat dosa banyak2, kelak bila Allah suruh aku masuk neraka, aku berlari pecut ..dan...DAH dah dah dah!!!Jangan nak berangan-angan!Jangan anggap keputusan Allah main main…!!!! Nampak SANGAT KORANG TAK FAHAM APA ITU PUTUS ASA!!!! ( aku pun tak paham…)
Tiga cerita:Sebuah riwayat menceritakan, bahawa di padang mahsar kelak, semua orang akan di timbang amalannya, yang baik dan yang buruk, jika buruk-lebih masuk neraka, dan jika baik-lebih masuk shurga, begitulah sebaliknya.
Bagaimana pula jika sama berat?
Bak sini aku cerita…Maka seorang hamba Allah ni apabila ditimbang dosa pahala, shukur dan kufur, sabar dan sombong, maka sama berat..50% amalan kebaikan, dan 50% amalan kejahatan..Maka dia perlu cari satu lagi pahala untuk melebihkan amalan kebaikan dia bagi melayakkan dia masuk shurga…Maka berjalanlah dia di padang mashyar mencari kenalan dan sanak saudara di dalam lautan manusia, dengan harapan adalah nanti kawan, teman, taulan, atau kaum keluarga yang sudi memberi akan satu pahala sahaja!!, agar dia layak masuk shurga dan selamat dari azab api neraka…Punyalah ramai manusia (pergi jomheboh pun dah rasa ramai sangat org, apatah lagi padang masyar..oh!Akan tetapi walaupun dah jumpa isteri, anak, keluarga dan kawan2, tapi semua tak sanggup bagi walaupun satu pahala, kerana satu pahala kat akhirat begitu berharga!!!
Nota kaki: hari ni bagi setiap pahala langkahan ke masjid, takde org pedulipun..isk..isk.., aku ler nie..oh
Nota kuku: hari ni, satu org kaya, bila acu pistol, akan sanggup bagi semua kekayaan, kerana nak masa, nak hidup lebih lama, bermakna di dunia ni yg paling penting adalah masa… tapi kat padang masyar, masa dah tak berharga lagi, manusia sanggup gadaikan apa sahaja untuk dpt satu pahala!!
Nota kiki: Bersabar dengan lawak aku yang tak lawak dan karangan aku yang mengarut ni pun, aku rasa dapat gak pahala.., aku rasalah, jika korang sabar..isk,,isk,,
Sambung cerita, setelah lebih kurang 40 tahun mencari pahala, maka satu org hamba Allah telah menegur lebih kurang maksud:“aku tengok engkau ke sana sini, bertahun tahun lamanya, apa yang kau cari?
Maka si pencari pahala itu pun ceritalah panjang lebar..
Aku pendekkan cerita: berkata lah si bertanya tadi..:“beginilah, engkau ambik aku punya satu pahala, aku ada satu sajer pahala sajer dan ada 99 baki dosa, semoga engkau dpt masuk shurga…”
Maka gembira dan berjalanlah lelaki pencari pahala itu kepada Mizan Allah(tempat timbangan) dengan mengambil masa lebih kurang 40 tahun jugak…
Ringkas cerita:“Allah sbw tanya,: dari mana kamu dpt satu pahala ini?(lebih kurang maksud)
Lalu lelaki itu cerita panjang lebar...(Sedang Allah Maha Mengetahui-SubhanAllah)
Lantas Allah berfirman…lebih kurang maksud:“panggil ke mari lelaki yang bagi engkau satu pahala itu”
Di pendekkan cerita lagi, berjumpalah lelaki tadi dengan pemberi pahala dengan kadar masa untuk bertemu dalm 40 tahun lebih kurang..
“eh, kau tak masuk shurga lagi?”Tanya si pemberi pahala, lalu di jawab lelaki si pencari..
“belum, Allah nak jumpa engkau dahulu..”Kata lelaki yg ada 99 dosa itu:
“argh, sudah!! Aku ingat lambat lagi aku masuk neraka…”(oh)
Di ringkaskan cerita, berjalanlah kedua-duanya mengadap Allah dengan kadar 40 tahun lebih kurang…
Nota: sudah 160 tahun, baik korang solat jemaah, satu langkah satu pahala..!!!
Korang jawab balik,: “Tapi kalau pergi solat jema’ah dengan kereta camne dengan pahala langkah?
Aku kata: hek eleeeeeh, takkan lah kau parking kereta betul betul tepi saf…!!!!
Arghh, Sambung balik:Aku ringkas cerita seringkas ringkasnya… kedua dua lelaki itu masuk shurga kenapa?
Kerana mereka tidak berputus ASA!!!!
Tapi jika korang terfikir, kalau camtu, biarlah aku buat jahat, kat akhirat nanti, aku sedekah pahala kat orang, BERMAKNA: jika korang ada fakir macam nie, korang termasuk dalm golongan yang berputus ASA!!!!Nampak SANGAT KORANG TAK FAHAM APA ITU PUTUS ASA!!!! ( aku pun tak paham…)dan...DAH dah dah dah!!!Jangan nak berangan-angan! Jangan main main dgn keputusan Allah...
Aku nak bercerita bahawa di akhirat pun jangan ber putus ASA dengan Rahmat Allah, apatah lagi di dunia!!!,Tapi jika korang sengaja plan tak nak taat perintah Allah dengan menyangka kat akhirat nanti Allah tak sampai hati nak azab aku/korang..., barulah aku bertanya?
layakkah aku/korang sebaris ngan adam, idris, nuh, hud, solih, ibrahim, lut, ismail, ishaq, ya'qub, yusuf, ayub, syuib, musa, harun, zulkifli, daud, sulaiman, ilyas, ilyasa', yunus, zakaria, yahya, isa wakhirun khatimul anbiya' muhammad al mustofa.... ?
So, JANGANLAH BERPUTUS ASA PADA ALLAH YANG ESA DI DUNIA INI LAGI!!!!
Ps: Beramallah di dunia, jangan berputus asa.. Allah pernah memberi peluang taubat pada firaun yang mengaku Tuhan dan telah membunuh 17 ribu bayi…, pulanglah pada Allah, walaupun dosa semalam sebesar gunung meninggi awan, walaupun berzina dengan mayat, walaupun…sibuk!!! Kerana malaikat maut tak peduli dengan kita punya sibuk!!
!!Dah jadi mayat baru tak sibuk...oh

No comments: