Sunday, December 2, 2007

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah s.w.t.
Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya2. Taat kepada suami
Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah dan RasulNya
Bagaimana yang dikatakan taat kepada Allah s.w.t. ?- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.- Wajib menutup aurat- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan taqwa- Berbuat baik kepada ibu & bapa- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang- Tidak berkhalwat dengan lelaki dewasa- Bersikap baik terhadap tetangga
2. Taat kepada suami
- Memelihara kewajipan terhadap suami- Sentiasa menyenangkan suami- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya selama suami tiada di rumah- Tidak bermasam muka di hadapan suami- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur- Tidak keluar tanpa izin suami- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya- Sentiasa memelihara diri, kebersihan & kecantikannya serta rumah tangga
FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.
Faktor-faktor tersebut ialah:
1) Lupa mengingat Allah
Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairanlah jika banyak wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingat Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: ertinya:
” Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya.”
Sabda Rasulullah s.a.w.: ertinya:“Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan.” (Riwayat Tarmizi)
Mengingati Allah s.w.t. bukan saja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu.
2) Mudah tertipu dengan keindahan dunia.
Keindahan dunia dan kemewahannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan itu saja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana kenikmatan dunia yang terlalu sedikit.
Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An’am: ertinya:
” Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir.”
3) Mudah terpedaya dengan syahwat.
4) Lemah iman.
5) Bersikap suka menunjuk-nunjuk.


Dunia adalah perhiasan, perhiasan dunia yang terbaik adalah Wanita yang solehah.

BAB PUTUS ASA

Satu cerita : satu org pencuri kain kapan,telah bersetubuh ngan mayat sorang perempuan, mayat tu siap bangun dan berkata “celakalah engkau kerana membiarkan aku dalam keadaan berhadath besar” lelaki tu terus takut (aku pun!!) dan jumpa Nabi saw, Nabi cakap lebih kurang maksud:Allah dah tak ampun dosa kamu, !
Lalu menangislah lelaki itu lalu pergi ke padang pasir setelah di kecewakan oleh Nabi, maka dia terus direct mengadu pada Allah, menangis-menangis-menangis, tidak putus ASA,lalu Allah tegur Baginda SAW lebih kurang maksud: dosa walau macamana besarpun(zina, buang anak, dll) boleh di maafkan dengan taubat nasuha, kecuali dosa syirik!
So, jangan berputus ASA…!!!!
(Wahai, org murtad, selagi belum jadi mayat, masih boleh pulang ke pangkuan Allah…)
Dua cerita:Ada satu riwayat lebih kurang cerita, satu org yang jahat berazam nak jadi baik, maka dia berazam nak taat segala perintah Allah, belum sempat taat mana mana perintah Allah, dah jadi mayat…,
Pendek cerita, di padang masyar kelak, apabila Allah perintahkan pendosa masuk neraka, maka, setiap manusia merasa enggan dan engkar yang membuatkan malaikat terpaksa seret dengan muka ke lantai lalu di campakkan kedalam neraka… akan tetapi, si dia ni terus berlari untuk terjun ke dalam neraka, lalu Allah perintahkan malaikat tahan/halang dia dari terjun ke neraka dan tanya…(sedang Allah Maha mengetahui,subhanAllah), bertanya Allah: kenapa berlari nak terjun ke neraka, sedangkan org lain enggang?(lebih kurang maksud)
Maka kata hamba Allah ni:Di dunia dulu, satu perintah Allah pun takde yang saya ikut, saya takde peluang, satu hari datang peluang, tapi maut menjemputku, hari ini adalah hari pertama saya berpeluang ikut perintahMu, maka saya akan buat sungguh2…dengan berlari terjun ke Neraka…
Maka korang tahu apa keputusan Allah Yang Maha Pengasih?Pergilah rujuk ustaz…(aku ni baru nak start belum ustaz lagi)
Ok, baiklah, Allah masukkan dia dalam shurga, tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah.. aku buat dosa banyak2, kelak bila Allah suruh aku masuk neraka, aku berlari pecut ..dan...DAH dah dah dah!!!Jangan nak berangan-angan!Jangan anggap keputusan Allah main main…!!!! Nampak SANGAT KORANG TAK FAHAM APA ITU PUTUS ASA!!!! ( aku pun tak paham…)
Tiga cerita:Sebuah riwayat menceritakan, bahawa di padang mahsar kelak, semua orang akan di timbang amalannya, yang baik dan yang buruk, jika buruk-lebih masuk neraka, dan jika baik-lebih masuk shurga, begitulah sebaliknya.
Bagaimana pula jika sama berat?
Bak sini aku cerita…Maka seorang hamba Allah ni apabila ditimbang dosa pahala, shukur dan kufur, sabar dan sombong, maka sama berat..50% amalan kebaikan, dan 50% amalan kejahatan..Maka dia perlu cari satu lagi pahala untuk melebihkan amalan kebaikan dia bagi melayakkan dia masuk shurga…Maka berjalanlah dia di padang mashyar mencari kenalan dan sanak saudara di dalam lautan manusia, dengan harapan adalah nanti kawan, teman, taulan, atau kaum keluarga yang sudi memberi akan satu pahala sahaja!!, agar dia layak masuk shurga dan selamat dari azab api neraka…Punyalah ramai manusia (pergi jomheboh pun dah rasa ramai sangat org, apatah lagi padang masyar..oh!Akan tetapi walaupun dah jumpa isteri, anak, keluarga dan kawan2, tapi semua tak sanggup bagi walaupun satu pahala, kerana satu pahala kat akhirat begitu berharga!!!
Nota kaki: hari ni bagi setiap pahala langkahan ke masjid, takde org pedulipun..isk..isk.., aku ler nie..oh
Nota kuku: hari ni, satu org kaya, bila acu pistol, akan sanggup bagi semua kekayaan, kerana nak masa, nak hidup lebih lama, bermakna di dunia ni yg paling penting adalah masa… tapi kat padang masyar, masa dah tak berharga lagi, manusia sanggup gadaikan apa sahaja untuk dpt satu pahala!!
Nota kiki: Bersabar dengan lawak aku yang tak lawak dan karangan aku yang mengarut ni pun, aku rasa dapat gak pahala.., aku rasalah, jika korang sabar..isk,,isk,,
Sambung cerita, setelah lebih kurang 40 tahun mencari pahala, maka satu org hamba Allah telah menegur lebih kurang maksud:“aku tengok engkau ke sana sini, bertahun tahun lamanya, apa yang kau cari?
Maka si pencari pahala itu pun ceritalah panjang lebar..
Aku pendekkan cerita: berkata lah si bertanya tadi..:“beginilah, engkau ambik aku punya satu pahala, aku ada satu sajer pahala sajer dan ada 99 baki dosa, semoga engkau dpt masuk shurga…”
Maka gembira dan berjalanlah lelaki pencari pahala itu kepada Mizan Allah(tempat timbangan) dengan mengambil masa lebih kurang 40 tahun jugak…
Ringkas cerita:“Allah sbw tanya,: dari mana kamu dpt satu pahala ini?(lebih kurang maksud)
Lalu lelaki itu cerita panjang lebar...(Sedang Allah Maha Mengetahui-SubhanAllah)
Lantas Allah berfirman…lebih kurang maksud:“panggil ke mari lelaki yang bagi engkau satu pahala itu”
Di pendekkan cerita lagi, berjumpalah lelaki tadi dengan pemberi pahala dengan kadar masa untuk bertemu dalm 40 tahun lebih kurang..
“eh, kau tak masuk shurga lagi?”Tanya si pemberi pahala, lalu di jawab lelaki si pencari..
“belum, Allah nak jumpa engkau dahulu..”Kata lelaki yg ada 99 dosa itu:
“argh, sudah!! Aku ingat lambat lagi aku masuk neraka…”(oh)
Di ringkaskan cerita, berjalanlah kedua-duanya mengadap Allah dengan kadar 40 tahun lebih kurang…
Nota: sudah 160 tahun, baik korang solat jemaah, satu langkah satu pahala..!!!
Korang jawab balik,: “Tapi kalau pergi solat jema’ah dengan kereta camne dengan pahala langkah?
Aku kata: hek eleeeeeh, takkan lah kau parking kereta betul betul tepi saf…!!!!
Arghh, Sambung balik:Aku ringkas cerita seringkas ringkasnya… kedua dua lelaki itu masuk shurga kenapa?
Kerana mereka tidak berputus ASA!!!!
Tapi jika korang terfikir, kalau camtu, biarlah aku buat jahat, kat akhirat nanti, aku sedekah pahala kat orang, BERMAKNA: jika korang ada fakir macam nie, korang termasuk dalm golongan yang berputus ASA!!!!Nampak SANGAT KORANG TAK FAHAM APA ITU PUTUS ASA!!!! ( aku pun tak paham…)dan...DAH dah dah dah!!!Jangan nak berangan-angan! Jangan main main dgn keputusan Allah...
Aku nak bercerita bahawa di akhirat pun jangan ber putus ASA dengan Rahmat Allah, apatah lagi di dunia!!!,Tapi jika korang sengaja plan tak nak taat perintah Allah dengan menyangka kat akhirat nanti Allah tak sampai hati nak azab aku/korang..., barulah aku bertanya?
layakkah aku/korang sebaris ngan adam, idris, nuh, hud, solih, ibrahim, lut, ismail, ishaq, ya'qub, yusuf, ayub, syuib, musa, harun, zulkifli, daud, sulaiman, ilyas, ilyasa', yunus, zakaria, yahya, isa wakhirun khatimul anbiya' muhammad al mustofa.... ?
So, JANGANLAH BERPUTUS ASA PADA ALLAH YANG ESA DI DUNIA INI LAGI!!!!
Ps: Beramallah di dunia, jangan berputus asa.. Allah pernah memberi peluang taubat pada firaun yang mengaku Tuhan dan telah membunuh 17 ribu bayi…, pulanglah pada Allah, walaupun dosa semalam sebesar gunung meninggi awan, walaupun berzina dengan mayat, walaupun…sibuk!!! Kerana malaikat maut tak peduli dengan kita punya sibuk!!
!!Dah jadi mayat baru tak sibuk...oh

Doa Dari Sekeping Hati

Ya Allah, Rabb yang Maha Pengasih...
Sesungguhnya diri daku ini telah menzalimi diri sendiri... maka ampunilah daku ya Allah... seandainya DiKau tidak mengampuni hambaMu yang lemah ini, sesungguhnya daku adalah orang yang sangat² rugi....
Ya Allah, dalam mencari keindahan kehidupan di dunia, diri yang hina ini telah cuba mencari dan mendapatkan cinta manusia... cinta makhluk... cinta yang tidak akan kekal lama...
wahai Allah... memang indah percintaan sesama makhluk ini... terasa damainya hati di kala kesunyian... namun ya Allah, di penghujungnya kenapa sering daku dapati adanya perasaan rasa dikhianati dan dipergunakan? rasa diabai dan dikecewakan?
oh Allah.. betapa telah Engkau sedarkan aku.. cinta yang suci tidak boleh disandarkan kepada hati... cinta yang suci tidak boleh berlandaskan perasaan.. tetapi cinta yang suci akan hadir apabila bertemunya 2 insan yang sememangnya telah Engkau takdirkan... 2 insan yang memang menyintaiMu, 2 insan yang saling bersedia untuk hidup dan mati di landasan agama Mu... 2 insan yang begitu ingin untuk hampir dengan Mu...
Ya Allah... diri ku ini tidak layak untuk menyintai sesiapa di muka bumi yang sementara ini... dan diri aku ini juga tidak dicintai oleh sesiapa.. aku hanya layak menyintai Mu... sebagaimana mereka yang lain hanya layak untuk mencintaiMu... kurniakanlah cinta teragung ini ke dasar kalbu ku.. butakanlah mata hatiku terhadap kehidupan dunia ini, sebaliknya Engkau bukakanlah ianya ke keluasan dan keindahan syurgawi yang telah Engkau janjikan buat mereka yang beriman...
Ya Allah.. di jalan dunia ini aku kesunyian tanpa berteman.. tanpa keluarga hadir di sisi sebagaimana mereka yang lain... tanpa kekasih dan sahabat sejati... kerana apa ya Allah aku rasa kesunyian? ya... tak lain dan tak bukan kerana tiadanya perasaan terhadap ar Rahim Mu dalam diri ku.. ya Allah... hadirlah ke dalam hati daku.. meskipun diri daku hina... hati aku hitam dan kotor serta jijik... sememangnya tidak layak hati aku ini bersemayamnya cinta agungMu ya Allah... tetapi aku tetap terus mendamba... sebagaimana seorang kekasih menanti kekasihnya di sebalik tabir...
wahai Tuhan... sambutlah salam dan doaku... dengarlah rintihan hamba Mu yang sunyi ini..... memang perit untuk membuat keputusan... memang sakit untuk membuat tekad.. tapi inilah jalan yang telah aku pilih,,,sebagaimana aku mula melangkah untuk mengejar cita-cita ini dengan kesunyian... sebegitulah juga aku akan keseorangan pada masa akan datang, sementara menantinya takdir dan jodoh yang telah Allah tetapkan.... samada aku menang... atau syahid di jalanNya........

semakin kita sayang akan sesuatu... semakin berisiko untuk kita membencinya....

Rahsia Cinta

ahaks...

tajuk macam jiwang je... tapi benda nih memang satu fitrah yang tak boleh kita nak lari...
keinginan untuk cinta-mencintai, rindu merindui... nih memang satu fitrah yang telah tercipta seiring dengan penciptaan manusia.... tanya la kepada mana² makhluk bergelar manusia, mesti dia akan ada perasaan untuk mengambil berat dan keinginan untuk diambil berat...
persoalan? cinta yang mana yang perlu dikejar?
when we say the word love... 1st thing appears in our mind must be couple... macam sinonim la pulak.... tapi sebenarnya cinta tuh ada banyak cabang.... cinta kepada ibu bapa.... melalui tanda sayang, hormat dan khidmat... cinta kepada guru... melalui hormat, khidmat dan ilmu... cinta kepada masyarakat dan ummah... melalui doa, khidmat, fikir dan risau... cinta kepada agama... through the practices throughout our lives... cinta kepada Rasul... through his sunnah... cinta kepada Allah.... through the feeling as a slave.... dan inilah dinamakan cinta teragung...
entahlah.... di lidah sering mengungkap kata² cinta agung ini, tapi tak meresap jauh ke dalam hati... hanya sekadar ungkapan kata... sekadar angan² kosong yang tak kesampaian... terbukti melalui amalan kita sendiri... toksah la korang nak marah² kata aku nih jumud...
bukti? bila azan, especially azan zohor (time tengah qailulah)... kita akan bangun dari lena dengan berlengah-lengan sambil cakap, "aiseh, dah masuk zohor ke?? baru je tido tadi..." instead... tengah kita tido di tengah malam buta, sekali ada awek main misscall... kita bangun, tangan pun terus mencapai hp dengan pantas untuk tengok sape yang main misscall... sekali tengok nama awek, terus tersenyum..... chet...
bila berdoa... lepas5-7 minit, kita dah terasa lama, terasa lenguh kaki tangan.. lepas tuh akan terdetik dalam hati, uish dah lama dah doa nih.... tapi bila bergayut dengan awek dalam hp sampai 3-4 jam, boleh terdeti dalam hati... "eh, dah 3 jam lebih aku bergayut? tak terasa lak..." isk...
awat benda nih boleh berlaku? sebab terasa kebesaran awek lebih hebat di dalam hati kita berbanding dengan kebesaran Allah... padahal azan tuh adalah misscall dari Allah untuk remindkan kita untuk kembali mengadapNya.... betapa kasihnya Allah kepada kita yang lemah nih... padahal kita yang selaku hamba Allah nih tak perlu diperingatkan dengan azan... sebelum masuk waktu, kita dah standby dulu dah untuk datang mengadap Allah... macam kita nak masuk kerja la... mana ada bos panggil ingatkan kita waktu masuk kerja... tapi kita dengan sendirinya akan datang masuk kerja sebelum pukul 8....
banyak lagi benda yang perlu aku buat... bila kenang balik, ya Allah... jauh lagi rupanya aku dengan Mu...
niat di hati nak jadi hafiz Quran... nak habiskan lagi 28 juzuk dalam masa 2 tahun nih... niat di hati nak bagi masa untuk agama at least 6-8 jam sehari... niat di hati nak dakwah kan kebesaran Allah lebih dari 25 kali sehari... niat di hati nak habiskan masa di surau lebih lama dari dibilik.. niat di hati nak puasa tetiap hari... niat di hati nak habiskan malam dengan berdiri qiam di depan Allah.. niat di hati nak doa panjang², at least 2-3 jam depan Allah (sebab kita mampu nak bergayut dengan hp lebih dari waktu tuh....) tapi apakan daya... tangan hanya ada dua... niat ingin memeluk dunia, tetapi tidak mampu...
ya Allah, bagilah aku dan umat ini taufiq untuk mendekatiMu....

Petikan Sayu Seorang Ahliah

petikan sayu dari seorang ahliah...
Sengaja aku quote kan kat sini satu luahan hati seorang masturat yang suaminya sedang keluar di jalan Allah...
sayu siut... masya Allah... aku yang lelaki, pun terasa sayu...
hj jaafar yang bagi tau aku tentang benda nih masa malam mesyuarat kl semalam.... pastu fadzil pulak forwarded ke aku via email....

Hari nie hari yang ke-6 abg pergi tinggalkan kami.................Sesungguhnya hati Na terlalu rindu utk mendengar suara abg......Terlalu rindu nak melihat wajah abg....Tapi apakan daya...Na Cuma mampu melihat abg di ruang mata ingatan Na saja........... Lagi 34 hari baru abg akan pulang......Ketahuilah bang......setiap hari na buat perkara yang abg minta na lakukan.....Setiap hari selepas magrib Na bacakan taklim untuk ct Fatimah dengar....Setiap waktu yang berkesempatan na solat di rumah, Na akan mengaji untuk ct fatimah dengar....Dan setiap kali itulah air mata na tak mampu ditahan............ Sedih, pilu, sayang semua perasaan ada dalam hati na.....Ketahuilah bang.....na sentiasa menghitung hari....Menunggu hari abg akan pulang ke pangkuan kami............ Ya Allah, Hambamu ini telalu kerdil & lemah.....Kekadang perasaan selalu menguasai hati......Fikiran di letakkan di belakang......Tabahkanlah hati hamba-Mu ini Ya Allah.............HambaMu ini tiada upaya hanya menagih ehsan dan rahmatMu untuk keluargaku............... Abg..........Bila NA teringatkan abg..........air mata tak mampu ditahan.........Kehadiran Abg amat berharga buat Na............Na akan sabar melalui hari-hari yang mendatang tanpa abg. Dgn tabah............... Setiap msg yang abg hantar... berkali-kali NA baca............Tanpa rasa jemu........Setiap perkataan yang abg hantar.........Na rasa di hargai........Luahan perasaan rindu, sayang abg untuk Na...............Na terasa diri begitu penting buat diri abg......... Kerana sayang Na letakkan diri Na di tempat kedua....Setiap perilaku NA sentiasa fikirkan abg......keizinan dan keredhaan abg untuk NA........Semoga Allah perhati korban yang kita buat.....Kita merindui satu sama lain kerana DIA yang Esa.......Terpaksa berkorban hati dan perasaan berjauhan antara satu sama lain kerana DIA yang ESA.........Semoga redha Allah sentiasa bersama kita.............

Siapa Bintang Popular

Siapa BINTANG popolar?

Ha ha ha, aku lah lelaki update akhir zaman kononnya apabila bercerita pasal anugrah bintang popolar pulak...(Buang tabiat ke apa?)
Siapa bintang paling popular?
MAWI?
Ada sesetengah ‘pejuang islam’ kat opis aku yg akan bersyukur setiap kali Mawi dapat anugrah, ke ke ke… (lantak engkaulah)Jadi hari ni aku nak bercerita pasal bintang….(5 kisah bintang, macam 5 bintang)
Kisah pertamaSIAPA BINTANG
Siapakah bintang yg sebenar-benarnya!
Satu hadith lebih kurang maksud: Sahabat Nabi seumpama bintang di langit, jika korang(dan aku) ikut salah satu daripadanya, maka korang akan selamat.
Moral: ikutlah sahabat, korang akn berjaya…sebab sahabat Allah dah jamin syurga ketika diorang hidup lagi..pendek kata, mereka redha dengan Allah dan Allah redha kepada mereka.
Antara perkara yg kita boleh belajar mengenai ‘bintang-bintang’ ini adalah:-
1: Bintang mencatikkan pandangan
2: Bintang menjadi putunjuk kepada org yg sesat.
3: Bintang merejam syaitan(sebenarnya taik bintang, arghh..kira bintang jugaklah he he he)
jadi berusahalah menjadi bintang yg mencantikkan pendangan, memimpin org yg sesat, dan menjauhkan tipu daya syaitan(amin)
Kisah keduaBINTANG YG SEBENAR-BENARNYA
korang tahu tak ada 3 hari lagi selain hari2 yg kita dah tahu: jumaat, sabtu, ahad bla bla bla ala…
3 hari lagi yg semua org kena tempuh:
1.hari kebangkitan.
2.Hari kemurkaan Allah
3.Hari penghisaban.
Kat padang masyar nanti akan tiba satu hari yg dahsyat, selepas hari kebangkitan(ni aku ambil bulat2 dari ‘mulut ke telinga’ dalam satu ceramah kat kuantan) iaitu hari KEMURKAAN ALLAH sehingga para nabi2 pun tidak berani angkat muka…sangat dahsyat! Sekarang dalam satahun ada 12 bulan, itu melalu kiraan ,tapi pada hari kemurkaan Allah, 12 matahari akan duduk atas kepala sedangkan padang di buat dari tembaga…satu org alim dari indon bercerita bahawa bala yg menimpa manusia hari ini bukan 100% kemurkaan Allah, dikatakan air, api, angin dan tanah hari2 mintak dengan Allah untuk musnahkan manusia yg ingkar, tsunami tu baru Allah bagi izin pada api(gunung berapi), tanah(gempa buni) angina + air = tsunami: pun sudah begitu dahsyat! Bayangkan bagaimana apabila Allah sendiri murka! Ustaz tu cakap Nabi sujud 100 tahun supaya Allah mulakan Hari penghisaban.
Pada waktu tu bilangan org yg masuk shurga adalah seperti sehelai bulu kambing yg putih di atas seekor kambing Hitram, Allah murka, adakah Nabi2 tak buat daqwah?, semua umat mendesak nabi2 mereka berjumpa Allah agar di mulakan hari penghisaban..mereka mengeluh, sekiranya mereka ini di campakan ke dalam nereka, campaklah, merka sanggup! kerena begitu dahsyat sekali azab di padang mashar!(beribu tahun lamanya)
Maka apabila Allah mengabulkan doa nabi(inilah doa yg tak pernah di guna oleh nabi Muhammad saw,-nabi2 lain telah guna doa yg paling makbul untuk musnahkan umat merka. Maka Allah Tanya siapa yg nak jadi org pertama yang di hisab…
