Sunday, April 13, 2008

Seorang Ibu... Bukan Sebarangan Ibu






Pada suatu malam, rumah yang didiami Rabi’ah dan ibunya telah didatangi oleh seseorang. Rabia’h segera membuka pintu dan melihat di depannya berdiri seorang lelaki tua yg sasa tubuhnya, berserta sebatang lembing di tangan. Sebaik melihat Rabiah, lelaki tersebut terus menolaknya lantas berlakulah pergelutan antara lelaki tua itu dengan Rabiah sehingga mereka masing2 tercampak ke luar rumah.
Bunyi bising akibat jerit menjerit dan caci mencaci antara dua orang lelaki tersebut telah menarik perhatian penduduk kampong. Mereka dtg beramai2, cuba meleraikan pergelutan yg semakin mengganas. Apabila ditanya punca mereka bergaduh, lelaki tua itu mendakwa Rabi’ah telah menceroboh rumahnya dan berlaku durjana terhadap isterinya. Rabi’ah yg terpinga menyangkal dakwaan tersebut dan menyatakan lelaki itu berbohong kerana si tua itu yg tiba2 dtg ke rumahnya membawa lembing dan memulakan pergelutan.

Beberapa ketika, Imam Malik dtg ke tempat kejadian. Orang ramai memberi laluan agar dpt memberi peluang kpd Imam Malik mengadili kes tersebut. Masing2 menyebelahi Rabi’ah dan mereka juga berharap agar Imam Malik turut menyebelahi Rabi’ah kerana Rabi’ah adalah guru kepada Imam Malik. Lagipun tiada siapa yg mengenali lelaki tua asing tersebut.

Sebagai orang yg terpelajar, Imam Malik ingin mendengar aduan dari kedua belah pihak agar dapat diselesaikan secara adil. Setelah Rabi’ah menceritakan apa yg berlaku Imam Malik menoleh kpd lelaki tua itu dan bertanya, “Apa tujuan kamu masuk ke rumah Rabi’ah? Dia telah tinggal di sini sejak lebih 20 thn yg lalu. Tidak ada rumah lainkah untuk kamu tumpang berteduh?”

Merah padam muka lelaki tua itu mendengar pernyataan Imam Malik. Dgn radang dia berkata “Hinggakan kamu juga sheikh yg mulia menuduhku dgn tuduhan yg sama? Aku telah tinggalkan isteriku di rumah ini 28 tahun yg lalu untuk menyahut panggilan jihad berperang di Khurasan. Mengapa orang2 di kampung ini hanya berdiam diri membiarkan lelaki ini menceroboh isteriku?? Apakah sudah luntur iman di hati kalian? Akulah Puruq! Ini rumahku! Di dalam sana isteriku! ”

Ibu Rabiah yg berada di dalam rumah tersentak mendengar nama tersebut lantas memunculkan diri di muka pintu. Setelah mengamati lelaki tua itu dia bersuara.. “Oh, suamiku! Itu adalah Rabi’ah, anakmu. Sewaktu kau meninggalkanku aku sedang mengandungkannya 3 bulan. Rabi’ah, inilah ayahmu.”

Orang ramai terkejut, masing2 kehairanan. Siapa Puruq? Mendengar pengakuan ibu Rabi’ah, kedua-dua orang lelaki tersebut lantas berdakapan. Dakapan kali ini bukanlah untuk mengalirkan darah. Malahan limpahan air mata yg jatuh berderai membasahi pipi masing2, menandakan saat kegembiraan pertemuan yg tidak pernah diduga. Ibu Rabi’ah turun ke laman turut mendakap anak dan suaminya. Orang ramai yg menyaksikan adegan tersebut beransur-ansur pergi, meninggalkan keluarga tersebut melepaskan rindu dendam di hati.

Ketiga-tiga beranak masuk ke dalam rumah. Mereka tidak tahu apa yg harus dilakukan, apa yang harus dibualkan. Sememangnya segala itu tidak perlu lagi, sehinggakan sedu sedan sudah tidak kedengaran lagi disebabkan kerongkong masing2 sudah tersekat. Dan yg tinggal hanyalah sisa air mata tanda gembira. Kenangan masa lampau berputar dalam benak masing2. Si ibu tidak putus2 mengucapkan syukur atas kepulangan suaminya setelah melaksanakan panggilan jihad fisabilillah. Air matanya tidak putus2 mengalir. Rabi’ah kehairanan melihat ibunya yang terlalu tenggelam dalam emosi. Semenjak dia dilahirkan, tidak pernah sekali dia melihat ibunya menangis. Wajahnya tidak pernah muram. Senyuman manis sentiasa menyejukkan matanya memandang. Rabi’ah memberanikan diri bertanya ibunya. “Ibu, mengapa terlalu byk air mata ibu tumpah? Rabi’ah tidak pernah melihat ibu menangis.”

“Hari ini aku tidak berdaya lagi, wahai anakku. Setelah aku rasakan kewajipanku telah selesai, segala kesabaranku selama ini telah hilang. Dulu aku dapat jadikan diriku seorang tentera yg dpt meniupkan semangat yg memberangsang kpd bapamu utk keluar berjihad walaupun baru 3 bulan menikah dengannya. Sekarang kewajipan jihad nya telah selesai, dan dia telah kembali setelah 28 tahun berpisah. Kesedihan akibat perpisahan yg begitu lama, tidak dapat lagi dipendamkan. Segala perasaan sedih yg kupendam selama ini, telah sampai masanya untuk ku luahkan . Kerinduan itu terlalu azab bagi diriku. Biarkanlah ibu menangis...” Si ibu tenggelam dalam sedu sedannya. Mukanya disembamkan ke dada suaminya. Suaminya memeluknya dgn penuh kasih sayang. Rabi’ah terpegun sejenak. Disuruhnya kedua ibu bapanya masuk ke kamar untuk berehat. Malam semakin larut dan masing2 masuk ke kamar tidur.

Malam itu, ibu Rabiah tidak dapat tidur kerana tiba2 risau memikirkan wang 30 000 dinar peninggalan suaminya dahulu sudah habis dibelanjakan. Dia khuatir suaminya akanmendakwa dia seorang yang boros membelanjakan semua wang tersebut untuk bermewah-mewah. Jika diberi alasan wang tersebut habis diguna utk membiayai pendidikan anaknya, tentu suaminya tidak percaya sampai habis 30 000 dinar.

Dia telah menghantar anaknya untuk berguru dengan beberapa orang sahabat Rasululah. Selepas itu, berguru pula dgn alim ulama’ seperti Anas bin Malik, Saib burqi dan Abdullah bin Yazid, Sa'ad bin Yazid, Muhammad ibnu Yahya, Sa’id bin Musaiyab, al-Qasim bin Muhammad, Ibnu Abi Laila, Al-Araj, Makhul, Hanzalah bin Quis al-Zarqi dan Abdullah bin Yazid. Dia sering memberi hadiah saguhati kepada guru2 anaknya sebagai tanda penghargaan. Runsing dia memikirkan jawapan yg bakal diberi kepada suaminya.

Sementara itu, Puruq juga melayan fikirannya sendiri. Mahu saja dikejutkan isterinya untuk bertanya tentang wang yg diberi dahulu untuk disimpan isterinya. Baginya, 30 000 dinar sudah cukup untuk membiayai sisa2 hidupnya bersama keluarga. Sehabis perang di Khurasan dahulu, dia tidak ambil lansung harta rampasan perang sebab beri peluang kepada tentera2 lain yg lebih memerlukan. Dia berjihad ikhlas mencari keredhaan Allah. Lebih2 lagi, dia masih mempunyai simpanan yang ditinggalkan bersama isterinya.

Azan subuh bergema. Rabi’ah yang sudah awal bangun, bergegas ke masjid Nabawi. Sementara itu, sebelum ke masjid, Puruq ambil kesempatan bertanya isterinya ttg wang peninggalannya. Walaubagaimanapun, isterinya tidak menjawab pertanyaan itu dan meminta Puruq bergegas ke masjid Nabawi. Sudah 28 tahun Puruq tidak bersolat di masjid yang penuh baraqah itu. Isterinya tidak mahu dia terlepas takbir subuh berjemaah. Satu rakaat di masjid Nabawi menyamai 1000 rakaat solat di tempat lain.

Sebaik Puruq melangkah keluar rumah, ibu Rabia’h menutup pintu. Fikirannya melayang mengatur bicara untuk menjawab soalan suaminya tadi. Ibu Rabi’ah mengingati kembali kenangannya yg lampau. Dia merasa bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anaknya sampai sanggup belanjakan semua harta peninggalan suaminya. Mengapa sampai begitu sekali tindakannya hingga tidak memikirkan akibatnya jika suaminya pulang dan menyoal ttg wang tersebut? Ibu Rabi’ah berusaha untuk melaksanakan pesanan Rasulullah; “ Mempelajari ilmu pengetahuan itu wajib ke atas semua orang Islam samada lelaki ataupun perempuan”.

Dia juga telah berjaya meninggikan status anaknya agar mendapat keredhaan Allah. Dia masih ingat sabda Rasulullah SAW; “ Siapa yg mengembara untuk menuntut imu, pasti Allah memudahkan baginya jalan menuju ke syurga. Malaikat juga sentiasa menghamparkan sayapnya menaungi ke atas orang2 yg mempelajari ilmu kerana ia suka kepada orang2 yg belajar. Sesungguhnya semua makhluk Allah samada di langit atau di bumi semuanya mendoakan mereka yg belajar, hatta ikan di laut turut serta berdoa baginya. Orang alim yang beramal sudah tentu melebihi mereka yang asyik beribadat sahaja, umpama cahaya bulan menandingi cahaya bintang2 yang lain. Sebenarnya, para alim ulama’ itulah yg mewarisi para Nabi. Nabi2 tidak meninggalkan sedirham pun. Hanya yang mereka tinggalkan ialah ilmu. Maka siapa yg mempelajari ilmu, sudah tentu dialah yg paling beruntung.”

Hatinya semakin bertambah damai bila teringatkan kata2 Ali Radiyallahu’anhu. “Percayalah, ilmu pengetahuan lebih bernilai dari harta. Ilmu dapat menjaga kamu di samping kamu menjaga harta, bagaikan pemerintah dgn rakyatnya. Harta yg diguna semakin berkkurangan, tetapi ilmu yg diamal semakin bertambah”

Ibu Rabi’ah teringat pula kisah seorang ahli perniagaan yg menghantar anaknya belajar menghafal surah al-Fatihah. Setelah anaknya berjaya, ahli perniagaan tersebut menghadiahkan seribu dirham kepada guru tersebut. Guru itu sangat terkejut kerana hadiah itu terlalu banyak. Ahli perniagaan itu berkata, kalau aku ada lebih banyak wang, akan aku hadiahkan juga kepadamu. Apalah yg mahu dibandingkan seorang budak yang hanya menghafal al-Fatihah dgn anaknya Rabi’ah yang yg telah menguasai ilmu warisan nabi dan menjadi tokoh ulama’ yg disegani? Bahkan, anaknya Rabi’ah menjadi guru pula kepada beberpa orang ulama’ termasyur yang lain seperti Yahya bin Said, Abd Rabbah bin Said, Sulaimana al-Tamimi, Malik bin Anas, Al-Auzai Syu’bah, Sufian al-Tauri, Hammad bin Salmah, Al-Lais bin Saad, Falih Abd Aziz Al-Darwardi, Sulaiman ibn Bilal, Abu Dhamrah, Ismail bin Jaafar dan lain2. Malah anak Umar al-Khattab, Abdullah bin Umar turut mengakui bahawa Rabi’ah adalah seorang pemuda yg alim lagi dihormati. Dengan hujah2 ini, Ibu Rabi’ah mula merasa tenteram dan yakin dapat memenangi hati suaminya.

Di Masjid, selesai sahaja solat subuh, Puruq melalui majlis ilmu yg disertai oleh pemimpin2 dan para alim ulamak yang ramai. Puruq turut serta dlm majlis tersebut. Dia cuba memasang telinga. Pensyarah tersebut sedang membaca hadith2 Nabi SW. Semua hadith2 yg disampaikan melalui hafalannya, tidak ketinggalan pula dgn huraiannya yg lengkap. Sekarang baru dia tahu dia berhadapan dgn seorang yg terlalu alim, ilmunya bagaikan melaut! Segala ucapannya tidak tersangkut sedikitpun. Segala ilmu yg dia amalkan, ilmu itu jugaah yg disampaikan kepada hadirin.

Dalam hati, Puruq memuji pemuda tersebut. “Sungguh berkat pemuda ini, manusia semua berkumpul tak kira kecil, besar, tua atau muda. Bertuah sungguh ibu-bapanya” Selesai kuliah, Puruq mengambil kesempatan bertanya seorang yang duduk berhampiran dengannya. “Siapa gerangan pemuda tadi?” Lelaki tersebut mendang Puruq dgn kehairanan. “Apa engkau tidak kenal dia? Dialah seorang yg alim dalam bidang hadith di Madinah ini, juga seorang hakim, arif dlm bidang hukum hakam. Dahulu dia sempat berguru dgn beberapa org sahabat Rasulullah dan menimba ilmu pengetahuna yg banyak. Puruq meminta maaf kpd lelaki itu dan menyatakan dia sudah 28 tahun meninggalkan Madinah utk menyahut seruan jihad.

Setelah mengetahui keadaan sebenar, lelaki tersebut mula mengerti. “oh begitu. Sebenarnya ulama’ tadi bernama Rabi’ah al-Rayi bin Abu Abd Rahman. Bapanya lebih dikenali sebagai Puruq dan masih berada di perbatasan Khurasan. Tidak pasti samada masih hidup atau telah syahid.” Mendengar keterangan lelaki itu, Puruq tiba2 menangis kerana terlalu terharu. Dlm hati, dia memuji2 isterinya yg pandai mengasuh anak hingga jadi orang yg terhormat di langit dan di bumi. Dia segera meminta diri dari lelaki tersebut dan bergegas pulang utk menceritakan kehebatan anaknya kepada isterinya.

Sampai sahaja di rumah, isterinya sudah bersiap dgn jawapan kepada persoalan yg bakal ditanya suaminya. Belum sempat si isteri membuka mulut, Puruq berkata “Wahai isteriku, anak kita adalah seorang yg alim dalam ilmu hadith. Dia dihormati masyarakat dan ilmunya dituntut oleh ulama’ handalan yg lain. Subhanallah, kita sungguh bertuah wahai isteriku. Anak itu akan menyelamatkan kita di akhirat kelak.” Isterinya hanya tersenyum mendengar cerita suaminya.

Dan akhirnya dia bersuara juga, walau dengan nada yang sedilit gementar. “Suamiku.. wang 30000 dinar yang diamanahkan dulu telah habis saya belanjakan untuk pendidikan anak kita. Kita sudah tiada simpanan dan saya pula tidak bekerja. Maafkan saya ..”

Lalu Puruq memegang tangan isterinya. “ Semoga Allah kurniakan kita sebaik-baik balasan, wahai ibu Rabi’ah. Kamu telah membuat satu contoh teladan yg baik kepada ibu2 dan setiap gadis yg bakal mendirikan rumah tangga kelak. Allah jua yg akan melimpahkan ramht ke atas kita semua. Setiap pengorbanan yg kamu curahkan, tak mungkin akan hilang dgn percuma. Tentunya akan mendapat penilaian dari Allah dan dari makhluk semuanya. Kamulah seorang ibu, bukan sebarangan ibu…”

No comments: