Friday, January 18, 2008

Thursday, January 17, 2008

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR....

Dinukilkan dari cerita seorang sahabat..

'hati orang beriman sentiasa mengingati kubur..............

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR....

Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini
adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus
menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi
meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar. kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada
erti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan
pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti
telefon mereka supaya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada
di Johor menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga
kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang...
abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan
memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari
seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian .....
sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah
2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak
mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.
Pastu... abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak
baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat
kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah
kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok
nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya
buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
menganjak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah
masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut
mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ....
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan.
Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi
kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...
aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah
ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium abah.Tetapi apabila dah besar
sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...
aku dan abang mengangkat jenazahnya.. . dan mengebumikannya. hati ini
sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.
Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya
kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.
Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah
seorang pendiam..... . sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari
masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus
terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan
memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa
berterus terang.... seringkali tidur di peha.
Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang
ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar
tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.
Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6.....
abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu
jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat
berkenaan anaknya. Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......
Abah catat Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke
KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....
Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...
sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu
juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan
berkenaan anak-anaknya sahaja.
Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu
cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada
macam korang".
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu
fikir... aku...bukan anak yang baik.
Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah,
bil, kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah
subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati
orang beriman sentiasa ingat kubur"...

abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa
abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.
Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan
api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia
dukung... bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti
nak tidur sama. Kini semuanya tiada.
YaALLAH.... aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. . tanpa
Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu
mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. .. abah meninggal
5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis
tahlil dan batu nisan untuk abah.
Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek...

pastu ditanam...

tanahnya masih penuh kat tepi....

terlebih tandanya seorang yang pemurah....

sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih
tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun
takder"...

perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah....
Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....
aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang
selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan
bilal turut menangis....

"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board
tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau
kerja apa sekali pun....

YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ..... Talkin buat
abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu
bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

dan,
kita yang hidup akan pergi juga....
Lelaki berat tanggungjawabnya. ...
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .
insyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah
terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya
yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al
-Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi
sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak
tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada.... jadikan
iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.
Tunjukkan... .

Sunday, January 6, 2008

Bismillah 6







Makbul segala hajat dan cita-cita.
Luas rezekinya.
Jika ditiup kpd perempuan nescaya kasih ia kepada kita.
Menang dalam peperangan.
Penerang hati.
Diajuhkan dari segala penyakit.
Dibaca 70 kali tiap-tiap hari aman dari ancaman raja-raja dan pembesar yang zalim yang hendak membunuhnya.
Dibaca ditempat yahng suci nescaya dapat melihat malaikat, jin dan syaitan.
Dibaca dimalam jumaat 20 kali boleh melihat orang didalam kubur.
Aman daripada binatang2 buas.
Air laut menjadi tawar.
Terlepas daripada terkena bunuh juka dibaca kepada tubuh badan.
Jika ditulis dan dijadikan azimat atau dibaca pada sawah aman daripada ancaman babi, tikus atau burung.
Terselamat daripada bahaya musuh dan seteru.
Terselamat dari karam dilaut.
Jika dibaca pada minyak malam jumaat tiga kali boleh memudahkan perempuan beranak jika meminumnya.
Orang yang pekak jika dibaca pada telinganya selam 7 hari nescaya mendengar.
Orang gila atau yang dirasuk oleh iblis apabila dibaca ditelinga tiga kali insyaallah lari iblisnya.
Boleh tawarkan segala jenis bisa termasuk bisa sengat binatang seperti lebah, ular dan ikan.
Boleh tawarkan segala jenis racun dan santau, seperti yang diperbuat daripada miang rebung, ulat buku mati beragan, hempedu katak dan sebagainya.
Terkeluar daripada penjara apabila dibaca bersungguh-sungguh.
Dijadikan jampi untuk menghalau jin dan syaitan.
Cara untuk merawat pesakit yang menderita kerana perkara diatas; latakkan tangan ditempat yang sakit, tahan nafas dan baca al-Fathihah dan juga ayat Bismillah Enam ini. Tiup tempat tersebut dah urut sedikit. Baca juga ayat ini pada air untuk disapukan pada tempat yang sakit dan untuk di minum. Angin akan keluar darpi pesakit dan diikuti oleh muntah, insyaallah.

Doa ini juga boleh digunakan kepada binatang yang termakan rumput yang diracun atau yang dipatuk ular. Kaedah rawatannya adalah dengan memberi makan rumput dan meminum air yang telah dibacakan dengan doa diatas.

AMAL LAH BISMILLAH ENAM INI KERANA IANYA MENJADIKAN SEGALA JENIS RACUN AKAN TAWAR DAN TIDAK MEMBERI MUDHARAT KEPADA PENGAMAL KALAU TERMINUM. GELAS YANG MENGANDUNGI RACUN AKAN PECAH KALAU DIPEGANG OLEH PENGAMAL BISMILLAH ENAM. INSYAALLAH.

Hizib AL Bahri

Tuesday, January 1, 2008

Selamat Datang 2008

Kita mulakan ketibaan tahun 2008 dengan Ummul Quran. AlFatihah