Tiada siapapun yg berani tampil kedepan…Nabi Ibrahin takut dengan dosa menipu kaumya (rujuk ustaz)Nabi Isa takut dengan dosanya (rujuk ustaz)Nabi Musa takut dengan dosa membunuh (rujuk ustaz)Nabi Adam takut dengan dosa makan buah khuldi (sila rujuk ustaz yg berdekatan)
Sehinggalah Nabi menepuk bahu Saidina Abu bakar r.a.
Maka apabila Abu bakar tampil ke depan pengadilan hilanglah murka Allah dan bermulah hari yg ketiga iaitu hari penghisaban…Abu bakarlah ‘bintang’ yg sebenar-benarnya….
Untuk korang tahu lebih detail apa yg abu bakar punya pengorbanan, tolong cari sendiri ilmu nih..kalu korang nak jadi alim, nak tak nak ,korang kena belajar sirah sahabat Nabi….
Kisah ketigaKISAH BINTANG LAGI
Satu hari ketika Nabi dan aisyah sedang melihat bintang2 di langit…Nabi bertanya pada aisyah yg bermaksud lebih kurang begini:
“mahukah kamu tahu siapakah yg amalan kebaikannya begitu banyak, sebanyak bintang di langit?
Aisyah menangis apabila nabi menyatakan bahawa Saidina Umar r.a adalah org yg mempunyai amalan sebanyak bintang di langit…kerana sangka aiyah r.aha adalah bapanya yakni Abu bakar r.a.
Kemudian Nabi bersabda lagi lebih kurang beginilah:
Pahala umar tak boleh menandingipun pahala semalam abu bakar bersamaku di dalam gua ketika bersembunyi dari jejak org kapir yg hendak membunuhnya…
Abu bakarlah bintang yg sebenar benarnya….
Satu org alim cerita dalam ceramahnya; ketika malaikat jibrail di beri peluang oleh Allah untuk melihat Nur Muhammad s.a.w, Malaikat jibrail melihat satu nur kecil turut ada bersama nur Muhammad..Allah menjelaskan bahawa itu adalah Nur Abu bakar r.a
Abu bakarlah bintang yg sebenar benarnya….
Di beritakan juga bahawa manusia pertama masuk shurga adalah Nabi Muhammad saw. Kemudian Nabi ibrahim as dan diikuti pula oleh abu bakar s.a.w. Kelapan2 pintu syurga memangil nama abu bakar r.a
Abu bakarlah bintang yg sebenar benarnya…di kalangan sahabat2…
(Kelihatan aku memuja abu bakar seperti syiah memuja ali…harap korang dapat bersangka baik ngan aku…ada masa dan ruang dengan izin Allah, aku cerita kisah2 sahabat lain –OK?! terima kasih )
Kisah ke empatKISAH BINTANG DUNIA
Ada anugrah untuk pelakon popolar he he he…akhirat nati pun ada gak…
Dunia ini hanyalah lakonan
-biasa dengar org cakap cam tuh..memang betul pun! Kita semua sedang berlakon, ada yg memegang watak org kaya, ada yg memegang watak org miskin, tapi korang semua kena ikut skrip yg betul, apa skrip yg betul? Al-quran dan sunnah Nabi..
kalau korang kaya, jadilah org kaya yg ikut sunnah Nabi(macam Abu bakar)kalau korang miskin pun kena ikut sunnah nabi(macam Abu hurarah)kalau korang samseng pun kena ikut skrip yg betul(macam saidina umar), kalu korang pemalu jadilah cam saidina usman, kalau korang kuat dan tegas ikutlah sunnah nabi(macam saidina Ali)
Bila dah berlakon ada tempoh filem: berapa lama filem korang?: sepanjang hidup sebelum jadi mayat: dah jadi mayat tak payah berlakon2 lagi…he3
Siapa pulak yg jadi juru kamera, hmmm tentulah malaikat Rokik dan Atiq. Kalau korang buat baik “on” kamera lain, buat jahat “on” pulak kamara lain, Hari’festival” nanti siaplah, mana yg lebih banyak ‘rakam’ yg tulah akan di paparkan..(bahaya..bahaya..) lokasi pengembaraan kita hanyalah kat atas dunia nih..dalm kubur takde pengembaraan lagi dah… jadi berlakon betul2…(korang dan aku sedang duduk di lokasi pengembaran Sekarang ni..tau tak?)
Siapa pengarah? apek senario cakap..pengarah di atas sana-(Allah) benar! Dan korang boleh jadi pembantu pengarah(ni yg best nih) siapa pembantu Allah.?
Mereka adalah para nabi2, sahabat2, tabi, tabeen dan korang semua yg buat daqwah…sesipa yg buat daqwah dia telah Bantu agama Allah dan Allah akn Bantu dia amin…
Jadi bila dah siap filem ada festival pulak yak ni nun di padang masyar sana..semua berhimpun..macam2 ada.. pasti sure hebolah!
Anugrah korang tentulah terima amal tangan kanan, titi sirat pantas kilat dan masuk syurga tanpa hisab…
3 golongan org yg masuk shurga tanpa hisab
1.Org yg selalu memuji Allah dalam keadaan senang dan susah
2.Org yg menjauhkan lambung kanannya daripada tempat tidur, sibuk menangis pada Allah di waktu hujung malam.
3.Org yg pernigaan dan jual beli tidak melalaikan dari mengingati Allah
Amin ya Rabbilalamin…
KiSah ke limaBINTANG YANG PUDAR
Isteri aku baru balik dari belajar ugama, dengan bersemangatnya ceramah kat aku :
“Abg, ustazah cerita kalau org pergi solat lepas azan akn dapat cahaya bintang kat akhirat, kalau tengah azan akan dapat cahaya bulan kat akhirat..dan kalau abg sampai kat masjid sebelum azan abg akn dapat cahaya macam matahari…jadi abg hanya dapat cahaya bintang sajela sebab abang banyak gi masjid bila dah dengar azan..bahaya ni bang!
Aku kata: tarima kasih isteriku kerana menegur abang dengan penuh sopan dan santón(he he he).Betul kata isteri aku tu, aku tak tahu haditsh kat mana(aku memang banyak jahil bab2 ugama nih..aku azam, mulai esok aku nak dengar azan dalam masjid-amin...) tapi cuba korang bayangkanlah kalau korang solat kat rumah..cahaya apa korang dapat…sinar FM jer la kot he he he

Sudahkah Anda Berkorban

Sudahkah anda berkorban?

(Di tulis dengan tenang pada permulaan karangan, tapi agak tergesa-gesa menyudahnya..0h!)
Pada suatu malam, di sebuah pondok buruk, di bawah bulan pernama, di tepi pokok bunga raya, kelihatan ada dua manusia berlainan jantina sedang bercerekarama..
Beliau adalah datok laksmana Hang Tuah dari Melaka dan puteri Tun Teja dari Pahang sedang memadu asmara..
Tun teja mengambil posisi duduk di ambang pintu, sementara Hang Tuah pula duduk di anak tangga...
Mereka berdua sedang berkiblatkan bulan dan asyik merenung terangnya bulan pernama yang berselindung di sebalik lambaian daun kelapa..
Lalu bertanyalah Tun Teja:“Boleh tak Hang Tuah ceritakan pengalaman Tuah di Majapahit?”
Hang Tuah berkata:“Tuan puteri, kalau malam yang sebegini cantik dan indah kita habiskan dengan berbual-bual tentang pengalaman yang ngeri,.. kan tak seronok tuan puteri?"
Kata Tun Teja..“Ya! Benar, malam yang sebegini cantik dan indah, sebenarnya seronok untuk orang yang berkasih sayang… tapi, apakah erti kasih sayang? Bolehkan Hang Tuah terangkan?"
Lalu berkatalah Hang Tuah pulak dengan machonya..“Boleh Tuan puteri!! Boleh!! Tapi bukan dengan kata kata biasa..”
Maka, Hang Tuah mulai bergurindam tentang erti kasih sayang…
Hmmmmm..hmm.. hm..
Berkorban apa sajaHarta atau pun nyawaItulah kasih mesraSejati dan mulia
Untuk menjadi buktiKasih yang sejatiItulah tandanyaJika mahu diuji
Berkorban apa sajaHarta atau pun nyawaItulah kasih mesraSejati dan mulia
hmm... hmm... hmm...
Kepentingan sendiriTidak diinginiBahagia kekasihSaja yang diharapiBerkorban apa sajaHarta atau pun nyawaItulah kasih mesraSejati dan mulia
Dah habis menanyi, Tun Tejapun berkata:“Wah, bukan sahaja pendekar handal bermain senjata, tapi pandai juga bermain lidah.. Berkorban apa sahaja.., hmmm, Jadi itulah erti kasih sayang…..
End scane .
Petikan filem Hang Tuah (1955) lakonan P Ramlee.
…………………………..
****
Kata Hang Tuah, erti kasih sayang adalah pengorbanan…Tapi tanya aku pulak kepada korang semua.. apakah erti pengorbanan???Adakah korang sudah menempah bahagian dalam korban untuk Hari raya haji ini???
Hmmmm....
Berkorban adalah bermakna kita sanggup buat apa sahaja untuk mencapai maksud hidup..
Macam cerita di atas yang mana bila Hang Tuah menjadikan maksud hidupnya adalah berbakti kepada Sultan, maka beliau sanggup buat apa sahaja untuk gembirakan Sultan walaupun terpaksa tipu Tun Teja dan bunuh sahabat baiknya Hang Jebat..
Begitu jugak Tun Teja apabila menjadikan maksud hidupnya adalah membahagiakan Hang Tuah, maka sanggup lari dari istana, berpisah dengan tunangnya Megat panji Alam dari Terengganu dan sanggup pulak makan sirih jampi dari Hang Tuah!!!..huh!
Dan begitu jugak korang semua.. sebagai contoh:Bila korang menjadikan maksud hidup korang adalah menjadi kaya, maka korang tentu sanggup buat apa sahaja untuk jadi kaya walaupun terpaksa tinggal solat jemaah atau langgar perintah Allah!!! Itulah pengorbanan korang untuk jadi kaya!!
Atau korang menjadikan maksud hidup korang adalah mengharumkan Nama Negara, maka dah tentu korang sanggup buat apa sahaja untuk mengharumkan Nama Negara walaupun terpaksa meninggalkan solat atau terpaksa melengah-lengakan solat atau terpaksa langgar perintah Allah!!! Itulah pengorbanan korang untuk mengharumkan Nama Negara!!
(aku dah start perasan bagus..oh!)
Dan bagi mereka yang menjadikan maksud hidup mereka adalah untuk memajukan ugama islam., maka:
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan harta benda kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan berpisah dengan keluarga kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti annual leave kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan ambik cuti unpaid leave kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku membuat pengorbanan Nyawa hingga jadi mayat kerana Allah?
Sanggupkah korang dan aku???
Sanggupkah???
Tepuk dada tanya iman..Sebenarnya, isk..isk..., akupun masih tak faham akan apakah erti pengorbanan.., kerana dengan hanya aku tulis tentang penorbanan dan korang korbankan baki umur korang baca karangan aku tentang pengorbanan, kefahaman tentang erti pengorbanan tidak akan datang dan memang tak akan datang sekiranya hanya just cakap dan dengar sahaja, tulis dan baca sahaja, tak akan!!!, sudah tertib Allah!!!-hanya Allah yang boleh mengubah!!!
Kefahaman tentang pengorbanan hanya akan dapat di fahamkan hanya apabila korang dan aku dan korang semua sanggup berkorban!!!
Sanggupkah???
End scane 2
------------------
Sebagai tambahan, walaupun aku masih tak paham, namun izinkan aku yang bukan ustaz ni nak tulis sikit tentang “apa itu pengorbanan untuk ugama," insyaAllah...
Satu hari dalam sejarah islam…
Aisyah r.ha telah di pelawa menghadiri majlis makan-makan, bila makanan terbentang depan mata, dan apabila makanan di suapkan ke mulutnya, Siti Aisyah r.aha yang merupakan ‘ibu kepada semua orang islam ( ummul mukminin)’ telah menangis…
Sedang air mata mengalir di pipi, beliau berkata…
“Rasululullah SAW tak pernah makan roti yang sebegini lembut semasa hayatnya bersamaku..”(lebih kurang maksud)
Siti aisyah berkata lagi…“Roti yang biasa Nabi Muhammad SAW makan, adalah roti yang keras dan murah, itupun baginda tidak dapat makan sampai kenyang..(kerana sedikit sahaja yang ada dan sering di bahagi-bahagikan)”
Riwayat lain Aisyah berkata:“Baginda tidak pernah makan kenyang selama dua hari bertutut turut walaupun dengan roti jagung dalam sepanjang hayatnya sehinggalah kewafatanya…”
“Pernah satu hari bila tiba waktu berbuka puasa.., tiada apa apa makanan di rumah kami, melainkan hanya sebiji kurma, maka Rasulullah telah mebahagikan kurma itu kepada dua bahagian, satu untuk aku dan satu lagi untuk baginda, dan itulah sahaja juadah kami berbuka puasa…”
Stop sekejap…
Aku pada hari ini dalam sejarah islam, buah kurma bukanlah juadah berbuka puasa aku sahaja, tapi buah kurma sebanyak 3 ke 5 biji yang aku makan selepas azan adalah intro untuk menketedarah (makan dengan sungguh sungguh) sebelum aku makan santapan jasmani yang lebih berkuantiti lagi, seperti nasi goreng kampong / nasi goreng bandar / nasi goreng cina / nasi gorang telor kembar / nasi goreng USA / nasi goreng ikan masin / nasi goreng biasa / nasi goreng telur mata kerbau / nasi goreng paprik / nasi goreng pataya / nasi goreng patani / nasi goreng pnom pheh..bla bla bla etc etc..
Itu baru Nasik, belum cerita pasal mee lagi, mee bandung, mee hailam, mee hoon, mee hong kong, mee rebus, mee goreng, mee ratna, mee laksa, mee magee, mee kuning, mee hijau, mee pinang, mee Pnom Phenh bla bla bla etc etc….oh!!
Sambung balik…
Bercerita tentang kehidupan Nabi Muhammad saw, Nabi hidup sehari kenyang dan sehari lapar bukan kerana Nabi amalkan diet, atau Nabi muflis, tapi kerana rumah Nabi memang tiada makanan! Langsung! Pernah satu pagi nak breakfirst, isteri baginda cakap makanan takde..Maka Nabi dan isterinya buat keputusan untuk berpuasa..!
Kata Ibnu Abbas r.a lebih kurang maksud:“Berlapar selama beberapa hari adalah perkara yang menjadi kebiasaan dalam kehidupan keluarga Rasullullah"
Pernah Nabi ziarah anak kesayangannya Fatimah r.aha, tiga kali bagi salam dan tak ada dengar jawapan, akhirnya untuk salam yang last ada jawapan salam dari fatimah r.aha dengan nada yang perlahan…, dan siti fatimah r.aha merangkak membuka pintu kerana berada dalam keadaan yang sangat lapar, nabi menangis, kemudian datang Husin dan Hasan cucu Nabi berlari ke arah baginda dengan harapan adalah makanan yang di bawa, tapi mereka kecewa apabila mendapati baginda SAW datang dengan tangan kosong..
Lalu nabi SAW mencium cucu kesayangannya ;Seorang cium di perut..Seorang cium di leher...
Lalu ter’kasyaf’lah Fatimah r.aha akan nasib yang bakal menimpa anak anak nya iaitu seorang akan di bunuh dengan di pancung dan seorang bakal dibunuh dengan di racun..
Nota: kasyaf adalah dapat melihat di sebalik tabir-dengan izin Allah.
Lalu merayulah Fatimah r.aha kepada baginda dengan linangan air mata agar Nabi SAW menggunakan doa ‘terakhir’ untuk mengubah takdir anaknya..
Nota: setiap Nabi a.s mempunyai doa ‘terakhir’ iaitu doa yang paling makbul yang biasanya para Nabi gunakan untuk memohon Bala Bencana kepada ummatnya –Rujuk cerita para Nabi.Tapi Nabi SAW menolak permintaan puteri kasayangannya kerana telah berniat untuk menyimpan doa ‘terakhir’ tersebut untuk ummatnya di padang masyar.., Oh! begitu cinta sekali Nabi kepada Ummatnya..oh!
Namun aku bukan nak cerita pasal doa terakhir, apa yang aku nak cerita adalah tentang pengorbanan Nabi SAW dan sahabat sahabat RA yang sentiasa dalam keadaan menderita kelaparan dan menderita kesusahan kerana ugama..
Timbul satu soalan, kenapa di rumah Nabi tiada makanan?
Kenapa nabi tiada wang untuk membeli makanan?,
Adakah Nabi tak pandai berniaga?
Hello!!!Korang semua yang aku muliakan.
Nabi SAW adalah pedagang yang paling mahir di zaman mudanya, menerima gaji yang paling mahal ketika berniaga di Syam, barang dagangannya cepat habis dan sentiasa mendapat keutungan yang berlipat kali ganda, tapi, itu dulu.., sebelum baginda jadi Nabi SAW..
Tapi sebaik sahaja Nabi SAW di lantik menjadi Rasulullah sekalian alam, maka katanya pada isterinya yang menyelimutnya.., lipatlah kain selimut itu, sekarang tiada rehat lagi untukku.., maka bermulalah PENGORBANAN dalam kehidupan Nabi SAW dalam membela ugama, seluruh harta benda jiwa raga di korbankan, peluh dan darah di alirkan semata semata untuk menegakkan ugama, seluruh fikiran di tumpukan kepada masalah ummat, tidur sudah menjadi tidak lena, makan sudah tidak lalu kerana begitu risaukan masa depan ummat sekalian alam..Begitu jugak pengorbanan para Sahabat, sebelum islam Abu Bakar RA ada 8 gedung perniagaan, apa telah jadi pada beliau setelah memeluk islam?
Benar, beliau telah korabankan seluruh hartanya pada ugama dan hanya memakai pakaian yang di buat dari guni dan berbutangkan duri..
Saidina Umar RA pula akhirnya hanya memiliki sehelai baju yang bertampal tampal dan satu darinya di tampal dengan kulit binatang…
Pernah berkata Hazrat Abu hurairah RA setelah membersihkan hidungnya dengan kain yang halus;“Oh, Abu Hurairah, hari ini kamu membersihkan hidung dengan kain yang halus. Masih aku teringat ketika aku pengsan tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah SAW, Orang ramai menekan nekan tengkukku dengan kaki kerana mengikut petua yang kononnya aku terkena sawan, padahal aku sedang menderita kelaparan.."
Itu belum aku cerita kisah Mus’ab bin Umair RA, seorang anak orang kaya yang sentiasa memakai baju berharga 200 driham. Tapi bila masuk islam beliau hanya mamakai sehelai kain yang koyak rabak dan bertampal. Nabi menangis melihat keadaannya yang begitu daif, apatah lagi ketika Mus’ab bin Umair RA terbuhuh di medan Uhud, mayatnya hanya di tutup dengan daun-daun pokok kerana tak cukup kain..isk!!!
Korang semua yang aku muliakan,
Nabi SAW dan para sahabat RA benar benar telah membuat pengorbanan untuk ugama..Sehingga Allah telah jadikan mereka ‘asbab’ hidayat seluruh alam.., dan berbondong bondong manusia kembali ke pangkuan Allah..
Asbab pengorbanan sahabat yang tinggi, maka bukan sahaja dari perkara HAK hidayat tersebar, tapi daripada perkara batil juga boleh jadi asbab hidayat..
Ada cerita seorang pengembala kambing yang sedang mengejar seekor serigala kerana mencuri kambingnya, lalu serigala itu berkata-kata!!!(aku tak ingat kata-kata serigala-maaf) Peliknya kata si pengembala itu kerana serigala boleh berkata-kata, dan serigala itu bagitahu ikutlah Nabi Muhammad, kamu akan berjaya…!(lagi pelik?)
Itu tak pelik lagi, kalau korang dengar cerita sahabat yang bernama Taming Dari RA seorang pengembara yang terdampar di sebuah pulau dan bertemu dengan makhluk yang berbulu tebal sehingga tidak tahu jantan ke betina, dan makhluk itu membawanya berjumpa dajjal..
Lalu Dajjal bertanya:
“apakah buah tamar di tanah arab masih berbuah?
“apakah air sungai di tanah arab masih mengalir?
Apabila Taming RA benarkan kata kata Dajjal, maka Dajjal bagitahu bahawa dia akan muncul apabila buah tamar dan air sungai tanah arab menjadi kering .., kemudian kata Dajjal, beruntunhlah sesiapa yang mengikut Nabi Muhammad SAW..
Korang semua yang aku muliakan sekalian..
Dajjal adalah sebesar besar batil dalam dunia ini, tapi asbab pengorbanan Nabi dan sahabat RA, Dajjalpun jadi asbab hidayat…(buat dakwah)
Kadang kadang muncul shaitan di hadapan nabi lalu ‘mengajar’ ugama.. dengan memberitahu siapa musuhnya dan siapa kekasihnya (rujuk ustaz)
Kenapa sampai jadi macam tu?
Kerana Pengorbanan mereka terhadap ugama begitu dahsyat sekali, ikat perut kerana ugama, berpeluh dan letih kerana ugama, dan menitiskan darah serta air mata kerana ugama..!!!
Seorang sahabat ketika hendak di bunuh oleh seorang raja kapir telah menangis sambil berkata: aku menangis bukan kerana takut mati, aku menangis kerana aku hanya ada satu nyawa, seandainya aku mempunyai nyawa sebanyak bulu roma di badanku…maka, satu demi satu akan ku korbankan untuk ugama!!!
Dan ada jugak cerita lain seorang ibu kepada beberapa anak lelaki yg di beritahu tentang kematian suami di medan perang, anak sulung, anak nombor dua dan seterusnya anaknya yg bongsu.. bila terdengar semua ahli keluarganya mati di jalan Allah dia masih bertenang, tapi bila mendapat tahu yang bongsu juga mati , si ibu ini menangis…dia dipujuk org, tapi dia berkata: jangan ucap takziah pada aku..tapi ucapkanlah tahniah…, sejak hari pertama aku menyusu anakku, aku talah berniat untuk korban mereka untuk ugama dan aku menangis bukan kerana semua ahli keluarga ku mati...aku menangis kerana aku sudah tiada anak lelaki lagi untuk di korbankan di jalan Allah..!!!!
Oh, air kaki yang mereka gunakan untuk basuh kaki mereka jauh lebih mulia dari diri aku yang hina ini!!!!Pernah di zaman Nabi juga muncul seekor serigala kurus meminta izin untuk makan kambing, tapi Nabi tidak benarkan, kemudian muncullah seluruh keluarga serigala daripada datuk sehinggalah ke cucu serigala dalam keadaan yang kurus kering lalu meminta izin untuk di benarkan makan kambing…, lalu Nabi benarkan mereka makan kambing yang terpisah dari jema’ah nya..
Apabila Tabi’in (orang yang tidak jumpa Nabi tapi jumpa sahabat) mendengar cerita ini, mereka semua ingin sekali jika hidup bersama sezaman dengan Nabi SAW..
Tapi sahabat bagitahu, jangan minta begitu sebab takut para tabi’in tak tahan menderita, kerana :kata sahabat RA pada waktu itu mereka selalu mengikat perut dengan batu, dan Nabi SAW sendiri mengikat 2 batu di perutnya kerana lapar..oh!
Nabi SAW telah mengajar Sahabat RA membuat pengorbanan ke atas ugama sehingga mereka tak sempat nak majukan dunia mereka.., tapi Allah telah buka pintu kemenangan yang mana akhirnya berbondong bondong manusia dari seluruh dunia telah kemabali kepada Allah..
Ketika baginda wafat, Fatimah r.a telah pergi melihat mayat baginda SAW, lalu mengusap mata baginda dan berkata:“inilah mata yang tak pernah lena kerana ummat”
Kemudian, mengusap perut baginda dan berkata:“inilah perut yang tak pernah kenyang kerana ummat”
Kemuadian, mengusap badan baginda dan berkata:“inilah badan yang tak pernah rehat kerana ummat”
Dan hari ini, apabila ummat islam termasuk aku tidak membuat pengorbanan ke atas ugama, melalui perkara Hak pun hidayat boleh tersekat.., jika dulu Dajjal sebesar besar batil pun boleh buat ‘dakwah’, tapi hari ini orang islam, manusia terpilih, ummat terbaik pulak yang telah menghalang dakwah!!!
