Tuesday, June 24, 2008

Selawat Sirrul Anwar

اللهم صل على نورِ الأنْوَارِ، وسِرِّ الأسْرارِ، وتِرْياقِ الأغْيارِ، ومِفْتاحِ بَابِ اليَسَارِ، سيدنا محمد المُخْتارِ وآله الأطهار، وأصحابه الأخيار عدد نِعَمِ الله وإفْضَالِهِ

Ya Allah limpahkanlah rahmat kepad cahaya dari segala cahaya, rahsia dari segenap rahsia, penawar duka dan kebingungan, pembuka pintu kemudahan, yakni junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w. yang terpilih, keluarganya yang suci dan para sahabatnya yang mulia sebanyak hitungan nikmat Allah dan kurniaNya.

Selawat ini digubah oleh Wali Qutub Sayyid Ahmad Idris Al-Badawi qaddasallah sirruhu.


Fadhilatnya :


1. Jika membaca setiap solat fardhu, insya Allah terhindar ia dari mara bahaya.
2. Beramal membacanya 40x atau 100x setiap hari, insya Allah memperolehi rezeki zahir dan batin, makbul segala hajat dan memperolehi cahaya Ilahi.
3. Amalkan membaca 21x setiap kali ke tempat kerja untuk memperolehi kedudukan dalam jabatan kerja.
4. Amalkan 7x setiap kali ingin tidur, insya Allah terhindar dari sihir.
5. Berkata Sayyid Ahmad Ruslan : Selawat ini mujarab sekali untuk memenuhi hajat, mengusir kesusahan, menolak bencana dan mendapatkan cahaya. Bahkan khasiatnya multi fungsi.
Wallahu a’lam.


Sumber :
1. K.H. Habib Syarief Muhammad Alaydarus. 135 Shalawat Nabi Keutamaan Tatacara & Khasiatnya. Bandung, Indonesia: Pustaka Hidayah, 2007.
2. Saad Qadhi. Al-Arief Billah Sayyidi Ahmad Al-Badawi. Kaherah, Mesir: Dar Qharib, 2001.
3. Drs. Hanafi Mohamed. 99 Selawat Nabi s.a.w. Fadhilat & Khasiatnya. Kuala Lumpur, Malaysia: Darul Nu’man, 1994.
4. Dadang Sobar Ali & Drs. Maman Abd. Djaliel. 100 Shalawat Nabi Paling Berkhasiat. Bandung, Indonesia: CV Pustaka Setia, 2007.

Selawat Badawi

اللهم صلِّ وسلِّم وبارِك على سيدنا ومولانا محمدٍ شَجَرَةِ الأصل النُّوْرَانِيَّةِ، ولَمْعَةِ القَبْضَةِ الرَّحْمَانِيَّةِ، وأفضل الخلِيْقَةِ الإنْسانِيَّةِ، وأشْرَفِ الصُّوْرَةِ الجِسْمَانِيَّةِ، ومَعْدِنِ الأسْرَارِ الرَّبَّانِيَّةِ، وخزائِنِ العلومِ الإِصْطَفَائِيَّةِ.

صاحِبِ القَبْضَةِ الأصْلِيَّةِ، والبَهْجَةِ السَّنِيَّةِ، والرُّتْبَةِ العلِيّة، مَنِ انْدَرَجَت النبيون تحت لِوَائِهِ، فهم منه وإليه، وصلِّ وسلِّم وبارك عليه وعلى آله وصحبه عدد ما خَلَقْتَ ورَزَقْتَ وأمَتَّ وأحْيَيْتَ إلى يوم تُبْعَثُ مَنْ أفْنَيْتَ، وسلِّمْ تسليماً كثيرًا، والحمد لله رب العالمين.



Ya Allah limpahkanlah rahmat, keselamatan dan keberkahan kepada junjungan kami Nabi Muhammad s.a.w., sebagai sumber cahaya, sebagai genggaman kesayangan yang berkilauan, sebagai manusia yang paling utama, semulia-semulia jasad, sumber galian rahsia ketuhanan dan khazanah ilmu-ilmu yang terpilih dan suci.

Pemilik genggaman yang asli, yang gemilang dan kedudukan yang tinggi di mana kenabian berlangsung di bawah panjinya. Maka mereka adalah di bawah perintahnya. Rahmatilah dan kurniakanlah kesejahteraan dan keberkatan ke atasnya, ahli keluarganya dan para sahabatnya sebanyak bilangan barang apa yang telah Engkau ciptakan, yang Engkau kurniakan rezeki, yang Engkau matikan dan hidupkan hinggalah ke hari di mana Engkau bangkitkan orang yang telah Engkau matikan. Kurniakanlah kesejahteraan ke atasnya dengan kesejahteraan yang sebanyak-banyaknya dan segala pujian milik Allah tuhan sekalian alam.

Selawat ini digubah oleh Wali Qutub Sayyid Ahmad Idris Al-Badawi qaddasallah sirruhu.

Fadhilatnya :

1. Menghindar dari sihir dan segala kejahatan zahir dan batin. Bacalah selawat ini 3x setiap kali selepas solat fardhu dan 7x setiap mau tidur.

2. Mendapat kedudukan tinggi dengan riyadah selawat ini.

Puasa 3 hari mulai Selasa, Rabu, Khamis.
Selama puasa baca selawat ini 21x setiap kali selesai solat fardhu. Disertai niat memohon pertolongan dari Allah Taala agar dikokohkan kedudukan dan mendapat rezeki yang halal.
Selesai berpuasa amalkan selawat ini 7x setiap hari sebagai amalan harian.
3. Menurut Syed Ahmad Zaini Dahlan barangsiapa melazimi membaca selawat ini akan mendapat cahaya batin dan terbuka beberapa rahsia yang ghaib. (yakni mengetahui hakikat disebalik peristiwa kejadian-penulis.)

