Tuesday, April 15, 2008

Suami & Masjid









Nikmat suami yg beriman itu tiada tandingannya. Jadi, kalau dpt suami yg beriman, walaupun kena berkongsi, ramai wanita yg sanggup...Hints: Lelaki-kalau nak jadi dambaan wanita, jadilah org yg beriman.Saya banyak dengar kisah2 beberapa org lelaki yg beriman, yg telah dipinang sendiri oleh wanita. Lelaki beriman ini "rare species". Kalau dah jumpa, cepat2lah reserve. Nanti dah diambil orang lain pula.

Betul pesan Hamka...kalau nak cari lelaki yg beriman, carilah yang istikhamah berada dlm masjid, di awal waktu solat, di dalam barisan saf pertama. Kalau tak dapat suami/muhrim yg suka ke masjid...pujuk & pujuklah. Galakkan suami untuk solat di surau/masjid. Setiap langkah kakinya, ALlah akan menghapuskan satu dosa, Allah beri ganjaran satu pahala dan ALlah angkat darjatnya. Bila bersolat jemaah pula, ALlah akan gandakan ganjaran solatnya 27 kali ganda. Si isteri di rumah pula, yg menggalakkan suami utk ke masjid akan dapat 28 kali ganjaran. 27 ganjaran seperti suami (tanpa dikurang sedikit pun dari ganjaran si suami) dan 1 ganjaran utk solatnya yg dikerjakan di rumah.

Sesungguhnya pujuk rayu wanita itu berkuasa menggegarkan gegendang telinga suami. Bagaimana pulak kalau suami sibuk...sering tiada di rumah ? Bagaimana peranan isteri untuk menggalakkan si suami untuk berada di masjid ? Mungkin suami masih sibuk di pejabat atau bersantai di kolam pancing atau di kedai kopi atau di padang bola ?

Apa bezanya 'Fitna' Belanda dan 'Akhirat' Malaysia ?

Kontroversi video klip 15 minit 'Fitna' telah mengundang kemarahan penduduk dan umat Islam dunia kerana menghina Islam dan mencaci al-Quran.

Tanpa kecuali tindakan seorang ahli politik Belanda, Geert Wilders yang menghasilkan klip video berkenaan turut mendapat reaksi daripada rakyat negara ini namun secara tidak disedari, Malaysia juga turut 'menghasilkan' filem-filem yang secara tidak langsung 'mempersendakan' agama dan nilai akhlak seorang umat Islam.

Tanpa sebarang bantahan dan halangan pelbagai jenis filem Malaysia seperti Sepet, Gubra, Anak Halal dan terkini Akhirat telah dilihat cuba 'merosakkan' fikrah para penonton tentang tafsiran mereka terhadap agama Islam.

Ada antara filem berkenaan seolah-olah secara halus cuba menerapkan unsur-unsur nilai terbuka terhadap perbuatan pelacuran, zina dan konsep menyalahkaan takdir atas sesuatu kecelakaan yang berlaku seolah-olah Tuhan yang menciptakan manusia bersifat 'kejam' menetapkan sesuatu yang buruk kepada seseorang individu tanpa boleh diubah.

Alasan penerbitan filem-filem seumpama itu adalah kerana para penonton kini sudah berfikiran terbuka, matang dan boleh menilai pro dan kontranya namun apakah hakikatnya filem-filem terbabit berjaya membina tamadun manusia yang baik dan memperbaiki gejala keruntuhan moral yang semakin rosak?

Filem Akhirat yang skripnya ditulis oleh Ikhzal Azfarel Ideris ini telah diwarwarkan bertumpu kepada cerita berunsur keagamaan namun bagi pengkritik filem Faisal Tehrani bahawa filem ini membawa kesongsangan beragama.

Aspek-aspek dalam filem yang digaris faisal dalam blognya sewajarnya diambil perhatian antaranya:-

1.Menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang 'cool' dan kasual.

2.Dalam satu adegan Tony Eusoff terdesak merangkul Vanidah Imran dari belakang sambil menjerit: 'I want to make love with you) setelah tidak dapat menyetubuhi Mira sekian lama (kerana Mira HIV positif).

3.Babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi
4.Adegan separa seks separa panas dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan seperti cium leher, peluk rangkul dan belai membelai, tidak dapat mencerminkan judul Akhirat yang ditatang.

"Sekiranya filem Akhirat adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal.

"Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak," kata Faisal dalam blognya.
Seorang penulis dalam laman web mstar online Wahida Asrani turut merasa tidak 'selesa' ketika menonton filem Akhirat ini gara-gara beberapa babak panas dan elemen seks yang ditonjolkan di dalam filem ini.

"Bukan penulis tidak pernah menonton adegan-adegan seperti ini yang sering disajikan oleh filem-filem luar, tetapi rasa kurang senang itu timbul kerana filem arahan Syed Mohamed Benyahya ini adalah filem tempatan," katanya.

Lalu di samping 'mengutuk' filem luar kerana kebiadapannya menghina Islam adalah lebih baik dalam masa sama rakyat Malaysia khususnya umat Islam mengambil masa 'merenung diri' melihat hasil filem produk tempatan yang adakalanya dikira 'berbahaya' dari segi mesej dan mengelirukan para penonton tentang imej Islam yang sebenar yang sepatutnya dipandang mulia di mata semua.
Sumber: Harakah

Sunday, April 13, 2008

Seorang Ibu... Bukan Sebarangan Ibu






Pada suatu malam, rumah yang didiami Rabi’ah dan ibunya telah didatangi oleh seseorang. Rabia’h segera membuka pintu dan melihat di depannya berdiri seorang lelaki tua yg sasa tubuhnya, berserta sebatang lembing di tangan. Sebaik melihat Rabiah, lelaki tersebut terus menolaknya lantas berlakulah pergelutan antara lelaki tua itu dengan Rabiah sehingga mereka masing2 tercampak ke luar rumah.
Bunyi bising akibat jerit menjerit dan caci mencaci antara dua orang lelaki tersebut telah menarik perhatian penduduk kampong. Mereka dtg beramai2, cuba meleraikan pergelutan yg semakin mengganas. Apabila ditanya punca mereka bergaduh, lelaki tua itu mendakwa Rabi’ah telah menceroboh rumahnya dan berlaku durjana terhadap isterinya. Rabi’ah yg terpinga menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan lelaki itu berbohong kerana si tua itu yg tiba2 dtg ke rumahnya membawa lembing dan memulakan pergelutan.

Beberapa ketika, Imam Malik dtg ke tempat kejadian. Orang ramai memberi laluan agar dpt memberi peluang kpd Imam Malik mengadili kes tersebut. Masing2 menyebelahi Rabi’ah dan mereka juga berharap agar Imam Malik turut menyebelahi Rabi’ah kerana Rabi’ah adalah guru kepada Imam Malik. Lagipun tiada siapa yg mengenali lelaki tua asing tersebut.

Sebagai orang yg terpelajar, Imam Malik ingin mendengar aduan dari kedua belah pihak agar dapat diselesaikan secara adil. Setelah Rabi’ah menceritakan apa yg berlaku Imam Malik menoleh kpd lelaki tua itu dan bertanya, “Apa tujuan kamu masuk ke rumah Rabi’ah? Dia telah tinggal di sini sejak lebih 20 thn yg lalu. Tidak ada rumah lainkah untuk kamu tumpang berteduh?”

Merah padam muka lelaki tua itu mendengar pernyataan Imam Malik. Dgn radang dia berkata “Hinggakan kamu juga sheikh yg mulia menuduhku dgn tuduhan yg sama? Aku telah tinggalkan isteriku di rumah ini 28 tahun yg lalu untuk menyahut panggilan jihad berperang di Khurasan. Mengapa orang2 di kampung ini hanya berdiam diri membiarkan lelaki ini menceroboh isteriku?? Apakah sudah luntur iman di hati kalian? Akulah Puruq! Ini rumahku! Di dalam sana isteriku! ”

Ibu Rabiah yg berada di dalam rumah tersentak mendengar nama tersebut lantas memunculkan diri di muka pintu. Setelah mengamati lelaki tua itu dia bersuara.. “Oh, suamiku! Itu adalah Rabi’ah, anakmu. Sewaktu kau meninggalkanku aku sedang mengandungkannya 3 bulan. Rabi’ah, inilah ayahmu.”

Orang ramai terkejut, masing2 kehairanan. Siapa Puruq? Mendengar pengakuan ibu Rabi’ah, kedua-dua orang lelaki tersebut lantas berdakapan. Dakapan kali ini bukanlah untuk mengalirkan darah. Malahan limpahan air mata yg jatuh berderai membasahi pipi masing2, menandakan saat kegembiraan pertemuan yg tidak pernah diduga. Ibu Rabi’ah turun ke laman turut mendakap anak dan suaminya. Orang ramai yg menyaksikan adegan tersebut beransur-ansur pergi, meninggalkan keluarga tersebut melepaskan rindu dendam di hati.

Ketiga-tiga beranak masuk ke dalam rumah. Mereka tidak tahu apa yg harus dilakukan, apa yang harus dibualkan. Sememangnya segala itu tidak perlu lagi, sehinggakan sedu sedan sudah tidak kedengaran lagi disebabkan kerongkong masing2 sudah tersekat. Dan yg tinggal hanyalah sisa air mata tanda gembira. Kenangan masa lampau berputar dalam benak masing2. Si ibu tidak putus2 mengucapkan syukur atas kepulangan suaminya setelah melaksanakan panggilan jihad fisabilillah. Air matanya tidak putus2 mengalir. Rabi’ah kehairanan melihat ibunya yang terlalu tenggelam dalam emosi. Semenjak dia dilahirkan, tidak pernah sekali dia melihat ibunya menangis. Wajahnya tidak pernah muram. Senyuman manis sentiasa menyejukkan matanya memandang. Rabi’ah memberanikan diri bertanya ibunya. “Ibu, mengapa terlalu byk air mata ibu tumpah? Rabi’ah tidak pernah melihat ibu menangis.”

“Hari ini aku tidak berdaya lagi, wahai anakku. Setelah aku rasakan kewajipanku telah selesai, segala kesabaranku selama ini telah hilang. Dulu aku dapat jadikan diriku seorang tentera yg dpt meniupkan semangat yg memberangsang kpd bapamu utk keluar berjihad walaupun baru 3 bulan menikah dengannya. Sekarang kewajipan jihad nya telah selesai, dan dia telah kembali setelah 28 tahun berpisah. Kesedihan akibat perpisahan yg begitu lama, tidak dapat lagi dipendamkan. Segala perasaan sedih yg kupendam selama ini, telah sampai masanya untuk ku luahkan . Kerinduan itu terlalu azab bagi diriku. Biarkanlah ibu menangis...” Si ibu tenggelam dalam sedu sedannya. Mukanya disembamkan ke dada suaminya. Suaminya memeluknya dgn penuh kasih sayang. Rabi’ah terpegun sejenak. Disuruhnya kedua ibu bapanya masuk ke kamar untuk berehat. Malam semakin larut dan masing2 masuk ke kamar tidur.

Malam itu, ibu Rabiah tidak dapat tidur kerana tiba2 risau memikirkan wang 30 000 dinar peninggalan suaminya dahulu sudah habis dibelanjakan. Dia khuatir suaminya akanmendakwa dia seorang yang boros membelanjakan semua wang tersebut untuk bermewah-mewah. Jika diberi alasan wang tersebut habis diguna utk membiayai pendidikan anaknya, tentu suaminya tidak percaya sampai habis 30 000 dinar.

Dia telah menghantar anaknya untuk berguru dengan beberapa orang sahabat Rasululah. Selepas itu, berguru pula dgn alim ulama’ seperti Anas bin Malik, Saib burqi dan Abdullah bin Yazid, Sa'ad bin Yazid, Muhammad ibnu Yahya, Sa’id bin Musaiyab, al-Qasim bin Muhammad, Ibnu Abi Laila, Al-Araj, Makhul, Hanzalah bin Quis al-Zarqi dan Abdullah bin Yazid. Dia sering memberi hadiah saguhati kepada guru2 anaknya sebagai tanda penghargaan. Runsing dia memikirkan jawapan yg bakal diberi kepada suaminya.

Sementara itu, Puruq juga melayan fikirannya sendiri. Mahu saja dikejutkan isterinya untuk bertanya tentang wang yg diberi dahulu untuk disimpan isterinya. Baginya, 30 000 dinar sudah cukup untuk membiayai sisa2 hidupnya bersama keluarga. Sehabis perang di Khurasan dahulu, dia tidak ambil lansung harta rampasan perang sebab beri peluang kepada tentera2 lain yg lebih memerlukan. Dia berjihad ikhlas mencari keredhaan Allah. Lebih2 lagi, dia masih mempunyai simpanan yang ditinggalkan bersama isterinya.

Azan subuh bergema. Rabi’ah yang sudah awal bangun, bergegas ke masjid Nabawi. Sementara itu, sebelum ke masjid, Puruq ambil kesempatan bertanya isterinya ttg wang peninggalannya. Walaubagaimanapun, isterinya tidak menjawab pertanyaan itu dan meminta Puruq bergegas ke masjid Nabawi. Sudah 28 tahun Puruq tidak bersolat di masjid yang penuh baraqah itu. Isterinya tidak mahu dia terlepas takbir subuh berjemaah. Satu rakaat di masjid Nabawi menyamai 1000 rakaat solat di tempat lain.

Sebaik Puruq melangkah keluar rumah, ibu Rabia’h menutup pintu. Fikirannya melayang mengatur bicara untuk menjawab soalan suaminya tadi. Ibu Rabi’ah mengingati kembali kenangannya yg lampau. Dia merasa bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anaknya sampai sanggup belanjakan semua harta peninggalan suaminya. Mengapa sampai begitu sekali tindakannya hingga tidak memikirkan akibatnya jika suaminya pulang dan menyoal ttg wang tersebut? Ibu Rabi’ah berusaha untuk melaksanakan pesanan Rasulullah; “ Mempelajari ilmu pengetahuan itu wajib ke atas semua orang Islam samada lelaki ataupun perempuan”.

Dia juga telah berjaya meninggikan status anaknya agar mendapat keredhaan Allah. Dia masih ingat sabda Rasulullah SAW; “ Siapa yg mengembara untuk menuntut imu, pasti Allah memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Malaikat juga sentiasa menghamparkan sayapnya menaungi ke atas orang2 yg mempelajari ilmu kerana ia suka kepada orang2 yg belajar. Sesungguhnya semua makhluk Allah samada di langit atau di bumi semuanya mendoakan mereka yg belajar, hatta ikan di laut turut serta berdoa baginya. Orang alim yang beramal sudah tentu melebihi mereka yang asyik beribadat sahaja, umpama cahaya bulan menandingi cahaya bintang2 yang lain. Sebenarnya, para alim ulama’ itulah yg mewarisi para Nabi. Nabi2 tidak meninggalkan sedirham pun. Hanya yang mereka tinggalkan ialah ilmu. Maka siapa yg mempelajari ilmu, sudah tentu dialah yg paling beruntung.”

Hatinya semakin bertambah damai bila teringatkan kata2 Ali Radiyallahu’anhu. “Percayalah, ilmu pengetahuan lebih bernilai dari harta. Ilmu dapat menjaga kamu di samping kamu menjaga harta, bagaikan pemerintah dgn rakyatnya. Harta yg diguna semakin berkkurangan, tetapi ilmu yg diamal semakin bertambah”

Ibu Rabi’ah teringat pula kisah seorang ahli perniagaan yg menghantar anaknya belajar menghafal surah al-Fatihah. Setelah anaknya berjaya, ahli perniagaan tersebut menghadiahkan seribu dirham kepada guru tersebut. Guru itu sangat terkejut kerana hadiah itu terlalu banyak. Ahli perniagaan itu berkata, kalau aku ada lebih banyak wang, akan aku hadiahkan juga kepadamu. Apalah yg mahu dibandingkan seorang budak yang hanya menghafal al-Fatihah dgn anaknya Rabi’ah yang yg telah menguasai ilmu warisan nabi dan menjadi tokoh ulama’ yg disegani? Bahkan, anaknya Rabi’ah menjadi guru pula kepada beberpa orang ulama’ termasyur yang lain seperti Yahya bin Said, Abd Rabbah bin Said, Sulaimana al-Tamimi, Malik bin Anas, Al-Auzai Syu’bah, Sufian al-Tauri, Hammad bin Salmah, Al-Lais bin Saad, Falih Abd Aziz Al-Darwardi, Sulaiman ibn Bilal, Abu Dhamrah, Ismail bin Jaafar dan lain2. Malah anak Umar al-Khattab, Abdullah bin Umar turut mengakui bahawa Rabi’ah adalah seorang pemuda yg alim lagi dihormati. Dengan hujah2 ini, Ibu Rabi’ah mula merasa tenteram dan yakin dapat memenangi hati suaminya.

Di Masjid, selesai sahaja solat subuh, Puruq melalui majlis ilmu yg disertai oleh pemimpin2 dan para alim ulamak yang ramai. Puruq turut serta dlm majlis tersebut. Dia cuba memasang telinga. Pensyarah tersebut sedang membaca hadith2 Nabi SW. Semua hadith2 yg disampaikan melalui hafalannya, tidak ketinggalan pula dgn huraiannya yg lengkap. Sekarang baru dia tahu dia berhadapan dgn seorang yg terlalu alim, ilmunya bagaikan melaut! Segala ucapannya tidak tersangkut sedikitpun. Segala ilmu yg dia amalkan, ilmu itu jugaah yg disampaikan kepada hadirin.

Dalam hati, Puruq memuji pemuda tersebut. “Sungguh berkat pemuda ini, manusia semua berkumpul tak kira kecil, besar, tua atau muda. Bertuah sungguh ibu-bapanya” Selesai kuliah, Puruq mengambil kesempatan bertanya seorang yang duduk berhampiran dengannya. “Siapa gerangan pemuda tadi?” Lelaki tersebut mendang Puruq dgn kehairanan. “Apa engkau tidak kenal dia? Dialah seorang yg alim dalam bidang hadith di Madinah ini, juga seorang hakim, arif dlm bidang hukum hakam. Dahulu dia sempat berguru dgn beberapa org sahabat Rasulullah dan menimba ilmu pengetahuna yg banyak. Puruq meminta maaf kpd lelaki itu dan menyatakan dia sudah 28 tahun meninggalkan Madinah utk menyahut seruan jihad.

Setelah mengetahui keadaan sebenar, lelaki tersebut mula mengerti. “oh begitu. Sebenarnya ulama’ tadi bernama Rabi’ah al-Rayi bin Abu Abd Rahman. Bapanya lebih dikenali sebagai Puruq dan masih berada di perbatasan Khurasan. Tidak pasti samada masih hidup atau telah syahid.” Mendengar keterangan lelaki itu, Puruq tiba2 menangis kerana terlalu terharu. Dlm hati, dia memuji2 isterinya yg pandai mengasuh anak hingga jadi orang yg terhormat di langit dan di bumi. Dia segera meminta diri dari lelaki tersebut dan bergegas pulang utk menceritakan kehebatan anaknya kepada isterinya.

Sampai sahaja di rumah, isterinya sudah bersiap dgn jawapan kepada persoalan yg bakal ditanya suaminya. Belum sempat si isteri membuka mulut, Puruq berkata “Wahai isteriku, anak kita adalah seorang yg alim dalam ilmu hadith. Dia dihormati masyarakat dan ilmunya dituntut oleh ulama’ handalan yg lain. Subhanallah, kita sungguh bertuah wahai isteriku. Anak itu akan menyelamatkan kita di akhirat kelak.” Isterinya hanya tersenyum mendengar cerita suaminya.

Dan akhirnya dia bersuara juga, walau dengan nada yang sedilit gementar. “Suamiku.. wang 30000 dinar yang diamanahkan dulu telah habis saya belanjakan untuk pendidikan anak kita. Kita sudah tiada simpanan dan saya pula tidak bekerja. Maafkan saya ..”

Lalu Puruq memegang tangan isterinya. “ Semoga Allah kurniakan kita sebaik-baik balasan, wahai ibu Rabi’ah. Kamu telah membuat satu contoh teladan yg baik kepada ibu2 dan setiap gadis yg bakal mendirikan rumah tangga kelak. Allah jua yg akan melimpahkan ramht ke atas kita semua. Setiap pengorbanan yg kamu curahkan, tak mungkin akan hilang dgn percuma. Tentunya akan mendapat penilaian dari Allah dan dari makhluk semuanya. Kamulah seorang ibu, bukan sebarangan ibu…”

Friday, March 28, 2008

Tutuplah Auratmu Sebelum Kain Kafan Membaluti Tubuhmu

Artikel ni saya dapat dari email daripada seorang kawan. Telah diubahsuai dari Bahasa Indonesia ke Bahasa Malaysia. Semoga artikel ni dpt meberi kita pengajaran. InsyaAllah


QUOTE
Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, Nur Annisa,
seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan
seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah
lakunya benar-benar membimbangkan ibu.

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah.
Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan
guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah
meminta adik memakai tudung.
Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku
pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa,
adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok,
jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya
sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat
sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend
diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak
pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik.
Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam.
Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " Ya Allah, kenalkan annisa
dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami.
Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil.
Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat
dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid. Setelah beberapa lama
mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri
Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya
si buta, bisu dan tuli.

Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya,
"abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan
tuli?"

Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah
mereka, tanya sendiri" Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya
dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri. Sekembalinya dari rumah
mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada
wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat
lesi......entah apa yang dah berlaku?

Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung
yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya
sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya
melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah
seratus peratus!

Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke
rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya
lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia
suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya
sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat
nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia
menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati
saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di
kalimantan, kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya
bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu
memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam
perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik di
beri kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.

Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati
berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam
rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas
memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh
mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat
ditahan lagi...

Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke
bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari.
Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya
sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi
sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan
pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..

Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu
khoiri..di
situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.
Butirannya
seperti ini:

Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata)

Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari

"mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang
dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan
cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah
SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai
tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah kalau
saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik.
Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi
kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung..
pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh
tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala
sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya
akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah
perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang
kelakuannya
tak elok..

Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna
disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami

Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin,
lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu,
lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia
sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi
telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk
dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang
berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak
senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat,
lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk
memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT,
bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati
kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung...
mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat
semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan
dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila
kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk
melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.

Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan
dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh
manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu
padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada
rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala
kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia
ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak
mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi ,
antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih
berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia
berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya
mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana
rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang
banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung
amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika
dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk
seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka..belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu.
Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang
panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan.
Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak
berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan
menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya
terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk
matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat
tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita
yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak
pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT ,
wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang
dosa dan sia sia"

Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku
disisinya..Amin

Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi iktibar bagi kita
semua. Wassalam...

KEHIDUPAN...





Firman Allah s.w.t:


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Maksudnya:

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari Kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesaran) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya.

(Ali ‘Imran: 185)


Seratus tahun lalu, saya belum ada di dunia ini lagi..
Seratus tahun yang akan datang pula, belum tentu saya masih di dunia ini.

Kematian bukan untuk orang tua..
Kematian adalah untuk semua makhluq yang hidup..
Wahai diri.. Sampai bila kamu akan terhenti dari ditipu..?

Tuesday, February 26, 2008

Bila Bantuan Allah Akan Datang

Bantuan Allah bukan datang kerana rupa seseorang tetapi disebabkan amal,akhlak dan sifat manusia itu sendiri.

Allah memberi bantuan kepada Rasulullah, para sahabat dan para wali sekeliannya. Bantuan kepada mereka bukan kerana bentuk mereka tetapi asbab amalan mereka, pengorbanan di jalan Allah dan perjuangan mereka menyebarkan agama. Apabila kita mahu bantuan Allah dikurniakan kepada kita maka kita harus melaksanakan amalan yang mereka telah perjuangkan dan membuat usaha dakwah di jalan Allah. Apabila kita mengerjakan semua amalan ini maka kita akan lihat bantuan Allah turut hadir bersama kita.
Bantuan ghaib Allah akan hadir bersama kita mengikut sejauh mana yakin kita kepada Allah. Yakin kepada sesuatu selain Allah tidak mampu memberi apa-apa bantuan. Semuanya berlaku dengan bantuan dan rahmat Allah.

Semasa perang Badar dan Khandaq, kaum muslimin yakin selain Allah tidak ada yang dapat dijadikan tempat berlindung dan meminta bantuan. Mereka tidak mempercayai kekuatan yang mereka miliki. Mereka hanya berharap rahmat dan bantuan Allah, maka Allah mengurniakan bantuan kepada mereka.

Sedangkan waktu perang Uhud dan Hunain, kaum muslimin terpengaruh kepada bilangan yang besar pasukan mereka, maka Allah tarbiyah mereka dengan kekalahan

Monday, February 25, 2008

Maafkan dan Berkasih Sayanglah

Suatu ketika Rasululah sedang memimpin sholat jamaah. Tidak seperti biasa,
kali
ini sujudnya panjang sekali. Para sahabat yang berada di belakangnya mulai
resah, terfikir oleh mereka pasti ada sesuatu yang menimpa pada Rasulullah.
Ketika sholat usia, mereka bertanya tentang perkara tersebut. Nabi
menjelaskan
bahawa ketika dia sedang bersujud, tiba-tiba Hasan dan Husain cucunya naik
ke
atas punggungnya. Nabi tidak segera berdiri hingga cucunya turun sendiri.
Nabi
khuatir bila dia paksakan berdiri cucunya akan terjatuh ke lantai.

Di lain waktu Rasulullah sedang berkhutbah. Di tengah-tengah khutbahnya
tiba-
tiba cucunya berlari menuju ke mimbar. Rasulullah turun dari mimbarnya dan
menyambut kedatangan cucunya sambil memberi isyarat agar cucunya kembali
tenang. Tidak lama kemudian Rasulullah melanjutkan khutbahnya.

Rasulullah adalah manusia yang dipilih Allah dengan sifat yang penuh dengan
kasih sayang. Sifat kasihnya tidak terbatas hanya untuk anggota keluarganya,

tetapi merangkumi seluruh manusia.

Suatu ketika ada seorang ibu sedang menggendong anaknya. Tiba-tiba
Rasulullah
mendekati dan ingin memangkunya. Maka beralihlah si anak dari pangkuan ibu
kepada pangkuan Rasulullah. Tak disangka-sangka si anak itu kencing hingga
membasahi jubah Rasulullah. Melihat kejadian itu si ibu terus merenggut
anaknya
dari tangan Rasulullah. Sambil memarahi, si ibu tidak lupa memukul punggung
anaknya. Rasulullah mencegahnya, tetapi si ibu tetap memaksa. Atas kejadian
tersebut Rasulullah mengingatkan bahawa kotornya jubah boleh dicuci di
rumah,
tetapi kemarahan ibu tetap akan membekas dalam hati si anak hingga ia
meningkat
dewasa, dapatkan ibu membersihkannya?

Begitulah keadaan manusia yang bernama Muhammad. Beliau tidak ingin
seorangpun yang terluka hatinya, kecewa, sedih, marah, dan benci kepada
sesamanya. Beliau ingin memberikan yang terbaik kepada orang lain, dengan
sekuat daya dan kemampuannya.

Menyayangi keluarga, isteri, anak atau cucu, itu perkara biasa. Binatang
buas
sekalipun memberikan kasih sayangnya kepada anggota keluarganya. Harimau
tetap menyusukan anaknya, demikian pula binatang buas lainnya. Untuk itu
Rasulullah SAW bersabda; " Tidak sempurna iman kalian sehingga kalian saling

berkasih sayang. "

Para sahabat berkata; " Kami sudah saling kasih sayang. "

Nabi bersabda; " Bahawa sayang yang dimaksud di sini bukan sahaja sayang
sekadar kepada salah seorang temannya, dalam ruang lingkungan terbatas,
tetapi
sayang ( yang dimaksud ) adalah sayang yang bersifat menyeluruh. "
HR. At-Thabrani

Kerananya ia mengajari manusia untuk bersikap lembut dan kasih sayang semua
yang melata di muka bumi. Beliau bersabda; " Sayangilah orang-orang yang ada
di
bumi, nescaya kamu disayangi oleh orang yang di langit ( yakni para malaikat
). "
HR. At-Thabrani

Bukankah hidup kita di dunia ini atas kasih sayang Allah? Tanpa kasihNya
tidak
mungkin kita dapat hidup dan menikmati kehidupan seperti saat ini. Udara
disiapkan secara percuma, tanpa pembayaran. Air disediakan melimpah untuk
sesiapa sahaja. Matahari, bulan, bintang, dan bumi yang kita injak ini
adalah
berkat Rahmat Allah SWT. Sedikit sahaja Rahmat Allah dicabut, hidup kita
akan
sengsara. Saluran nafas kita diberi sumbatan sedikit sahaja sudah kalang
kabut
hidup kita. Belum lagi jika denyut jantung kita dihentikan sejenak, maka
matilah
kita.

Suatu ketika Aisyah menceritakan kepada Rasulullah SAW sebuah peristiwa yang

baru sahaja dilihatnya. Aisyah melihat seorang ibu dengan dua orang anaknya
yang sedang kelaparan. Dalam keadaan seperti itu seseorang memberikan tiga
potong roti. Dua diberikan kepada anaknya sedangkan yang sepotong disisakan
untuk dirinya. Kerana kelaparan si anak terus melahap dan menghabiskannya.
Tidak tega terhadap keinginan kedua anaknya tersebut, sepotong roti
bahagiannya dibagi dua untuk mereka. Si ibu rela kelaparan demi
anak-anaknya.

Setelah mendengar cerita tersebut, Rasulullah SAW bersabda; " Kasih sayang
Allah kepada hambaNya melebihi kasih sayang ibu yang baru anda ceritakan
tadi.
Si ibu yang dikisahkan oleh 'Aisyah itu benar-benar telah menghayati nilai
kasih
sayang. Dia telah meresapi nilai kasih sayang Tuhan, yang dimplementasikan
kepada anak-anaknya. Namun demikian, kasih sayang Allah jauh melebihi
demonstrasi kasih sayang ibu tersebut. Atas kasih sayangNya kita hidup,
dengan
kasih sayangNya pula kita dapat menikmati kehidupan dunia, dan insyaAllah
akan
menikmati pula kehidupan akhirat, suatu kehidupan yang sesungguhnya.
Rasulullah
membenci orang-orang yang bersifat kasar, tak berperasaan. Beliau bersabda;
" Bahawasanya sejauh-jauh manusia dengan Allah ialah orang-orang yang keras
hatinya. "
HR. At-Tirmidzi

Sebagai Rasul yang membawa ajaran baru, beliau tentu sahaja menghadapi
cabaran dan permusuhan yang amat berat. Caki maki, hinaan, penyiksaan mental

dan fizikal, serta kejaran musuh, serta ancaman pembunuhan selalu menyertai
kehidupannya. Akan tetapi dalam menghadapi mereka, Rasulullah justeru
diperintahkan untuk tetap bersikap lemah lembut. Beliau berpantang untuk
bersikap keras. Allah berfirman;
" Maka dengan sebab rahmat ( yang melimpah-limpah ) dari Allah ( kepadamu
wahai Muhammad ), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada mereka (
sahabat-
sahabat dan pengikutmu ), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi keras
hati,
tentulah mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka ( mengenai
kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu ) dan pohonkanlah ampun bagi mereka

dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan ( peperangan dan hal-hal

keduniaan ) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam ( sesudah
bermesyuarat,
untuk membuat sesuatu ) maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. "
QS. Aali Imran : 159

Di Thaif, Rasulullah SAW terluka. Zaid bin Haritsah yang mendampinginya pun
terluka ketika berusaha memberikan perlindungan. Penduduk negeri itu
melemparinya dengan batu. Padahal, ajakannya adalah ajakan tauhid. Seruannya

adalah seruan untuk mengesakan Allah. " Agar Allah diesakan dan tidak
disekutukan dengan apapun."

Namun, Bani Thaif malah memusuhinya. Pegawai negeri itu menghasut khalayak
ramai untuk menyambutnya dengan cercaan dan lontaranan batu. Meskipun
diperlakukan sedemikian kasar, Rasulullah tetap pemaaf. Beliau tetap
bersikap
lemah lembut. Tidak sedikitpun kemarahan nampak pada wajahnya. Kecintaannya
kepada umat mengubati derita yang dialaminya. Ketika Malaikat Jibril datang
menawarkan bantuan untuk menghancurkan Bani Thaif dengan batu-batu gunung,
beliau justeru menjawab; " Ya Allah, berilah kaumku hidayah, sebab mereka
belum
tahu. "

Bani Thaif ketika itu belum lagi menjadi kaumnya, bahkan mereka ketika itu
adalah musuhnya. Akan tetapi dalam doanya, beliau menyebut mereka sebagai
kaumnya. Itulah bentuk kasih sayang Rasulullah SAW yang besar kepada umat
manusia.

Di Bukit Uhud, peribadi pilihan itu kembali terluka. Wajah Rasulullah SAW
terluka, gigi seri beliau patah, serta topi pelindung beliau hancur. Fatimah
Az-
Zahra, puteri beliau, bersusah payah untuk menghentikan pendarahan tersebut.

Dua pelindungnya terakhir, Ali RA dan Thalhah RA juga terluka parah.

Bukit Uhud menjadi saksi kekalahan pahit itu. Pasukan pemanah yang
diperintahkan menjaga bukit, dijangkiti cinta dunia. Silaunya harta rampasan

menguasai keikhlasan mereka. Akibatnya, pasukan kaum muslimin porak-peranda
dan Rasulullah SAW terluka. Meski kembali disakiti, cinta Beliau tetap
bergema,
? Ya Tuhanku! Berilah keampunan kepada kaumku kerana sesungguhnya mereka
tidak mengetahui.?

Sesungguhnya sifat kasih sayang itu ada dalam jiwa manusia. Besar kecilnya
tergantung kepada setiap individu untuk menumbuhkan dan merawatnya. Ada
orang yang berhasil membesarkannya, tetapi ramai gagal sehingga kasih
sayangnya
tertutupi oleh rasa benci, sombong, dan cita-citanya Sebagaimana sifat-sifat
yang
lain, sifat kasih sayang hendaknya juga dilatih.

Pertama, dengan mengasah kepekaan sosial. Tumbuhkan rasa simpati dan kasih
sayang kepada sesama.
Kedua, hulurkan tangan, berikanlah bantuan kepada orang-orang yang lemah dan

memerlukan bantuan.
Ketiga, hiasi penampilan dengan seyuman yang manis, perangai yang halus, dan

perilaku yang menyenangkan.
Keempat, jaga lisan dari kata-kata kasar, kotor, dan menyakitkan perasaan.
Lebih
baik diam jika tidak dapat berkata manis dan menyenangkan.

Dengan empat langkah di atas, insyaAllah kita tampil menawan, penuh pesona
dan
berwibawa.

Semoga Bermanfaat.