Tuesday, February 26, 2008

Bila Bantuan Allah Akan Datang

Bantuan Allah bukan datang kerana rupa seseorang tetapi disebabkan amal,akhlak dan sifat manusia itu sendiri.

Allah memberi bantuan kepada Rasulullah, para sahabat dan para wali sekeliannya. Bantuan kepada mereka bukan kerana bentuk mereka tetapi asbab amalan mereka, pengorbanan di jalan Allah dan perjuangan mereka menyebarkan agama. Apabila kita mahu bantuan Allah dikurniakan kepada kita maka kita harus melaksanakan amalan yang mereka telah perjuangkan dan membuat usaha dakwah di jalan Allah. Apabila kita mengerjakan semua amalan ini maka kita akan lihat bantuan Allah turut hadir bersama kita.
Bantuan ghaib Allah akan hadir bersama kita mengikut sejauh mana yakin kita kepada Allah. Yakin kepada sesuatu selain Allah tidak mampu memberi apa-apa bantuan. Semuanya berlaku dengan bantuan dan rahmat Allah.

Semasa perang Badar dan Khandaq, kaum muslimin yakin selain Allah tidak ada yang dapat dijadikan tempat berlindung dan meminta bantuan. Mereka tidak mempercayai kekuatan yang mereka miliki. Mereka hanya berharap rahmat dan bantuan Allah, maka Allah mengurniakan bantuan kepada mereka.

Sedangkan waktu perang Uhud dan Hunain, kaum muslimin terpengaruh kepada bilangan yang besar pasukan mereka, maka Allah tarbiyah mereka dengan kekalahan

No comments: