Friday, March 28, 2008

KEHIDUPAN...





Firman Allah s.w.t:


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Maksudnya:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Ali ‘Imran: 185)


Seratus tahun lalu, saya belum ada di dunia ini lagi..
Seratus tahun yang akan datang pula, belum tentu saya masih di dunia ini.

Kematian bukan untuk orang tua..
Kematian adalah untuk semua makhluq yang hidup..
Wahai diri.. Sampai bila kamu akan terhenti dari ditipu..?

Tuesday, February 26, 2008

Bila Bantuan Allah Akan Datang

Bantuan Allah bukan datang kerana rupa seseorang tetapi disebabkan amal,akhlak dan sifat manusia itu sendiri.

Allah memberi bantuan kepada Rasulullah, para sahabat dan para wali sekeliannya. Bantuan kepada mereka bukan kerana bentuk mereka tetapi asbab amalan mereka, pengorbanan di jalan Allah dan perjuangan mereka menyebarkan agama. Apabila kita mahu bantuan Allah dikurniakan kepada kita maka kita harus melaksanakan amalan yang mereka telah perjuangkan dan membuat usaha dakwah di jalan Allah. Apabila kita mengerjakan semua amalan ini maka kita akan lihat bantuan Allah turut hadir bersama kita.
Bantuan ghaib Allah akan hadir bersama kita mengikut sejauh mana yakin kita kepada Allah. Yakin kepada sesuatu selain Allah tidak mampu memberi apa-apa bantuan. Semuanya berlaku dengan bantuan dan rahmat Allah.

Semasa perang Badar dan Khandaq, kaum muslimin yakin selain Allah tidak ada yang dapat dijadikan tempat berlindung dan meminta bantuan. Mereka tidak mempercayai kekuatan yang mereka miliki. Mereka hanya berharap rahmat dan bantuan Allah, maka Allah mengurniakan bantuan kepada mereka.

Sedangkan waktu perang Uhud dan Hunain, kaum muslimin terpengaruh kepada bilangan yang besar pasukan mereka, maka Allah tarbiyah mereka dengan kekalahan

Monday, February 25, 2008

Maafkan dan Berkasih Sayanglah

Suatu ketika Rasululah sedang memimpin sholat jamaah. Tidak seperti biasa,
kali
ini sujudnya panjang sekali. Para sahabat yang berada di belakangnya mulai
resah, terfikir oleh mereka pasti ada sesuatu yang menimpa pada Rasulullah.
Ketika sholat usia, mereka bertanya tentang perkara tersebut. Nabi
menjelaskan
bahawa ketika dia sedang bersujud, tiba-tiba Hasan dan Husain cucunya naik
ke
atas punggungnya. Nabi tidak segera berdiri hingga cucunya turun sendiri.
Nabi
khuatir bila dia paksakan berdiri cucunya akan terjatuh ke lantai.

Di lain waktu Rasulullah sedang berkhutbah. Di tengah-tengah khutbahnya
tiba-
tiba cucunya berlari menuju ke mimbar. Rasulullah turun dari mimbarnya dan
menyambut kedatangan cucunya sambil memberi isyarat agar cucunya kembali
tenang. Tidak lama kemudian Rasulullah melanjutkan khutbahnya.

Rasulullah adalah manusia yang dipilih Allah dengan sifat yang penuh dengan
kasih sayang. Sifat kasihnya tidak terbatas hanya untuk anggota keluarganya,

tetapi merangkumi seluruh manusia.

Suatu ketika ada seorang ibu sedang menggendong anaknya. Tiba-tiba
Rasulullah
mendekati dan ingin memangkunya. Maka beralihlah si anak dari pangkuan ibu
kepada pangkuan Rasulullah. Tak disangka-sangka si anak itu kencing hingga
membasahi jubah Rasulullah. Melihat kejadian itu si ibu terus merenggut
anaknya
dari tangan Rasulullah. Sambil memarahi, si ibu tidak lupa memukul punggung
anaknya. Rasulullah mencegahnya, tetapi si ibu tetap memaksa. Atas kejadian
tersebut Rasulullah mengingatkan bahawa kotornya jubah boleh dicuci di
rumah,
tetapi kemarahan ibu tetap akan membekas dalam hati si anak hingga ia
meningkat
dewasa, dapatkan ibu membersihkannya?

Begitulah keadaan manusia yang bernama Muhammad. Beliau tidak ingin
seorangpun yang terluka hatinya, kecewa, sedih, marah, dan benci kepada
sesamanya. Beliau ingin memberikan yang terbaik kepada orang lain, dengan
sekuat daya dan kemampuannya.

Menyayangi keluarga, isteri, anak atau cucu, itu perkara biasa. Binatang
buas
sekalipun memberikan kasih sayangnya kepada anggota keluarganya. Harimau
tetap menyusukan anaknya, demikian pula binatang buas lainnya. Untuk itu
Rasulullah SAW bersabda; " Tidak sempurna iman kalian sehingga kalian saling

berkasih sayang. "

Para sahabat berkata; " Kami sudah saling kasih sayang. "

Nabi bersabda; " Bahawa sayang yang dimaksud di sini bukan sahaja sayang
sekadar kepada salah seorang temannya, dalam ruang lingkungan terbatas,
tetapi
sayang ( yang dimaksud ) adalah sayang yang bersifat menyeluruh. "
HR. At-Thabrani

Kerananya ia mengajari manusia untuk bersikap lembut dan kasih sayang semua
yang melata di muka bumi. Beliau bersabda; " Sayangilah orang-orang yang ada
di
bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang di langit ( yakni para malaikat
). "
HR. At-Thabrani

Bukankah hidup kita di dunia ini atas kasih sayang Allah? Tanpa kasihNya
tidak
mungkin kita dapat hidup dan menikmati kehidupan seperti saat ini. Udara
disiapkan secara percuma, tanpa pembayaran. Air disediakan melimpah untuk
sesiapa sahaja. Matahari, bulan, bintang, dan bumi yang kita injak ini
adalah
berkat Rahmat Allah SWT. Sedikit sahaja Rahmat Allah dicabut, hidup kita
akan
sengsara. Saluran nafas kita diberi sumbatan sedikit sahaja sudah kalang
kabut
hidup kita. Belum lagi jika denyut jantung kita dihentikan sejenak, maka
matilah
kita.

Suatu ketika Aisyah menceritakan kepada Rasulullah SAW sebuah peristiwa yang

baru sahaja dilihatnya. Aisyah melihat seorang ibu dengan dua orang anaknya
yang sedang kelaparan. Dalam keadaan seperti itu seseorang memberikan tiga
potong roti. Dua diberikan kepada anaknya sedangkan yang sepotong disisakan
untuk dirinya. Kerana kelaparan si anak terus melahap dan menghabiskannya.
Tidak tega terhadap keinginan kedua anaknya tersebut, sepotong roti
bahagiannya dibagi dua untuk mereka. Si ibu rela kelaparan demi
anak-anaknya.

Setelah mendengar cerita tersebut, Rasulullah SAW bersabda; " Kasih sayang
Allah kepada hambaNya melebihi kasih sayang ibu yang baru anda ceritakan
tadi.
Si ibu yang dikisahkan oleh 'Aisyah itu benar-benar telah menghayati nilai
kasih
sayang. Dia telah meresapi nilai kasih sayang Tuhan, yang dimplementasikan
kepada anak-anaknya. Namun demikian, kasih sayang Allah jauh melebihi
demonstrasi kasih sayang ibu tersebut. Atas kasih sayangNya kita hidup,
dengan
kasih sayangNya pula kita dapat menikmati kehidupan dunia, dan insyaAllah
akan
menikmati pula kehidupan akhirat, suatu kehidupan yang sesungguhnya.
Rasulullah
membenci orang-orang yang bersifat kasar, tak berperasaan. Beliau bersabda;
" Bahawasanya sejauh-jauh manusia dengan Allah ialah orang-orang yang keras
hatinya. "
HR. At-Tirmidzi

Sebagai Rasul yang membawa ajaran baru, beliau tentu sahaja menghadapi
cabaran dan permusuhan yang amat berat. Caki maki, hinaan, penyiksaan mental

dan fizikal, serta kejaran musuh, serta ancaman pembunuhan selalu menyertai
kehidupannya. Akan tetapi dalam menghadapi mereka, Rasulullah justeru
diperintahkan untuk tetap bersikap lemah lembut. Beliau berpantang untuk
bersikap keras. Allah berfirman;
" Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu
wahai Muhammad ), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (
sahabat-
sahabat dan pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras
hati,
tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai
kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi mereka

dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan hal-hal

keduniaan ) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah
bermesyuarat,
untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. "
QS. Aali Imran : 159

Di Thaif, Rasulullah SAW terluka. Zaid bin Haritsah yang mendampinginya pun
terluka ketika berusaha memberikan perlindungan. Penduduk negeri itu
melemparinya dengan batu. Padahal, ajakannya adalah ajakan tauhid. Seruannya

adalah seruan untuk mengesakan Allah. " Agar Allah diesakan dan tidak
disekutukan dengan apapun."

Namun, Bani Thaif malah memusuhinya. Pegawai negeri itu menghasut khalayak
ramai untuk menyambutnya dengan cercaan dan lontaranan batu. Meskipun
diperlakukan sedemikian kasar, Rasulullah tetap pemaaf. Beliau tetap
bersikap
lemah lembut. Tidak sedikitpun kemarahan nampak pada wajahnya. Kecintaannya
kepada umat mengubati derita yang dialaminya. Ketika Malaikat Jibril datang
menawarkan bantuan untuk menghancurkan Bani Thaif dengan batu-batu gunung,
beliau justeru menjawab; " Ya Allah, berilah kaumku hidayah, sebab mereka
belum
tahu. "

Bani Thaif ketika itu belum lagi menjadi kaumnya, bahkan mereka ketika itu
adalah musuhnya. Akan tetapi dalam doanya, beliau menyebut mereka sebagai
kaumnya. Itulah bentuk kasih sayang Rasulullah SAW yang besar kepada umat
manusia.

Di Bukit Uhud, peribadi pilihan itu kembali terluka. Wajah Rasulullah SAW
terluka, gigi seri beliau patah, serta topi pelindung beliau hancur. Fatimah
Az-
Zahra, puteri beliau, bersusah payah untuk menghentikan pendarahan tersebut.

Dua pelindungnya terakhir, Ali RA dan Thalhah RA juga terluka parah.

Bukit Uhud menjadi saksi kekalahan pahit itu. Pasukan pemanah yang
diperintahkan menjaga bukit, dijangkiti cinta dunia. Silaunya harta rampasan

menguasai keikhlasan mereka. Akibatnya, pasukan kaum muslimin porak-peranda
dan Rasulullah SAW terluka. Meski kembali disakiti, cinta Beliau tetap
bergema,
? Ya Tuhanku! Berilah keampunan kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka
tidak mengetahui.?

Sesungguhnya sifat kasih sayang itu ada dalam jiwa manusia. Besar kecilnya
tergantung kepada setiap individu untuk menumbuhkan dan merawatnya. Ada
orang yang berhasil membesarkannya, tetapi ramai gagal sehingga kasih
sayangnya
tertutupi oleh rasa benci, sombong, dan cita-citanya Sebagaimana sifat-sifat
yang
lain, sifat kasih sayang hendaknya juga dilatih.

Pertama, dengan mengasah kepekaan sosial. Tumbuhkan rasa simpati dan kasih
sayang kepada sesama.
Kedua, hulurkan tangan, berikanlah bantuan kepada orang-orang yang lemah dan

memerlukan bantuan.
Ketiga, hiasi penampilan dengan seyuman yang manis, perangai yang halus, dan

perilaku yang menyenangkan.
Keempat, jaga lisan dari kata-kata kasar, kotor, dan menyakitkan perasaan.
Lebih
baik diam jika tidak dapat berkata manis dan menyenangkan.

Dengan empat langkah di atas, insyaAllah kita tampil menawan, penuh pesona
dan
berwibawa.

Semoga Bermanfaat.

7 Golongan Dapat Lindungan Arasy Allah

Abu Hurairah ra telah meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: " Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya. Pemimpin yand adil; pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT; seseorang yang hatinya terpaut pada masjid; 2 lelaki yang berkasih sayang dan bertemu dan berpisah kerana Allah SWT; lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan Allah; seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya sehinggakan tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan kirinya; dan seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT." Riwayat Muslim

1. Pemimpin (imam) yang adil.

2. Lelaki apabila mengingati ALLAH bersendirian menitis airmatanya. Hadirnya perasaan takut kepada ALLAH walaupun bersendirian sehingga menitis airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi kebesaran ALLAH.

3. Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya. Pemberian yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahuinya apa yang disedekahkan oleh tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap ALLAH dan orang lain.

Setiap yang dipertanggungjawabkan akan dipersoalkan kembali kelak. Maka bergembiralah kepada mana-mana peminpin yang dapaat berlaku adil. Pemimpin di sini termasuklah seorang suami yang memimpin isteri dan anak-anak. Seorang isteri yang memimpin anak-anaknya dan sebagainya.

4. Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah.

Naungan Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa hidup dalam ibadah kepada Allah. Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.

5. Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah. Begitu jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.

6. Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah kerana ALLAH. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda: "Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah". Lalu malaikat bertanya: "Nak kemana?" Dijawab: "Aku mahu menziarah saudara ku! ! .." Tanya malaikat lagi: Untuk apa?" lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan." Ditanya lagi: "Apa hubungan dengan kamu?" Lalu dijawab oleh lelaki itu"Tiada apa-apa hubungan." Ditanya lagi: " Apa budinya kepada kamu?" Dijawab "Tiada apa-apa pun." Ditanya lagi quot; Apa tujuannya?" Lelaki itu menjawab: " Aku mencintainya kerana Allah." Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA." (Riwayat Muslim) Perasaan sayang dan kasih terhadap orang lain bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.

7. Seorang lelaki yang dirangsang oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu ia berkata: "Tidak! Aku takutkan ALLAH" (inni akhofullah) Sesiapa yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada ALLAH dan azab api neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dari-NYA.

Rebutlah peluang ini, jadilah orang yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA selalu

Tuesday, February 12, 2008

Kalimah ALLAH di langit Kashmir










"Berikut adalah gambar² yang diambil oleh seorang wartawan muda dari Khasmir, gambar² awan bebentuk kalimah "ALLAH".




وَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ سَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ فَتَعْرِفُونَهَا وَمَا رَبُّكَ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ


Dan katakanlah (wahai Muhammad): Segala puji tertentu bagi Allah (yang melimpahkan nikmat-nikmatNya yang tidak terhitung), Dia akan memperlihatkan kepada kamu tanda-tanda kekuasaanNya supaya kamu dapat mengetahuinya (dengan jelas nyata) dan Tuhanmu tidaklah lalai akan segala yang kamu lakukan. (QS. An-Nahl, 27:93)





فَلَمَّا جَاءتْهُمْ آيَاتُنَا مُبْصِرَةً قَالُوا هَذَا سِحْرٌ مُّبِينٌ


Maka ketika keterangan-keterang an mukjizat Kami sampai kepada mereka (Firaun) dan kaumnya dengan jelas nyata, berkatalah mereka: Ini adalah sihir yang terang nyata!" (QS. An-Nahl, 27:13)

Friday, January 18, 2008

Thursday, January 17, 2008

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR....

Dinukilkan dari cerita seorang sahabat..

'hati orang beriman sentiasa mengingati kubur..............

CIUM PIPI AYAH SEBELUM CIUMAN TERAKHIR....

Ayah aku meninggal 5/8/2002..3. 25pm. Apa yang aku tuliskan sini
adalah untuk mereka yang masih lagi ada orang tersayang, untuk terus
menyayangi dan berjasa sebelum menyesal.

Kematian abah amat meninggalkan kesan yang mendalam apatah lagi
meninggalkan mak yang kesorangan.
Anak-anak semua dah besar. kerja semua jejauh. Hidup ini seolah tiada
erti....selama nie setiap suka duka.... pasti telefon dan maklumkan
pada mak dan abah. Kalau naik gaji... dapat keputusan bagus dll...pasti
telefon mereka supaya mereka gembira. Kalau boleh mahu terus berada
di Johor menemani mak yang terus menangis.

Syukur, abah mati dipelukan mak yang mengucap dua kalimah
syahadah...di telinga kirinya...dan aku ketika itu mengucap ditelinga
kanannya.... .. ini adalah kali pertama aku melihat kematian.... masih terbayang...
abah memandang jauh kehadapan dan mata nya ke atas.... sambil mengucap dan
memejamkan mata. Sungguh cepat dan tenang...semoga roh abah
ditempatkan digolongan yang beriman. Syukur sembahyang jemaah abah lebih dari
seratus orang...syukur abah dikebumikan dengan selamat.

Sejam sebelum kematian .....
sempat berbual dengan abah. Abah kata kalau nak beli kereta tunggulah
2005. Bila time AFTA nanti kereta honda jatuh harga.Boleh lah bawak
mak berjalan. Waktu tu abah dah sihat... dah selera makan.
Pastu... abah suruh esok pergi buat kad pengenalan baru. Sebab abah dan Mak
baru ambil kelmarin. Abah kata sehari jer buat. Tak payah ambik gambar kat
kedai gambar. Diorang guna digital kamera kat office jer. Tapi abah
kata jangan pakai baju putih. Nanti gambar tak clear. Tapi tak sangka esok
nyer aku pergi sana bukannya utk buat kad pengenalan aku, sebaliknya
buat sijil kematian abah.

Apabila Izrail datang mengambil nyawa....kita tak boleh mencepat atau
menganjak walau sesaat. Sampai sekarang masih terbayang keadaan abah
masa tu.Tapi macam tak sangka. Abah hanya tengok atas dan tutup mata.
Badan tidak bergoyang walau seinci. Abah cuma nak baring. Sambil mulut
mengucap dua kalimah syahadah.

Pertama kali.... pergi ke rumah mayat jenazah.
Pertama kali.... naik van jenazah,
pertama kali.... buat sijil kematian,
pertama kali.... tak tidur 2 hari,
pertama kali.... asyik menangis,
pertama kali.... menimbus kubur,
pertama kali.... menjirus air mawar,
semuanya pertama kali........ ....
Dan pertama kali.... juga takkan jumpa abah lagi.

Aku memandikan abah......memasangk an kain ihram sebagai kain kapan.
Ketika ditutup muka abah, aku mencium dahi....pipi kanan.... pipi
kiri.....dan bangun....tetiba hati aku ingin terus mencium lagi...
aku membongkokkan kaki dan mencium dahi nya semula. Ciuman ini adalah
ciuman terakhir. Semasa kecil aku selalu cium abah.Tetapi apabila dah besar
sudah lama tidak mencium pipinya.

Ya Allah..tuhan segala alam...
aku dan abang mengangkat jenazahnya.. . dan mengebumikannya. hati ini
sayu mengenangkan pemergian abah yang tercinta.
Mak hanya memandang dengan air mata sayu....penglihatan nya
kosong......
setelah 36 tahun hidup bersama abah......kini tinggal seorang.
Selaku seorang anak.....aku tahu bagaimana kasih seorang abah. Abah
seorang pendiam..... . sabar.. dan alim.... Jemaah masjid...bendahari
masjid.....dan pelbagai amanah kebajikan dilakukannya.

Aku selama ini tidak pernah meluahkan kasih kepada abah secara terus
terang.Memang sayang abah... cuma... dengan abah saya hormat dan
memendam kasih saya.....Lainnya pula dengan emak...yang sentiasa
berterus terang.... seringkali tidur di peha.
Kelmarin, aku baca dairi abah.Tak sangka abah pun tulis diari. Tiada apa yang
ada dalam dairi itu melainkan perkara anak-anak nya. Semuanya berkisar
tentang anak-anaknya. Aku sendiri tak ingat bila aku beli kereta.
Tapi abah catat..18 February..rizal beli kereta satria hijau 1.6.....
abah catat setiap kali anak nya telefon beserta waktunya. Sekali tu
jam 1.00 pagi aku telefon dari KL.....abah pun catat. Semuanya abah catat
berkenaan anaknya. Abah catat rizal balik jam 2.00 tengahari bawa keropok. dll.......
Abah catat Kak Se keguguran... Abah catat Shaifol (abang sulung) ke
KL......menangis kami semua bila baca dairi tue....
Abah sayang anaknya..... tak pernah tunjuk...
sebab abah lebih suka mendiam dan tidak bercakap pasal orang. Begitu
juga dengan orang lain ayah hanya banyak cakap pasal ilmu agama dan
berkenaan anak-anaknya sahaja.
Ada kawan kampung abah baru nie cakap "Abah kamu masa hidup salu
cakap pasal anaknye. Sorang keje sana sorang keje sini. Dia bangga ada
macam korang".
Tapi jauh di sudut hati aku, aku masih terkilan sebab aku selalu
fikir... aku...bukan anak yang baik.
Abah memang suka tulis. Kalau fail atau dokumen pasal kereta, rumah,
bil, kedai dll memang semua tersusun.. Aku terjumpa buku nota kuliah
subuh abah yang terbaru..... catatan terakhir yang abah tulis "hati
orang beriman sentiasa ingat kubur"...

abah gariskan perkataan ingat kubur.... dan kami bersyukur bahawa
abah sememangnya telah bersiap sedia untuk meninggal.
Dan menyerahkan kepada Allah untuk melepaskan seksaan di kubur dan
api neraka. Abah memang suka budak kecik..pantang anak saper pasti dia
dukung... bawak berjalan.... .. cucu-cucunya setiap kali balik pasti
nak tidur sama. Kini semuanya tiada.
YaALLAH.... aku tak tahu bagaimana kehidupan utk diteruskan.. . tanpa
Abah......baru bercadang nak balik dan bertekad bonus tahun nie nak kasi abah seribu
mak seribu... tapi Allah lebih menyayangginya. .. abah meninggal
5hb..tidak sempat merasai bonus pertama anaknya yang baru masuk.Kali nie tak sangka bonus banyak digunakan untuk majlis
tahlil dan batu nisan untuk abah.
Tok Imam ada cakap kat kami....

"kubur ayah dikorek...

pastu ditanam...

tanahnya masih penuh kat tepi....

terlebih tandanya seorang yang pemurah....

sedangkan ada sesetengah kubur dikorek pastu ditimbus semula masih
tak cukup tanah."

"abah kamu wajahnya senyumnyer walau pun dah meninggal"

"Abah kamu waktu dimandikan dah bersih...tak der kotor najis pun
takder"...

perkara itulah menyedapkan hati kami.... untuk jadi seperti abah....
Sembahyang Jumaat minggu sudah di Masjid.....
aku memulangkan semula duit masjid dan buku akaun yang abah pegang
selaku bendahari. Sambil mengira kutipan Jumaat hari itu tok imam dan
bilal turut menangis....

"Dulu abah kau yang tolong kira pastu tulis kat white board
tu".........

Ini semua membuat aku rasa terpanggil untuk kembali ke kampung walau
kerja apa sekali pun....

YaAllah...
sesungguhnya kematian ini memberi hidayah pada aku ..... Talkin buat
abah masih segar... "Wahai Hj Badzri Bin Hajah Habsah...ketahuilah kamu
bahawa mati itu benar, kiamat itu benar, Allah itu benar"

dan,
kita yang hidup akan pergi juga....
Lelaki berat tanggungjawabnya. ...
suami menanggung dosa isteri dan anak-anak... .
insyaAllah selaku anak-anak kami telah dibekalkan ilmu agama.

Cuma...

aku kini telah lupa untuk mengamalkannya sejak mula bekerja setelah
terlupa dgn nikmat Allah.. Mak juga seorang yang solehah.... saya
yakin Allah maha pengampun dan maha bijak sana dalam menentukan Al
-Mizan..

Dulu mak dan abah tiap waktu ke Masjid dekat rumah berdua.... tapi
sekarang nie mak kata mak takut nak ke masjid seorang diri takut tak
tenang hati teringat abah.

Inilah perasaan aku sekarang. Buat korang yang masih ada.... jadikan
iktibar..... Cium pipi ayah sebelum ciuman terakhir.

Dan curahkan kasih sayang tanpa selindung.
Tunjukkan... .