Ada ustaz dan ulamak yang menghalang dakwah..
Dalam masjid orang boleh bergaduh, Dalam majlis ilmu boleh caci mencaci, dalam majlis membaca Al-quran masih ada unsur maksiat, menyebabkan manusia makin jauh dari hidayat Allah.., ada yang lari dari pangkuan Allah(murtad)
Semua ini adalah gara gara aku orang islam yang perasan sibuk berkorban untuk dunia.. ikat perut kerana dunia, berpeluh dan letih kerana dunia, dan menitiskan darah serta air mata kerana dunia..!!!
isk..isk...
Orang kapir di Malaysia tak de keinginan untuk masuk islam walaupun dah jadi warganegara Malaysia kerana buruknya akhlak aku orang islam…oh!
Cuba bayangkan korang bila dah kebulur 3 hari tak makan, cari punya cari duit jumpaleh sekeping not RM50, korangpun berlari pergi kedai makan KFC, bila nak order, tuan kedai marah sebab duit yang korang bagi tu tak laku!!!, duit yang takde nilai, duit palsu!!
Tak pengsang korang??
Huh! Begitu jugak bila aku dan korang jadi mayat kelak, yang kita usahakan hari hari adalah dunia-dunia-dunia!!!
Dunia yang takde nilai…Dunia yang kita korbankan ini takde nilaipun di sisi Allah.., kalau ada nilai setara dengan sayap nyamuk, pasti seteguk airpun orang kapir tak dapat.., Tak pengsang korang akhirat kelak??? Oh!!!
Orang islam hari ini tak buat pengorbanan macam Nabi dan Sahabat buat..., sebaliknya hanyut dan terleka dalam arus dunia dan mendakwa sudah buat pengorbanan, setakat sokong islam baik tak payah..ummat ini bukan ummat penyokong, tapi pendokong!!!
Bila ceramah ugama, ada ustaz mintak duit dari ummat, kononnya nak majukan ugama, ummatpun bagi duit dan balik rumah goyang kaki, huh!!!
Allah tak mintak harta ummat islam sahaja, Allah dah kaya, tapi Allah mintak aku dan korang orang islam berkorban harta DAN diri!!!
DAN.. bukan... ATAU-(rujuk Al-quran)
Sebab tu masa Abu bakar RA nak ikut Nabi berhijrah ke madinah, beliau telah siapkan dua ekor unta dan kelengkapannya sekali lalu bagi sedekah kat nabi, tapi nabi SAW tolak, Sabda Nabi lebih kurang maksud:"Aku akan gunakan harta dan diri aku sendiri untuk majukan ugama!!!"
Lalu Nabi SAW beli dengan hutang pada Abu bakar RA, kat madinah baru ganti.. , jadi korang para ustaz yang ceramah ugama just mintak duit je kat rakyat untuk majukan ugama, aku cadangkan kaji balik hadith dan Al-quran, aku mungkin salah.., sebab aku tak pandai, sebab aku memang bukan ustaz..oh!!!
Doakan aku yang sedang belajar berkorban harta DAN diri ini..isk..isk..
End scane 3
Mengakhiri post ini, sempana hari raya haji, biarlah aku ceritakan tentang Bapa Pengorbanan, manusia yang paling faham erti pengorbanan iaitu Nabi Ibrahim a.s..
Mari kita imbas kembali cerita Nabi Ibrahim a.s…
Pada mulanya baginda tidak tahu akan siapakah sebenarnya tuhan, mula-mula baginda sangka tuhan adalah bintang, tapi bila bintang hilang baginda sangka pulak bulan sebagai tuhan..
Kemudian, bila siang bulan hilang (hilang dalam terang) maka baginda kata ini bukan tuhan dan ternampak pulak matahari.
Maka baginda mula menganggap matahari sebagai tuhannya, hinggakan pada waktu tengahari beliau ambil air dan renjis pada langit,
Mak dia tanya”kenapa buat macam tu?” dia cakap “kasihan, ‘tuhan’ dalam kepanasan…”Begitu taksub sekali baginda dengan tuhan….
Sehinggalah akhirnya, Allah mewahyukan kepadanya tentang Zat yang sebenar iaitu,“Akulah Allah tuhan sekelian Alam.”
Maka Sangat suka dan gembira Baginda Ibrahim atas perkara ini.. maka dia telah bertekad dan anggap Allah sebagai kekasihnya. Dan Allah pula telah melantiknya sebagai ‘khaililullah’(sahabat Allah)
Bila Allah dok puji nabi Ibrahim a.s. maka datang keinginan pada malaikat untuk test iman nabi Ibrahim a.s, dan kecintaan Nabi Ibrahim.a.s kepada Allah
Maka pada waktu nabi ibrahim a.s sedang duduk menjaga kambing-kambingnya. Maka datanglah malaikat lalu diucapkan:‘subhanallah!’maka Sangat terkejut dan teruja bercampur gembira bila dengar nama Kekasihnya disebut-sebut.
Alahai macam korang yang ada awek nama hamidah, bila pak imam sebut “sami Allah haliman hamidah”. masa nak iktidal. korang terus tak khuyuk solat sebab berdebar debar dengar nama imam sebut nama awek korang.. cis!
Arghh, sambung cerita:Maka baginda mintak orang tu sebut sekali lagi tapi (malaikat) buat syarat ,boleh aku ucap tapi kau kena bagi semua kambing kau kat aku.
Nabi Ibrahim a.s kata, boleh.. tekde hal punya asalkan kau ucap kalimat tu balik(lebih kurang), barulah malaikat percaya akan kecintaan baginda pada Allah begitu tinggi sekali, sehingga sanggup korbankan semua kambing just nak dengar nama kekasihnya di sebut-sebut, barulah malaikat tu bagitahu akan niat sebenarnya bahawa dia saje nak test power iman dan kecintaan baginda a.s kepada Allah.
Pendek cerita, Nabi ibrahim a.s ni takde anak, doa punya doa punya doa, umur 80 tahun lebih kurang barulah Allah bagi anak, punyalah gembira akan baginda Ibrahim a.s sehingga larilah tawajuh/tumpuan/konsetrate/fikir/ baginda daripada Allah, kepada anaknya yg bakal lahir.
Sekali bila lahir dapat anak lelaki, bukan main alang kepalang punya gembira lagi, lalu ketika itu tumpuannya pada anak telah melebihi tumpuan kepada Allah, maka pendek cerita, Allah ingin nabi Ibrahim a.s buktikan cintanya pada Allah dengan cara meninggalkan anak dan isteri di Padang pasir yang takde asbab hidup selama 7 tahun lebih kurang. Demi cinta kepada Allah yang lebih dari segala-galanya, maka nabi ibrahim AS sanggup korbankan masa yang amat berharga bersama keluarga lalu pergi berdakwah..,
Pesan Nabi Ibrahim kepada isterinya:"Bertawakkallah kepada Allah yang telah menentukan kehendak-Nya, percayalah kepada kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya. Dialah yang memerintah aku membawa kamu ke sini dan Dialah yang akan melindungi mu dan menyertaimu di tempat yang sunyi ini. Sesungguh kalau bukan perintah dan wahyunya, tidak sesekali aku tergamak meninggalkan kamu di sini seorang diri bersama puteraku yang sangat ku cintai ini. Percayalah wahai Hajar bahwa Allah Yang Maha Kuasa tidak akan melantarkan kamu berdua tanpa perlindungan-Nya. Rahmat dan barakah-Nya akan tetap turun di atas kamu untuk selamanya, insya-Allah."
Lalu berangkatlah nabi ibrahim a.s dengan perintah Allah meninggalkan anak yang baru lahir bersama ibunya di padang pasir yang tandus dan kudus..
Setelah ditinggalkan, di padang pasir yang tandus tanpa asbab yang boleh hidup, maka anak lelakinya telah menangis kehausan. Siti hajar berlari-lari mencari air dari safa ke marwah sebanyak 7 kali ( amalan Sa’i dalam haji)kerana nampak seperti ada air tetapi sebenarnya takder, maka dia pun kepenatan dan melihat tidak ada sedikitpun asbab yang boleh membantunya , diapun berdoa pada Allah, maka dilihat dari hentakan kaki Ismail keluarlah air zam-zam dan kekal sehingga sekarang asbab pengorbanan Siti Hajar, Ismail dan Nabi Ibrahim.....
Huh, orang zaman sekarang tinggal anak bini berdakwah siap ada Handphone, SMS, ada peti sejuk dan bukan kat padang pasir tapi kat taman perumahan yang segala-gala kemudahan ada.., bank commers pun dekat ajer, tapi itupun masih tak sanggup nak tinggal sekejap (bukan 7 tahun, beberapa hari jer..) kerana ugama..0h! (aku ler ni..isk..)
LEBIH KURANG 7 TAHUN KEMUDIAN…
Baginda telah pulang dengan hati yg berbunga-bunga, al-maklumlah anak dah besar, boleh main lari-lari, main sorok-sorok, ketawa-ketawa, batu seremban dan lain lain..
Dan pada waktu ini sekali lagi tumpuan, dan fikir nabi Ibrahim a.s pada anaknya begitu tinggi melebihi tumpuan kepada Allah sehingga datang perintah baru dari Allah untuk buktikan iman dan cintanya iaitu tak boleh turun dari unta dan kena keluar lagi jalan Allah selama 3 tahun,
Menangis Siti Hajar lalu membasuh kaki suami tercinta dengan air zam-zam dan kata Siti Hajar (lebih kurang):
“Allah yang sama jaga abang dalam api, Allah yang sama juga jaga saya dan anak abang, pergilah abang, bila ini perintah Allah maka janganlah bimbang, kerana ALLAH BERSAMA KITA, ALLAH TAK KAN SIA-SIAKAN KITA.!!!
(aku pun konfius akan benarkah cinta aku pada Allah melebihi cinta aku pada anak bini??? ..oh)
LEBIH KURANG 3 TAHUN KEMUDIAN…
Pulanglah baginda dengan hati yang sangat rindu pada anaknya, anak aku dah besar, dah pandai bercakap, boleh aku ajar itu-ini. Maka sekali lagi fikir dan tumpuan baginda pada anaknya melebihi fikir dan tumpuannya pada Allah hinggalah Allah mengeluarkan perintah baru untuk nabi Ibrahin a.s untuk buktikan kesungguhan cintanya pada Allah yang kononnya mengatasi segala2-galanya.
Lalu Allah perintahkan Nabi Ibrahim a.s mengorbankan anaknya, bunuh terus, sembelih hidup-hidup.Korang semua yang aku muliakan,NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEEKOR BINATANGTAPI DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA…
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH SEORANG MANUSIA SAHAJATAPI MANUSIA ITU ADALAH ANAK DIA…
NABI IBRAHIM A.S TIDAK DIPERINTAH UNTUK SEMBELIH ANAK DIA SAHAJATAPI ITULAH SATU-SATUNYA ANAK DIA…
DAN BAGINDA TELAH MELAKUKANNYA….
Pisau telah di asah, dan telah di kenakan pada leher anaknya..
Pisau juga telah di tekan ke dalam daging, dan tarik menarik telah bermula..
Baginda buat sungguh-sungguh, tapi pisau tak lut, Allah tarik sifat pisau yg memotong, susah hati baginda fikir macamna nak sembelih anak dia, baginda asah pisau lagi dan sembelih lagi dan lagi akan anaknya tapi tak cedera sedikitpun .
Baginda buat berkali-kali sehinggalah datang malaikat Jibril a.s bagitahu lebih kurang cakap:“cukuplah duhai Nabi Ibrahim, engkau telah buktikan cintamu pada Allah mengatasi segala-galanya, engkau sanggup korbankan apa saja demi Allah walaupun nyawa anakmu sendiri, Maka sebagai hadiah Allah telah hadiahkan seekor kibas dari langit yg diambil dari zaman nabi Adam dulu kepunyaan Qabil(Qabil ke Habil? Kene check semula nanti)
Lalu bersyukurlah akan Nabi Ibrahim a.s kerana Allah telah iktiraf iman baginda…
Maka hadiah itu di sembelih dan telah menjadi amalan yang di tuntut oleh ummat islam sampai akhir zaman sehinggalah ke hari ini…
Jadi, korang semua, tak sama MENGHAYATI PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S dengan MENGHAYATI HADIAH PENGORBANAN NABI IBRAHIM A.S(dan tak salah langsung pun nak sembelih lembu pada hari raya korban, sunah tu!)
Cuma... Pernah tak korang ‘sembelih’ perasaan cinta korang pada anak isteri demi kerana Allah?
Tak salah cinta isteri dan anak-anak, Cuma tak boleh lebih dari 3 perkara..
Sebab tak sama 83 dan 38..
Allah berfirman dalam Al-quran (surah Taubah ayat 24) lebih kurang maksud janganlah kamu melebihkan 8 perkara dari 3 perkara:
8 perkara itu adalah:
1-isteri
2-anak
3-saudara
4.kaum keluarga
5.harta
6.perniagaan
7.rumah
8.ibu bapa
dan 3 perkara pulak adalah:
1.Allah
2.Rasul
3.Berjuang jalan Allah..
dalam ayat ni Allah bagitahu jika lebihkan 8 perkara daripada 3 perkara, maka tunggulah azab Allah..oh..aku sangat perlu belajar ‘sembelih’ perasaan cinta pada anak isteri demi kerana Allah…
Nasihat aku:Korang yang masih belajar jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kerja bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…
Korang yang masih menganggur jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kerja bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…
Korang yang masih bujang jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah kahwin bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…
Korang yang tak ada anak-anak jangan sekali-kali berlagak pandai dengan orang yang dah beranak pinak bila korang berjaya taat perintah Allah, kerana korang belum di uji lagi…
Korang belum paham apa itu korban, jadi jangan berlagak pandai dan alim dan terus hukum orang lain masuk neraka!!!
Ramai orang datang solah hari raya korban, ramai org buat korban tapi masjid masih kosong..Sebab tak faham di antara menghayati mengorbanan Nabi Ibrahim dengan menghayati hadiah pengorbanan Nabi Ibrahim a.s!!
(macamlah aku paham..oh)
Kalau korang nak dapat kebahagian dengan harta benda. Korang kena korbankan waktu bersama keluarga,
Dan kalau korang dan aku dan korang semua, nak dapat kebahagian dengan Allah, kita juga kena korbankan kebahagian dengan anak dan isteri kita!…
korbankanlah waktu bersama keluarga sekejap dan datanglah berkorban di jalan Allah.Korbankanlah rangcangan TV kegemaran korang. dan datanglah berkorban di jalan AllahKorbankanlah PS2 korang dan datanglah berkorban di jalan berkorban di jalan AllahKorbankanlah waktu rehat korang dan datanglah berkorban di jalan AllahKorbankanlah cuti annual leave korang dan datanglah berkorban di jalan AllahKorbankanlah hoby korang dan datanglah berkorban di jalan AllahKorbankanlah masa lapang korang dan datanglah berkorban di jalan AllahTermasuklah aku sekali….isk..isk….
Berkorbanlah sebelum menjadi mayat…!!!
End scane 4
---------
Penutup..Sebenarnya, aku dan korang, belum lagi buat apa apa pengorbananpun…, kerana korban adalah di kira selepas kamu tunaikan HAK..
Sebagai contoh, solat jemaah adalah HAK ugama, mereka yang pergi solat jemaah baru tunaikan HAK ugama, Korban adalah apabila korang bangun malam solat tahajjud misalnya…
Kalau kita bagi minum air pada orang yang dahaga, itu baru di kira sebagai menunaikan Hak mereka yang kehausan, tapi sekiranya kita jugak dalam keadaan dahaga, tapi masih bagi orang lain minum air itulah yang di katakan pengorbanan…Dan itulah yang berlaku di zaman Nabi SAW dan sahabat RA, cerita seperti menjamu tetamu dengan membiarkan anak-anak mereka tidur kelaparan, cerita kepala kambing, mengikat perut kerana ugama dan lain lain itulah yang di katakan korban mereka kepada Allah,
Dan mereka walaupun tahu pahala solat di masjidil haram dan masjid Nabawi adalah digandakan ratusan kali ganda, tapi mereka tetap buat mengorbanan dengan meninggalkan anak isteri dan kampong halaman berdakwah ke suluruh pelusuk alam maya pada!!!
Dan kubur kubur sahabat Ra telah bertebaran ke suluruh dunia hingga sampai ke negeri china,,, mereka telah benar benar berkorban dan terkorban..
Aku hari ini, Bukan nak cakap pasal Korban, tunaikah Hak ugamapun belum lagi,
Aku belum menunaikan Hak Salam, Yang mana aku wajib bagi salam pada semua orang islam di jalanan, tapi aku kadang-kadang just hey! Hoi! ..oh!!(Assalamualaikum!!!)
Aku juga belum menunaikan Hak Solat, Yang mana aku wajib solat jemaah dan solat sunnat dan solat tahajjud tapi aku kadang kadang just solat wajib sahaja, itupun dengan sambil lewa, acuh tak acuh! ..Cis kepada diri sendiri!!
Dan lagi, Aku belum menunaikan Hak Al-Quran, Yang mana aku wajib Khatam Al-quran paling kurang 2 kali setahun tapi aku biarkan masa lapangku dengan baca komik dan baca blog ..oh!!
Aku juga belum menunaikan Hak Zikir, Yang mana aku wajib berzikir pada waktu pagi dan petang iaitu waktu yang di haramkan solat, waktu pergi kerja dan balik kerja tapi aku dalam kereta suka dengar radio dan update lagu popular arghh! cukupkah jika aku sekadar ber’zikir’ dengan lagu nashid???..huh!
Dan yang nyatanya, Aku belum lagi menunaikan Hak dakwah, Yang mana aku wajib ajak orang kapir masuk islam dan ajak orang islam amal ugama tapi aku msih bersenang lenang dalam kedinginan malam di musim tengkujuh ..oh!!!
TUNAIKAN HAK UGAMAPUN BELUM LAGI, APATAH LAGI KORBAN!!!!
(Biarkan hujan di musim tengkujuh ini membingitkan telinga kerana aku sedang belajar menangis tentang dosa dan hak ugama yang belum di tunaikan)
End scane 5
Ps: Sekiranya aku sudah jadi mayat, dan orang islam ketiadaan senjata, gunakanlah tulang tulangku untuk di jadikan senjata..(ikut wasiat Khatijah r.aha)