Sunday, December 2, 2007

Siapa Bintang Popular

Siapa BINTANG popolar?

Ha ha ha, aku lah lelaki update akhir zaman kononnya apabila bercerita pasal anugrah bintang popolar pulak...(Buang tabiat ke apa?)
Siapa bintang paling popular?
MAWI?
Ada sesetengah ‘pejuang islam’ kat opis aku yg akan bersyukur setiap kali Mawi dapat anugrah, ke ke ke… (lantak engkaulah)Jadi hari ni aku nak bercerita pasal bintang….(5 kisah bintang, macam 5 bintang)
Kisah pertamaSIAPA BINTANG
Siapakah bintang yg sebenar-benarnya!
Satu hadith lebih kurang maksud: Sahabat Nabi seumpama bintang di langit, jika korang(dan aku) ikut salah satu daripadanya, maka korang akan selamat.
Moral: ikutlah sahabat, korang akn berjaya…sebab sahabat Allah dah jamin syurga ketika diorang hidup lagi..pendek kata, mereka redha dengan Allah dan Allah redha kepada mereka.
Antara perkara yg kita boleh belajar mengenai ‘bintang-bintang’ ini adalah:-
1: Bintang mencatikkan pandangan
2: Bintang menjadi putunjuk kepada org yg sesat.
3: Bintang merejam syaitan(sebenarnya taik bintang, arghh..kira bintang jugaklah he he he)
jadi berusahalah menjadi bintang yg mencantikkan pendangan, memimpin org yg sesat, dan menjauhkan tipu daya syaitan(amin)
Kisah keduaBINTANG YG SEBENAR-BENARNYA
korang tahu tak ada 3 hari lagi selain hari2 yg kita dah tahu: jumaat, sabtu, ahad bla bla bla ala…
3 hari lagi yg semua org kena tempuh:
1.hari kebangkitan.
2.Hari kemurkaan Allah
3.Hari penghisaban.
Kat padang masyar nanti akan tiba satu hari yg dahsyat, selepas hari kebangkitan(ni aku ambil bulat2 dari ‘mulut ke telinga’ dalam satu ceramah kat kuantan) iaitu hari KEMURKAAN ALLAH sehingga para nabi2 pun tidak berani angkat muka…sangat dahsyat! Sekarang dalam satahun ada 12 bulan, itu melalu kiraan ,tapi pada hari kemurkaan Allah, 12 matahari akan duduk atas kepala sedangkan padang di buat dari tembaga…satu org alim dari indon bercerita bahawa bala yg menimpa manusia hari ini bukan 100% kemurkaan Allah, dikatakan air, api, angin dan tanah hari2 mintak dengan Allah untuk musnahkan manusia yg ingkar, tsunami tu baru Allah bagi izin pada api(gunung berapi), tanah(gempa buni) angina + air = tsunami: pun sudah begitu dahsyat! Bayangkan bagaimana apabila Allah sendiri murka! Ustaz tu cakap Nabi sujud 100 tahun supaya Allah mulakan Hari penghisaban.
Pada waktu tu bilangan org yg masuk shurga adalah seperti sehelai bulu kambing yg putih di atas seekor kambing Hitram, Allah murka, adakah Nabi2 tak buat daqwah?, semua umat mendesak nabi2 mereka berjumpa Allah agar di mulakan hari penghisaban..mereka mengeluh, sekiranya mereka ini di campakan ke dalam nereka, campaklah, merka sanggup! kerena begitu dahsyat sekali azab di padang mashar!(beribu tahun lamanya)
Maka apabila Allah mengabulkan doa nabi(inilah doa yg tak pernah di guna oleh nabi Muhammad saw,-nabi2 lain telah guna doa yg paling makbul untuk musnahkan umat merka. Maka Allah Tanya siapa yg nak jadi org pertama yang di hisab…
Tiada siapapun yg berani tampil kedepan…Nabi Ibrahin takut dengan dosa menipu kaumya (rujuk ustaz)Nabi Isa takut dengan dosanya (rujuk ustaz)Nabi Musa takut dengan dosa membunuh (rujuk ustaz)Nabi Adam takut dengan dosa makan buah khuldi (sila rujuk ustaz yg berdekatan)
Sehinggalah Nabi menepuk bahu Saidina Abu bakar r.a.
Maka apabila Abu bakar tampil ke depan pengadilan hilanglah murka Allah dan bermulah hari yg ketiga iaitu hari penghisaban…Abu bakarlah ‘bintang’ yg sebenar-benarnya….
Untuk korang tahu lebih detail apa yg abu bakar punya pengorbanan, tolong cari sendiri ilmu nih..kalu korang nak jadi alim, nak tak nak ,korang kena belajar sirah sahabat Nabi….
Kisah ketigaKISAH BINTANG LAGI
Satu hari ketika Nabi dan aisyah sedang melihat bintang2 di langit…Nabi bertanya pada aisyah yg bermaksud lebih kurang begini:
“mahukah kamu tahu siapakah yg amalan kebaikannya begitu banyak, sebanyak bintang di langit?
Aisyah menangis apabila nabi menyatakan bahawa Saidina Umar r.a adalah org yg mempunyai amalan sebanyak bintang di langit…kerana sangka aiyah r.aha adalah bapanya yakni Abu bakar r.a.