Wallahu a’lam.

Sumber :

1. K.H. Habib Syarief Muhammad Alaydarus. 135 Shalawat Nabi Keutamaan Tatacara & Khasiatnya. Bandung, Indonesia: Pustaka Hidayah, 2007.

2. Saad Qadhi. Al-Arief Billah Sayyidi Ahmad Al-Badawi. Kaherah, Mesir: Dar Qharib, 2001.

3. Drs. Hanafi Mohamed. 99 Selawat Nabi s.a.w. Fadhilat & Khasiatnya. Kuala Lumpur, Malaysia: Darul Nu’man, 1994.

4. Dadang Sobar Ali & Drs. Maman Abd. Djaliel. 100 Shalawat Nabi Paling Berkhasiat. Bandung, Indonesia: CV Pustaka Setia, 2007.

Friday, June 20, 2008

Jangan Bersedih

Allah tidak pernah mencabut sesuatu dari anda kecuali Dia menggantikannya dengan yang
lebih baik. Tetapi, itu apabila anda bersabar dan tetap redha dengan segala ketetapanNya.

Barangsiapa yang Aku butakan kedua matanya, lalu ia bersabar, nescaya akan Aku ganti dengan
syurga. (Al-Hadith)

Siapa saja orang di dunia ini yang kekasihnya Aku cabut nyawanya kemudian dengan cubaan yang
Aku timpakan ini dia (bersabar dan) mengharap pahalaKu, nescaya akan Aku ganti dengan syurga.
(Al-Hadith)

Yakni, barangsiapa kehilangan anaknya tetapi berusaha untuk bersabar, maka di alam keabadian
kelak akan dibangunkan untuknya sebuah Baitul-Hamd (Istana Pujian). Silakan anda qiaskan
kejadian-kejadian tersebut dengan kehidupan anda, kerana yang dipaparkan di sini hanya sekadar
contoh.

Maka anda tidak usah terlalu bersedih dengan musibah yang menimba anda, sebab yang menentukan
semua itu memiliki syurga, balasan, pengganti dan ganjaran yang besar. Para waliyullah yang pernah
ditimpa musibah, ujian dan cubaan akan mendapatkan penghormatan yang agung di syurga Firdaus.

Itu tersirat dalam firmanNya:
Kesejahteraan dan kebahagiaan bagi kalian kerana kalian telah bersabar dalam mentaati Allah dan menerima cubaanNya. Syurga adalah sebaik-baik tempat kesudahan. (Ar-Ra'ad: 24)

Betapa pun, kita harus selalu melihat dan yakin bahawa di sebalik musibah terdapat ganti dan balasan
Allah yang akan selalu berakhir pada kebaikan kita. Dengan begitu, kita akan termasuk:
Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Rabb mereka, dan mereka itulah
orang-orang yang mendapat petunjuk. (Al-Baqarah: 157)

Ini merupakan ucapan selamat bagi orang-orang yang mendapat musibah dan khabar gembira bagi orang-
orang yang mendapat bencana.

Umur dunia ini sangat pendek dan gudang kenikmatannya pun sangat miskin. Adapun akhirat lebih baik
dan kekal. Sehingga, barangsiapa di dunia mendapat musibah, ia akan mendapat kesenangan di akhirat
kelak; dan barangsiapa hidup sengsara di dunia, ia akan hidup bahagia di akhirat. Lain halnya dengan
mereka yang memang lebih mencintai dunia, hanya menginginkan kenikmatan dunia saja, dan lebih
senang pada keindahan dunia. Hati mereka akan selalu gundah-gelana; cemas tidak mendapatkan
kenikmatan dunia dan takut tidak nyaman hidupnya di dunia. Mereka ini hanya menginginkan
kenikmatan dunia saja, sehingga mereka selalu memandang musibah sebagai petaka besar yang
mematikan. Mereka juga akan memandang setiap cubaan sebagai sesuatu yang gelap-gelita selamanya.
Ini adalah kerana mereka selalu memandang ke arah bawah telapak kakinya dan hanya mengagungkan
dunia yang sangat fana dan tidak berharga ini.

Wahai orang-orang yang tertimpa musibah; sesungguhnya tidak ada sesuatu pun yang hilang dari kalian.
Kalian justeru beruntung, kerana Allah selalu menurunkan sesuatu kepada para hambaNya dengan
'surat ketetapan' yang di sela-sela huruf kalimahNya terdapat suatu kelembutan, kasih-sayang, pahala,
ada balasan dan juga pilihan. Maka dari itu, siapa saja yang tertimpa musibah yang hebat, ia harus
menghadapinya dengan sabar, mata yang jernih dan pola fikir yang panjang. Dengan begitu, ia akan
menyaksikan bahawa buah manis dari musibah itu adalah:

.... lalu didirikanlah di antara mereka (orang-orang mukmin dan orang-orang munafiq) dinding yang mempunyai
pintu, yang di sebelah dalamnya ada rahmat (syurga) dan di sebelah luarnya ada seksa (neraka)... (Al-Hadid: 13)

Dan sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah itu lebih baik, lebih abadi, lebih utama dan lebih mulia.




Petikan dari Buku Jangan bersedih -Don't Be sad (setelah kesulitan pasti ada kemudahan)
Karangan: Dr 'Aidh bin Abullah Al-Qarni, Perterjemah: Noraine Abu.