Kemudian Nabi bersabda lagi lebih kurang beginilah:
Pahala umar tak boleh menandingipun pahala semalam abu bakar bersamaku di dalam gua ketika bersembunyi dari jejak org kapir yg hendak membunuhnya…
Abu bakarlah bintang yg sebenar benarnya….
Satu org alim cerita dalam ceramahnya; ketika malaikat jibrail di beri peluang oleh Allah untuk melihat Nur Muhammad s.a.w, Malaikat jibrail melihat satu nur kecil turut ada bersama nur Muhammad..Allah menjelaskan bahawa itu adalah Nur Abu bakar r.a
Abu bakarlah bintang yg sebenar benarnya….
Di beritakan juga bahawa manusia pertama masuk shurga adalah Nabi Muhammad saw. Kemudian Nabi ibrahim as dan diikuti pula oleh abu bakar s.a.w. Kelapan2 pintu syurga memangil nama abu bakar r.a
Abu bakarlah bintang yg sebenar benarnya…di kalangan sahabat2…
(Kelihatan aku memuja abu bakar seperti syiah memuja ali…harap korang dapat bersangka baik ngan aku…ada masa dan ruang dengan izin Allah, aku cerita kisah2 sahabat lain –OK?! terima kasih )
Kisah ke empatKISAH BINTANG DUNIA
Ada anugrah untuk pelakon popolar he he he…akhirat nati pun ada gak…
Dunia ini hanyalah lakonan
-biasa dengar org cakap cam tuh..memang betul pun! Kita semua sedang berlakon, ada yg memegang watak org kaya, ada yg memegang watak org miskin, tapi korang semua kena ikut skrip yg betul, apa skrip yg betul? Al-quran dan sunnah Nabi..
kalau korang kaya, jadilah org kaya yg ikut sunnah Nabi(macam Abu bakar)kalau korang miskin pun kena ikut sunnah nabi(macam Abu hurarah)kalau korang samseng pun kena ikut skrip yg betul(macam saidina umar), kalu korang pemalu jadilah cam saidina usman, kalau korang kuat dan tegas ikutlah sunnah nabi(macam saidina Ali)
Bila dah berlakon ada tempoh filem: berapa lama filem korang?: sepanjang hidup sebelum jadi mayat: dah jadi mayat tak payah berlakon2 lagi…he3
Siapa pulak yg jadi juru kamera, hmmm tentulah malaikat Rokik dan Atiq. Kalau korang buat baik “on” kamera lain, buat jahat “on” pulak kamara lain, Hari’festival” nanti siaplah, mana yg lebih banyak ‘rakam’ yg tulah akan di paparkan..(bahaya..bahaya..) lokasi pengembaraan kita hanyalah kat atas dunia nih..dalm kubur takde pengembaraan lagi dah… jadi berlakon betul2…(korang dan aku sedang duduk di lokasi pengembaran Sekarang ni..tau tak?)
Siapa pengarah? apek senario cakap..pengarah di atas sana-(Allah) benar! Dan korang boleh jadi pembantu pengarah(ni yg best nih) siapa pembantu Allah.?
Mereka adalah para nabi2, sahabat2, tabi, tabeen dan korang semua yg buat daqwah…sesipa yg buat daqwah dia telah Bantu agama Allah dan Allah akn Bantu dia amin…
Jadi bila dah siap filem ada festival pulak yak ni nun di padang masyar sana..semua berhimpun..macam2 ada.. pasti sure hebolah!
Anugrah korang tentulah terima amal tangan kanan, titi sirat pantas kilat dan masuk syurga tanpa hisab…
3 golongan org yg masuk shurga tanpa hisab
1.Org yg selalu memuji Allah dalam keadaan senang dan susah
2.Org yg menjauhkan lambung kanannya daripada tempat tidur, sibuk menangis pada Allah di waktu hujung malam.
3.Org yg pernigaan dan jual beli tidak melalaikan dari mengingati Allah
Amin ya Rabbilalamin…
KiSah ke limaBINTANG YANG PUDAR
Isteri aku baru balik dari belajar ugama, dengan bersemangatnya ceramah kat aku :
“Abg, ustazah cerita kalau org pergi solat lepas azan akn dapat cahaya bintang kat akhirat, kalau tengah azan akan dapat cahaya bulan kat akhirat..dan kalau abg sampai kat masjid sebelum azan abg akn dapat cahaya macam matahari…jadi abg hanya dapat cahaya bintang sajela sebab abang banyak gi masjid bila dah dengar azan..bahaya ni bang!
Aku kata: tarima kasih isteriku kerana menegur abang dengan penuh sopan dan santón(he he he).Betul kata isteri aku tu, aku tak tahu haditsh kat mana(aku memang banyak jahil bab2 ugama nih..aku azam, mulai esok aku nak dengar azan dalam masjid-amin...) tapi cuba korang bayangkanlah kalau korang solat kat rumah..cahaya apa korang dapat…sinar FM jer la kot he he he

No comments: